16 April 2010 - Ceritaku..
Hari ini hari jumaat. Jumaat yang penuh ketenangan. Sedari dulu saya memang suka hari Jumaat. Bukan sahaja kerana penghulu segala hari, tetapi Jumaat punya waktu rehat yang panjang. Kalau zaman sekolah, nikmatnya lebih terasa kerana dapat lambat pergi sekolah.
Tapi bukan semua tu yang saya nak kongsi. Alkisah.. saya ke tandas untuk membersihkan tangan. Maklumlah sekarang bukan hanya dengan makanan penyakit boleh datang tetapi juga tangan yang kotong boleh juga 'menghadiahkan' penyakit. Jauhkan H1N1. :) Tandas di RTM ni memang bersih dan besar terutamanya di IBC. Di situlah juga ada bilik untuk staff pembersihan bangunan, terutamanya makcik2 tukang bersih.
Walaupun mereka ni datang ke pejabat untuk sapu pejabat, bersihkan tong sampah dan tandas tapi kami mesra. Apatah lagi salah seorang makcik tu kuat melatah. Ragamnya sering mencuit hati.
Dalam pada membasuh tangan, terbau pula aroma sambal belacan yang membuatkan perutku meronta minta diisi. Bersembanglah 2 orang makcik ni sambil menjamu selera (aksi mereka tidak dapat dilihat)
Perbualan pendek ni membuatkan saya berfikir, betapa bersyukurnya kita dengan rezeki yang ada.. Si anak mungkin hanya tahu meminta, namun sebesar mana kudrat seorang ibu tua. Apapun, yang terbaik tetap disedia untuk anak. Inilah kasih seorang ibu.

Makcik 1: Amboi berselera engkau ye
Makcik 2: Mana taknya... sambal belacan ni betul2 buat aku berselera.
Makcik 1: Yelah.. aku makan ikan dengan kuah ni pun dah sedap. Panas-panas pulak tu.
Makcik 2: Anak aku selalu bising. Mak, makanlah ikan yang best2 ke.. ayam ke.. ini makan ni je. Aku rasa, ikan dengan sambal belacan ni dah habis sedap.. Dah ini yang mampu