"Bapak dah tak ada.. siti"
Saya dan balik balik ke rumah untuk menyiapkan segala keperluan. Kata doktor, jenazah sudah boleh dibawa pulang selepas laporan kematian di balai polis. Sampai di rumah, makcik, kakak ipar dan sepupu mula mengemas dan membentang tikar, selain tilam..
Hanya istighfar, ayat kursi, al-fatihah dan tiga qul menjadi peneman untukku menguatkan hati. Zara masih lagi segar dan belum ada tanda-tanda untuk tidur. Bagaikan faham kepiluan yang sedang menyelubungi seisi rumah peninggalan arwah bapak.. Abang menanti keluarga yang dalam perjalanan dari Sungai Petani. Kata-kata mama dan abang memberikan kekuatan untuk redha menerima qada' dan qadar ketentuanNYA.
Jam 5.00 pagi baru zara terlelap. Mata masih terpicing tak mahu sekali terlelap walau sekejap meskipun mengantuk. Sambil menantikan subuh, ku bacakan Yasin untuk arwah bapak dan mak.. untuk menenangkan hatiku yang kian rawan.. Subhanallah..
Surau di situ turut menghebahkan berita kembalinya bapak kerahmatullah.. Telefon tetap memainkan bacaan Yaasin sampai habis bateri.. Abang wan( abang sulung ) baru saja menelefon memberitahu bahawa jenazah bapak hanya boleh dibawa balik selepas menerima laporan perubatan dari Klinik Zul, tempat arwah bapak selalu mendapatkan rawatan. Nampaknya kepas pukul 9.00 pagilah..
Kami bersetuju untuk membenarkan pihak hospital menyiapkan jenazah bapak (memandi dan mengkafankan).. Abang dan keluarga mertua sampai kira-kira jam 8.30 pagi.. Abang dan Abang Wan terus bergegas ke hospital untuk membantu menguruskan apa yang perlu. Kakak dan adik masih di sana..
Orang kampung, saudara dan kenalan arwah bapak dah mula datang ke rumah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah. Masing-masing terkejut dengan berita tersebut. Arwah bapak nampak sihat dan tidak sakit. Ternampak-nampak arwah bapak yang saban pagi membersihkan daun pisang tua, menebang pokok pisang dan sebagainya..
Sahabat-sahabat KLfm ramai yang datang. Ada juga yang menghantar kiriman sms mengucapkan takziah dan memberikan semangat, juga rakan-rakan lain. Tidak ketinggalan, rakan-rakan setugas.. Puan Fee, Boss KLfm, Nazirah, Nik Aida, Hezry, Kzie, Haji Manan Selamat dan Dave..
Jenazah bapak tiba di rumah kira-kira jam 11.15 pagi dengan van jenazah. Wak Aji (abang sulung kepada bapak) memaklumkan bahawa jenazah tidak singgah lama dan akan disembahyangkan terus di surau Haji Musran. Keranda yang berisi jenazah bapak diturunkan di bawah kemah di bahagian luar. Tali kafan dibuka untuk memberikan peluang terakhir kami melihat arwah bapak. Ya Allah.. berilah kami kekuatan..
Seorang demi seorang kami adik beradik dipanggil untuk mencium dahi bapak buat kali terakhir.. Wajah tenang bapak sempat kutenung.. Kucium dahi bapak buat kali terakhir.. Sejuk dan teramat dingin.. Pergilah bapak dengan tenang, kami redha dengan ketentuan Allah.. Sesungguhnya ku bersyukur kerana diberikan nikmat ini untuk mencium dahi bapak, perkara yang sama tidak dapat kulakukan pada arwah mak kerana berada dalam keadaan yang tidak sama sekali mengizinkan 10 tahun lalu (faham-fahamlah kan..) Usai semua, jenazah terus diikat rapi untuk dibawa ke surau dan disembahyangkan..
Zara tenang dengan mama dan keluarga mertua.. Terima kasih mama.. Kami terus menanti jenazah di kubur. Kerja-kerja menggali kubur sudah siap.. Tak lama, van jenazah pun sampai.. Bagaikan cepat detik berlalu sampai ke detik-detik terakhir bapak bersama kami.. Semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Alhamdulillah.. Talkin dibacakan, bertambah sayu kurasakan.. Hakikatnya, terpisahlah kami dengan bapak melainkan tiga perkara termasuklah doa kami untuk kesejahterazaan kedua ibu bapa kami di alam barzakh..
Dalam berkira-kira untuk menyambut ulangtahun kelahiran zara yang pertama esok (12 Februari), semuanya lebur dan tidak bermakna.. Kebenaran, qada' dan qadar Allah harus diterima dengan redha..
Dalam longlai kerana tidak lagi sempat melelapkan mata, bapak tidak akan kembali lagi.. Hanya kenangan bapak dan mak kekal bersama..
- Tiapkali bangun pagi.. "Zara dah bangun ke?" Cucunya dulu yang dicari
- Tiapkali zara terjaga tengah malam.. "Zara menangis? Tengokkan dia kencing ke berak ke" bukan main risau lagi
- Tiapkali sebelum tidur.. "Esok kerja pagi ke lewat? Nanti bapak kejutkan" Bapak lebih risau kalau kami terlambat masuk kerja
- "Letak ubat nyamuk elok-elok takut terbakar" Almaklumlah rumah kampung
- Tiapkali sebelum balik KL .."Tengok kot2 ada apa2 yang tinggal. Ic dah bawak? Dompet? " Bapak yang lebih prihatin
- Tiapkali baru sampai rumah "Dah makan belum?" Itulah pertanyaan pertama bapak..
Hanya tinggal kenangan..
- Ketika Bapak hantar untuk hari pertama sesi persekolahan darjah 1 di Sekolah Rendah Rantau Panjang. Bapak belikan kuih kasturi untuk makan waktu rehat
- Tiapkali balik sekolah bapak akan tanya tadi makan apa, minum apa.. (Kenapa aku sangat sedih dan menangis untuk menyiapkan ayat ini..)
- Bapak akan bawa kami jalan2 naik motor saban petang ketika kecil
- Sesekali ke pasar malam, kami sangat seronok.. Bapak tak pernah tinggal beli putu bambu, jagung rebus dan apam balik
- Bapak akan sewa kereta setiap kali raya untuk hantar kami sekeluarga balik kampung waktu kecik2 dulu..
- Bapak pernah hilang mood dan selalu marah-marah ketika mendapat berita bahawa aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM. Sehari sebelum pergi barulah bapak beritahu kebenarannya bahawa bapak sangat sedih berpisah dengan aku yang tak pernah berjauhan dan bapak tak benarkan aku duduk asrama dan terima tawaran untuk belajar di Sekolah Menengah Agama Tinggi Hishamuddin Klang, satu ketika dulu walaupun hanya beberapa orang sahaja di sekolahku yang mendapat tawaran itu..
- Bapak sangat bangga aku menjadi Komander Kesatria Negara, UiTM. Pesan bapak, simpanlah baju no. 3 dan no. 4 ni sebagai kenangan walaupun dah tak guna..
- Kata embah (nenek), Bapak menangis ketika melihat aku menerima segulung ijazah di UiTM. Satu-satunya anak setakat ini yang melanjutkan pelajaran ke universiti.. Alhamdulillah..
- Bapak sangat gembira menerima Abang sebagai menantu yang selalu diajaknya bersembang..
4 comments:
Al Fatihah untuk ayahanda Puan Juliyana. Semoga Beliau tergolng ke dalam golongan orang orang yang beriman.
Al Fatihah.
semoga rohnya di tempatkan di kalangan org yang beriman..Tabahkan hati dan teruskan kehidupan Ju...Menitis air mata membaca N3 ni...arwah bapak ila juga pergi mengejut..
Al-fatihah
sayu bila baca coretan ni...dapat gambarkan perasaan ketika itu...
semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg terpilih
Alid : Terima kasih..
Ila : Kita sama-sama pernah merasa pengalaman yang sama, pasti kita saling memahami..
BC : :( Sedih sangat nak emnyiapkan entry kali ni.. Moga rohnya tenang di sana.. amin
Post a Comment