Monday, September 17, 2007

Bazar Ramadhan@ Stadium Shah Alam

Air! Air! Sempat lagi tolong jual air..

Banyaknya kak..

Inilah ikan bakar yang digolek dan tergolek-golek..


Bubur lambuk juadah wajik. RM 2



Dapat juga giliran beli popia. RM 2 bang!

Ramai beratur.. mesti sedap kot... sanggup tu.

Tak beli, posing pun jadiklah.. Tempe goreng tu..

Kalau dah pantang jumpa kamera. Kat mana-mana pun jadik. Ramat tak orang di belakang?

Inilah juadah 1 Ramadhan

Inilah kuih rangin yang menjadi sebutan tu..

Buah mangga kegemaranku.. mesti ado..

Inilah bubur 2 ringgit tadi.

Alhamdulillah Ramadhan tahun ini penuh bermakna apatah lagi ambil cuti pada puasa pertama. Inilah masanya untuk meredah bazar ramadhan di Shah Alam bersama suami tersayang.. Meskipun ramai warga Shah Alam turun padang mencari 'tunjuk-tunjuk' tetapi tidak banyak gerai yang dibuka. Takdelah banyak pilihan. Jenuh pusing cari puding jagung pun tak jumpa.

Nasib baiklah jumpa dengan kuih tradisional yang arwah mak rajin buat dulu- RANGIN. tak taulah apa sebutannya dalam bahasa melayu.. yang pasti kuihnya dibakar dan dibuat daripada tepung pulut, kelapa dan gula. Orang jawa tahulah.. Serbuan kedua sudah tentu bazar di kampung halamanku.. Rantau Panjang. Lebih menarik, abang sulung pun tak ketinggalan meniaga.. Air! Air! cakap je nak warna apa. Semua ada. Dalam banyak-banyak, air mangga dan soya menjadi pilihan. Sedihnya tak dapat minum air nenas.. Uwa... Alhamdulillah, rezeki ramadhan memang melimpah. Habis semua air dalam balang. Macam-macam juga juadah berbuka puasa Julia, suami dan bapak (ayah).. Antara gambar-gambar menarik sepanjang 1 Ramadhan 1428 Hijrah. Adioooss!

Friday, September 14, 2007







Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Ramadhan datang lagi. Pastinya lebih bermakna kerana inilah Ramadhan pertama bersama suami tersayang.. Nantikan cerita terkini serbuan Julia di beberapa bazar ramadhan sekitar Lembah Klang. Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Wednesday, September 12, 2007

Dari sukan ke penyampai radio

Menjadi deejay memang cita-cita saya sejak darjah tiga lagi. Jangan tak percaya! Waktu darjah satu, teringin sangat-sangat nak jadi pegawai polis. Pantang tengok cerita kepolisan, mulalah berangan. Itu yang suruh berkawad dari pagi ke petang pun sanggup waktu sekolah dulu. Tak jadi polis, komandan Kadet Bomba pun jadilah. Nak buat macam mana... tak ada lagi kadet polis di sekolah. Yang paling manis, pernah jadi komandan untuk perbarisan ketika sukan sekolah. Juara tu.. walaupun cuma dapat hamper berisi jajan.. best sangat... Nak dijadikan cerita, cita-cita untuk menjadi deejay mengatasi segalanya. Al kisah bermula di sebuah kampung bernama Rantau Panjang, Klang. Waktu tu, baru balik 'shopping' sakan bersama arwah mak dari Kapar. Masih ingat lagi kasut pink bunga-bunga yang dibeli untuk raya. Dulu, memang pagi petang siang malam dengar Radio 3 Shah Alam atau kini Selangor FM. Celoteh Latifah Sidek, kalau nak jadi deejay, kena ambil kursus mass comm. Kecik-kecik manalah tahu apa ke maknanya mass comm tu. Tapi perkataan itulah juga yang tak pernah kulupa sampai ke sekolah menengah. Kerana minat yang cukup besar, sanggup berebut sampai melekat kat cermin BSN Klang berasak-asak untuk membeli 5 borang UPU. Biar lebih, takut salah isi. Waktu mengisi borang UPU, Matrikulasi Mass Comm sentiasa berada di pilihan pertama. Cukup dengan kriteria yang diminta, English 119.. harap sangat-sangat dapat. Meskipun ramai yang emmpertikaikan kenapalah nak ambil kursus matrikulasi sedangkan Ijazah Pertama sudah tersedia. Semuanya dek kerana minat nak jadi Deejay. Tiga semester di Matrikulasi Sebaran Am UiTM, cukup banyak kenangan apatah lagi bersama-sama senior yang cukup ,sporting', Amyzaddin, Kak Mimi dan Kak Farah Fauzana.. ramai lagi yang dah jadi orang berjaya dan rakan-rakan seperjuangan lain. Walaupun seperti jauh kelaut kerana mengambil jurusan Pengiklanan.. tapi pengkhususan dalam copywriting dan marketing cukup berguna. Cukup waktu untuk praktikal, semestinya Radio Maalaysia Selangor menjadi pilihan. Kalau orang lain praktikal satu semester atau empat bulan tapi saya setengah tahun atau enam bulan! Semuanya kerana saya sibuk menjalankan kajiselidik merangkap tesis mengenai Kajian Pendengar Radio : Citarasa Pendengar Masa Kini terhadap 300 responden di semua 9 daerah di seluruh Selangor. Memang memenatkan tetapi cukup berbaloi sebagai persediaan awal ke arah cita-cita. Sambil belajar, sempat lagi buat freelance bersama Pengulas Sukan terkenal, Shaukei Kahar di Silver Sports. Cukup banyak pengalaman dikutip termasuklah menjadi wartawan sukan, penerbit, penulis skrip, webmaster untuk Media Sukan, Voice Over, penulis skrip dan pembuat teh. Setiap satu pengalaman yang dikutip selama lebih kurang dua tahun banyak mengajar untuk menjadi 'multiskill'. Menjadi bunga dicelah-celah kumbang setiapkali membuat laporan sukan sesuatu yang baru untuk saya. Tiger Cup, Piala Malaysia, Piala Emas Raja-Raja, Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, Celcom Uni-League merupakan antara acara penting yang tutut serta membuat liputan. Alhamdulillah, antara 4000 orang yang mencuba nasib untuk mendapatkan pekerjaan di RTM, saya salah seorang daripadanya. Lebih bermakna bila ditempatkan di KLfm pada 20 Jun 2005. Alhamdulillah.. doa arwah ibu sepanjang jalan. Segala yang kita impikan jika disertakan dengan doa dan usaha, pasti membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

Idolaku.. Tun Dr. Mahathir Mohamad

Moga Tun cepat sembuh.. doa dari seluruh rakyat Malaysia


Bersama barisan Sekretariat Demi Negara Ke Everest 2004, UiTM


THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...