TERASA seperti baru semalam.. menyertai KLfm, mengenali Sahabat2 KLfm dan suami tersayang, dan seperti baru semalam saya selamat melahirkan bayi kecil Nur Zahra Qistina..Semuanya sepeti baru semalam..
HARI INI, syukur pada Yang Maha Esa kerana memberikan ruang untuk saya masih benafas di bumiMU disamping keluarga, suami, anak, dan semua yang memberikan kegembiraan setiap waktu. Kenapa lain macam je post harini? Sebenarnya rasa terusik dengan kiriman mms Sahabat KLfm yang dihantar ketika bertugas hari ini. Menghargai betapa berharganya setiap kenangan yang dikutip dan dipelajari. Setiap kesedihan, sejuta kebahagiaan menanti di hadapan asalkan punya kesabaran dan muhasabah diri..
HARI INI juga si kecik dah semakin pandai bermain dengan Mama dan Abah.. Menjadi kesayangan Atuk dan semua.. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan berbudi pekerti mulia.. Imej MMS yang dihantar Sahabat, Jejakabermatabiru dari kad jemputan kahwin tahun lalu dan gambar daripada Badang Perkasa, Gambar ketika bertugas sebagai pengacara bersama Zullas3 di Dataran Merdeka.. Sekarang dah 3 tahun di KLfm. Pahit, manis, kritikan.. semuanya saya ambil untuk memperbaiki diri. Sesungguhnya bukan mudah untuk memuskan hati semua orang namun, saya akan cuba. Chaiyo2!!!
5 comments:
Patutla macam pernah tengok jer gambar tu.... he he he..
Yela.. sape lagi yang amik.. Hehe. Mana menghilangkan diri? Msti bz
Biler nak tambah lagi sorang? He..he..he... terbeliak bijik mate ko!
Uiikk.. bukan terbeliak tapi dah terkeluar masuk balik. Ko dulu kot. Hehe. Tapi aku tak kisah.. ada rezeki ada..
Akak juga yg dah “tarik handbrake tinggiiiii....” hahahaha
Post a Comment