Friday, July 24, 2009
Wednesday, July 22, 2009
NAZIE NAIK PELAMIN
Inilah antara hasilnya. Sambil-sambil. Balik kerja menyorok dalam bilik (takut kena 'gubah' dengan si kecik zara untuk menyiapkan hantaran. Kalau ikut nak guna fresh flower je semua. Tapi bila nazi nak awal, hanya sireh junjung gunakan bunga segar. Selebihnya gunakan bunga yang warna ala2 english.. Minta maaflah kalau ada yang terkurang yek Nazie. Berulang alik ke Nilai3 beli barang. Haha..
Pepun, kami sekeluarga mendoakan kedua2 pasangan pengantin bahagia ke akhir hayat. Saya dan Mimie nak 'break' sekejap berikan laluan pada diorang tahun depan. Hehehe.. Tunggu..!!!
Funfairlicious..
Hanya di blog ini saya kongsikan cerita ini. Bukannya tiada funfair pernah diadakan ketika itu. Cumanya, ketika itu arwah mak selalu pesan untuk berjimat cermat. Yelah, keluarga pun bukannya senang sangat. Jadi, daripada gunakan duit tu untuk bermain, saya fikir lebih baik gunakannya ketika ia benar-benar diperlukan. Walaupun ramai kawan-kawan yang bercerita tentang keseronokan ke sana, namun terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.. Ada satu hari tu, saya teringin benar nak pergi. Naik basikal ke simpang untuk ke fun fair.. Mungkin dah bukan rezeki.. Fun fair tu dahpun tutup.. Sedih jugalah.
Sejak hari itu, perasaan untuk ke fun fair semakin pudar dan hampir hilang. Sampailah dah besar panjang baru dapat rasa apa yang diceritakan 'keseronokan funfair' di Genting Highland. Bezanya, kos pun berkali ganda. Tapi biasa je.. Nak juga rasa funfair kampung.. Selama ni dok lalu je..
Satu hari, terfikir nak ajak cik abang singgah Funfair dekat2 umah di Klang. Dah alang2 lalu.. apa kata singgah, Nasib cik abang tak kisah.. Konon2 jek berani. Naik buai pusing terasa macam nak bersalin kecutnya. Si kecik zara pulak relaks je macam tak ada apa.. Haha..
Inilah antara koleksi gambar yang sempat kami snap untuk dikongsi bersama anda..
Friday, July 17, 2009
SINGGAH MAKAN 2 @ d'TANDOOR
Wednesday, July 8, 2009
Cerita Singgah Makan 1
Skuad Promo Sinar Harian pula ada Aan spek jambu dan Fitri selain team management kanan yang turut menyerbu pada minit-minit terakhir. Sambutan memang gempak!!
Lebih gempak lagi, sejak awal pagi lagi Achoi (shamsul ghau2) dan kak Rina menanti kami dengan pelbagai hidangan resepi mak jah yang best!! Siap ada kerang masak lomak cili api, tempoyak udang, ikan asam pedas dan banyak lagi. Lapar dan sangat sedap punya pasal sampai tak sempat nak amik gambar.. Kalau nak hadiah, apa kata nantikan persinggahan kami minggu depan di Damansara..
Tuesday, July 7, 2009
Friday, July 3, 2009
INDAHNYA MENJADI WANITA
Buat sahabat-sahabat
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.
Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka .
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa . Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc... .
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.
THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA
Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...
-
Gambar: Ihsan My Pren Kapten Faqru l Petang Jumaat lalu, kami dikejutkan dengan berita bahawa penulis lirik terkenal, Man Toba meninggal dun...
-
Entri ni bukanlah tentang zara. Tapi tentang figura dan 'legend' dalam industri penyiaran negara. Sebelum saya lahir lagi bel...
-
Julai lalu, Julia dan Azlan juga Tengku Idris ditemuramah oleh wartawan dari portal GUA.COM mengenai DJ: Antara Kualiti dan Populariti. Ming...