Ahad lalu, ulangtahun suami ke 28. Segaja memilih tarikh tu untuk buat majlis kesyukuran. Dah alang2 majlis raya, kira open house la tu. Hari Jumaat lagi family dari Sungai Petani dah sampai untuk jenguk cucu kesayangannya yang baru baik demam. Hari Sabtu sempat lagi ambil nenek dan pakcik di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung bawa ke Putrajaya. Husband pulak kena buat siaran malam minggu tu. So, tengah2 malam ke chow kitlah jawabnya. Sambil tunggu tak balik2, sempat lagi dok menyiapkan langsir baru (raya haritu tak sempat buat). Esoknya, tengok mata dah merah sebab kurang tidur. Kesian cik abang. Alhamdulillah dengan bantuan adik beradik dan sepupu, 12.30 dah setel. Memang banyak kami masak. Ada nasi impit, nasi, kuah lontong, kuah kacang, masak lodeh, ayam masak merah, sayur campur, rendang kerang, lemang, bubur merah, sup kaki ayam, dan paling special, sambal goreng jawa. Ada juga agar2 laici dan strawberi dan buah-buahan. Almaklumlah pertama kali buat open house dan meraikan rakan2 dan saudara mara. Memang tak menang tangan. Ambil gambar pun tak sempat. Meriah dan ramai sangat datang termasuklah Mimie, Nazie, adik2 praktikal, Sahabat, Azizul Khamis, Nurhaida, Ir. Mohd Dhalip dan GM KTM Antarabandar. Terima kasih untuk semua yang sudi datang berkunjung ke teratak kami. Maaflah ye kalau ada yang terlebih atau terkurang. Untuk suami, Selamat Hari Lahir.. Moga panjang umur dan menjadi suami dan abah yang baik untuk Zara.
Tuesday, October 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA
Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...
-
Gambar: Ihsan My Pren Kapten Faqru l Petang Jumaat lalu, kami dikejutkan dengan berita bahawa penulis lirik terkenal, Man Toba meninggal dun...
-
Entri ni bukanlah tentang zara. Tapi tentang figura dan 'legend' dalam industri penyiaran negara. Sebelum saya lahir lagi bel...
-
Julai lalu, Julia dan Azlan juga Tengku Idris ditemuramah oleh wartawan dari portal GUA.COM mengenai DJ: Antara Kualiti dan Populariti. Ming...
4 comments:
Terima kasih kerana sudi jemput kami sekeluarga, makan mmg sedap...sbb wife aku jrg makan byk(2 kali tambah)dia puji ayam masak merah tu..mmg sedap..
Tapi mmg nampak shah dgn Ju..letih...si kecik zara pun nmpk letih aje...
Keluarga Ju dgn keluarga Shah pun ramah....anyway...kali ni byk kesalahan ejaan yg Ju buat dlm karangan kali ini...kalau SPM...banyak kurang markah ni..kah kah kah
tu saje je.. nak tunjukkan tengah letih. hehehe
Julie, aku mintak maaplah byk2. aku x dpt dtg. Family Day MPK. Next time ader rezeki jumpe lagi...
tula.. takpelah yan. aku pun tak sempat2 lagik jumpe ko. kalu raya dah abis pun ko bleh je singgah umah aku
Post a Comment