Selamat Pengantin Baru Ezan.. Moga kekal bahagia selamanya. Rindulah lepas ni tak dapat dengar suara Cikgu Ezan..
Wednesday, December 26, 2007
PUSING-PUSING
OPEN TABLE UNTUK AYAHANDA


10 Disember lepas hari jadi ayahandaku ke-54.. dari kecil kami panggil Bapak. Takde apa hadiah yang istimewa, buat open table istimewa untuk bapak di salah sebuah restoran di Klang. Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai dengan kesemua adik-beradik dan anak buah. Bukannya senang nak makan sama-sama macam ni.. Selamat hari jadi bapak.. Moga panjang umur, diberikan kesihatan dan murah rezeki hendaknya. Tak sempat nak ambik gambar ikan yang sempurna. Tinggal ekor je..
Wednesday, December 19, 2007
AIDILADHA PENUH KENANGAN
Assalamualaikum.. dah beberapa minggu tak sempat nak 'update' cerita terbaru. Apapun, alhamdulillah minggu lepas dahpun lepas exam perkhidmatan penerbit rancangan. Moga lepas la paper. Hehehe..
Esok, 20 Disember 2007 umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidiladha atau hari Raya Qurban. Cukup besar ertinya sebuah pengorbanan dalam kehidupan setiap insan. Tidak kiralah berkorban, harta, masa, nyawa, apatah lagi perasaan. Yang pasti, kebahagian yang dicari selama ini telah ditemui.
Mengimbau Aidiladha tahun lalu, 31 Disember 2007, rombongan lelaki datang ke rumah merisik. Mulanya cuma nak berkenal-kenalan. Yang paling best, terus tetapkan tarikh nikah. Tak payah tunang-tunang... bak kata bapak mertuaku. Yang baik kami ikutkan sahaja walaupun bagai mustahil nak buat persiapan dalam masa 3 bulan. Alhamdulillah.. semuanya sudah selamaatt sekarang. Perut pun dah 7 bulan lebih...
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua yang terus menyokong KLfm...
Tuesday, December 4, 2007
Family Trip to Genting


Walaupun dah enam bulan, ku gagahkan jua memanjat puncak Genting. Haha.. bukan apa, baru-baru ni sempat jugalah bercuti ke Genting bersama dengan Mak Mertuaku dan adik-adik ipar. Tapi. takdelah dapat main apa-apa kat outdoor theme park tu. Pemerhati bebas je ditemani cik abang. Yang seronoknya, itulah juga hari ulangtahun perkahwinan ke 8 bulan. Dah 8 bulan ye.. Macam baru sanding semalam je. Tapi, dengan perutku yang semakin besar, angan-angan tu idaklah tinggi sangat. Apapun, memang seronok bila dapat tengok Kitaro buat persembahan di Arena Of Star. Memang minat sangat2, samalah dengan cik abang. Thanks Yob!
Selamat Bersara Kak Preimah



Pejam celik Kak Preimah dah bersara. Rasanya baru semalam 'double banking' dengan deejay yang cukup terkenal dengan keletahnya yang tersendiri. Siapa lagi kalau bukan kak Preimah. Banyak gambar-gambar menarik sempena majlis perpisahan dan persaraan kak Preimah di Saloma Bistro pada 17 November lepas. Rindulah saya..
Wednesday, November 14, 2007
Monday, November 5, 2007
Jom Makan Angin
Aiii.. lampu je menyala, kereta tak gerak ke mana..
Raya dekat nak abis tapi masih meriah. Paling best, dapat makan sate dan mee jawa spesel bila beraya ke rumah pakcik yang memang chef diva. Orang jawa panggil paman je. Paman Jali ni jugalah orang yang bertanggungjawab sebagai tukang masak masa majlis kahwin Julia dulu. 7 kali masak tapi masih tetap maintain rasa. Tengkiu Paman dengan Bik Nor. Balik, sempat menyinggah ke Sunway Pyramid. Anak buah yang merengek nak tengok singa, makcik dia pulak yang shopping. Pakcik dia lah jadi tukang dukung. Apapun, yang paling kecil ru lah kakak ipar dan yang dorang lagi adik bongsu.
Thursday, October 18, 2007
Aidilfitri Yang Penuh Kenangan
Setelah sebulan menahan lapar dahaga lebaran menjelma pasti dinanti. Apatah lagi, ini kali pertama mertua di Sungai Petani. Alhamdulillah, terima kasih kepada Pengarah KLfm kerana meluluskan cuti seminggu dari 10 - 16 Oktober 2007 lalu. Sempatlah anyam ketupat, masak ayam masak merah dan sambal kacang untuk dibawa ke utara. Kuih pun sempat buat beberapa jenis. Almaklum sajalah khusyuk menyiapkan drama Khas Raya Oh Raya 3 bersama rakan sepasukan selepas seminggu demam. Inilah kisah akhir tiga dara yang akan menamatkan zaman bujang mereka di musim raya siaran raya pertama dan kedua dan ulangannya pada 20 dan 21 Oktober 2007 jam 2.00 petang.
Lama tak balik Kedah, kehadiran kami memang dinanti seisi keluarga lebih-lebih lagi mak mertua. Kesian kat anak menantu yang mengidam laksa utara, satu periuk dibuatnya untuk sajian berbuka bersama. Perjalanan yang cukup selesa tanpa jam cuma 4 jam dapatlah kami sama berbuka puasa pada hari terakhir.
Menanti tibanya 1 Syawal pastinya kunanti. Mana tidaknya, bukan hanya kerana fesyen rayaku pun berubah menjadi baju 'kembang'. Takde lagi kebaya... tapi selepas 9 tahun tidak mengucup tangan ibu di pagi raya, tahun nie dapat walaupun ibu mertuaku. Syahdu betullah.. dan paling indah memohon maaf dari suami tercinta di pagi raya buat kali pertama.
Paling meriah beraya di Kedah, makanannya. Manakan tidak, kalau di Klang, ketupat dan rendang hanya menjadi hidangan keluarga tapi di sana setiap rumah pasti ada hidangan yang berbeza. Memang penuh perut. Setiap rumah tak miss menjamah. Balik je perut memulas... hehehe..
Raya pertama dihidang dengan nasi impit, rendang, kuah kacang dan lontong, raya ketiga memang istimewa kerana ada bihun sup yang memang terangkat. Semuanya resepi mak mertuaku.. hehehe.. Terkejut juga sebab di sana mereka lebih suka makan dengan sambal merah berbeza dengan di sini yang selalu makan dengan sambal kicap.
Raya kedua kami ke rumah saudara mara di Jitra. Hujan bukan main lebat.. sempatlah tengok banjir. Takut pun ada sebenarnya. Kesian sawah padi habis jadi laut..
Yang pasti, balik ke KL bonet penuh dengan ole2 dari mak mertuaku. Seronoknya... tapi yang tak berapa nak seronok, bertolak 4.30 sampai di kl 11.00 malam. Hujan dengan jam. Apapun, alhamdulillah kami sampai dengan selamat.
Tak sabar pulak nak beraya di Klang dan rumah nenek di Tg Karang!! Selamat Hari Raya.. Adios!!!
Monday, October 1, 2007
Dugaan Ramadhan

Tahun ni demam teruk, nasiblah ada suami yang betul-betul menjaga dan mengambil berat. Bukan saja platlet turun mencanak tapi tangan kanan kiri dan macam lali. Manakan tidak, boleh kata setiap hari kena buat ujian darah. Takpelah.. walaupun suspect denggi, tapi semuanya masih terkawal. Balik bekerja, drama rayaku menanti untuk disiapkan. Untuk anda yang memang mengikuti Drama Khas Raya Oh Raya, nantikan kesudahan cerita pada Raya Pertama dan Kedua ini! Apa agaknya cerita Jeton, Jenab dan Jeha tahun ni?
Monday, September 17, 2007
Bazar Ramadhan@ Stadium Shah Alam
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Alhamdulillah Ramadhan tahun ini penuh bermakna apatah lagi ambil cuti pada puasa pertama. Inilah masanya untuk meredah bazar ramadhan di Shah Alam bersama suami tersayang.. Meskipun ramai warga Shah Alam turun padang mencari 'tunjuk-tunjuk' tetapi tidak banyak gerai yang dibuka. Takdelah banyak pilihan. Jenuh pusing cari puding jagung pun tak jumpa.
Nasib baiklah jumpa dengan kuih tradisional yang arwah mak rajin buat dulu- RANGIN. tak taulah apa sebutannya dalam bahasa melayu.. yang pasti kuihnya dibakar dan dibuat daripada tepung pulut, kelapa dan gula. Orang jawa tahulah.. Serbuan kedua sudah tentu bazar di kampung halamanku.. Rantau Panjang. Lebih menarik, abang sulung pun tak ketinggalan meniaga.. Air! Air! cakap je nak warna apa. Semua ada. Dalam banyak-banyak, air mangga dan soya menjadi pilihan. Sedihnya tak dapat minum air nenas.. Uwa... Alhamdulillah, rezeki ramadhan memang melimpah. Habis semua air dalam balang. Macam-macam juga juadah berbuka puasa Julia, suami dan bapak (ayah).. Antara gambar-gambar menarik sepanjang 1 Ramadhan 1428 Hijrah. Adioooss!
Friday, September 14, 2007
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA
Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...

-
Gambar: Ihsan My Pren Kapten Faqru l Petang Jumaat lalu, kami dikejutkan dengan berita bahawa penulis lirik terkenal, Man Toba meninggal dun...
-
Entri ni bukanlah tentang zara. Tapi tentang figura dan 'legend' dalam industri penyiaran negara. Sebelum saya lahir lagi bel...
-
Julai lalu, Julia dan Azlan juga Tengku Idris ditemuramah oleh wartawan dari portal GUA.COM mengenai DJ: Antara Kualiti dan Populariti. Ming...