Monday, March 30, 2009

MENELUSURI 2 TAHUN USIA PERKAHWINAN


Meniti 2 tahun usia perkahwinan cukup membahagiakan. Mungkin ramai tak tahu mengenai kisah percintaan kami. segalanya berlaku dengan cepat masa berlalu...
Bertemu dalam acara yang dianjurkan Sahabat KLfm dan suami (Edryshah; nama sahabat)sebagai AJK bersama sahabat Yoblabun & The Geng pada akhir Disember tahun 2005 di Genting Highand. Ketika itu, tak sampai setahun usia saya di KLfm . Dah arahan bos (time tu Tengku Idris) untuk pergi bersama Kzie dan Nik Aida, saya pergi juga walaupun seperti nak tak nak kena pergi.. Yelah, apa agaknya nak buat ek?

Sampai di Genting, kami mengenali AJK selain mereka ada juga Panglima Bukit Gantang dan isteri. halia bara, anak bucuk, cola bear, iswara hitam.. (maaf, yg lain tak ingat) Saya tak banyak cakap kerana terlalu baru mengenali mereka. Hanya mengikut segala aktiviti yang dijalankan. Nasiblah ada Nik Aida dan ibunya yang turut serta dalam aktiviti tersebut. Takdelah canggung sangat. Saya mengenali Sahabat Julia dan rakannya yang turut serta dalam aktiviti. Secara kebetulan, suami pun ada bersama kami semua. Salah satu game yang saya rasa itulah kali pertama dan terakhir sy naik -"Roller Coaster". Walaupun sanggup beratur berjam2, dapat juga naik. Waktu tu, Shah duduk di sebelah tanpa sembang yang banyak. hanya bercakap "relax.. enjoy the trip.." Yeala 1st time naik roller coster.. Entah macam mana rasa takut muncul sampai tak terkeluar suara dari anak tekak.. Pusing, punya pusing... Akhirnya habis jugak, ke garisan perhentian. Bila dah berhenti tiba-tiba Shah menegur.. Menangis ke? Air mata mengalir, huhuhu... Inilah pengakuan pertama.. Ya! memang saya menangis sebab takut sesangat.. Huhu.. sy mencangkung di tepi sambil di pujuk oleh Shah.. hehehe.. malunyee
shah sempat membeli & memberi photo kenangan menaiki Roller Coster.. itulah kenangan terindah detik perkenalan pertama hingga ke hari ini sy simpan...

Saya tak lagi berhubung atau berjumpa dengan Shah, dahulu dia "freelance" production luar.. shah dulu kerjanya buat Drama, Filem, pernah kerja TV3, NTV7, Astro.. sehinggalah Shah mula bertugas di RTM pada tahun Mac 2007.. selepas dinasihat oleh Tengku Idris utk interview masuk RTM, Kami bertemu tapi tak bersembang panjang.. semuanya kerana tugas, Shah selaku Penerbit Lokasi RTM "cover" event Merdeka d'Everest 2007. sy pula selaku Pengarah Projek Makan Malam Amal Merdeka de Everest yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri., sekaligus merupakan Ketua Biro Komunikasi pROJEK Dari situ kami mula mengenal hati budi masing2.

Selesai majlis, jangan cakap laa, betapa "penatnya" hanya tuhan yg tahu.. berminggu bertungkus lumus bg memastikan kejayaan event berjalan dgn lancar... dan tak tidur lagi selepas konti 3-6 pagi sampailah ke tengah malam esoknya.. dan saat sy tak boleh lupa.. org pertama ucap "Congratulation Julia.. Good job!" selepas majlis selesai dan memberi sekuntum bunga mawar merah! sy mula tersentuh hati... dan menangisss..

Ketika itu saya dah pun berpunya.. Shah pula baru "breakup" dgn "somebody".. Mungkin telah ditakdirkan jodoh kami kuat, dan pada ketika saya kena demam campak pada bulan Ramadhan 2006 dan perlukan rawatan segera. Shah cukup prihatin dengan kesihatan saya, walaupun sibuk dgn "shooting" dan tugasan utk persiapan siaran hari raya... sanggup meluangkan masa, tidak ketinggalan mama yang terlalu mengambil berat dan sanggup pos "kurier" daun bambu dari Sungai Petani, Kedah demi saya.. Shah pula berulang alik dari Office saban hari menjenguk sy di kampung, sekiranya ada masa terluang bg memastikan sy dalam keadaan sihat, belikan makanan dan ubat..

Demi Allah, saya belum pernah bertemu dengan mana-mana lelaki yang begitu penyayang sebagaimana Shah walaupun ketika itu kami tak punya apa-apa ikatan. Pada MrH, saya tidak pernah berselindung betapa hati saya telah memilih Shah dan pilihan saya telah pun saya suarakan kepada adik beradik dan Keluarga. Mereka memang sangat menyenangi dgn sikap Shah. Bapak terutamanya, sangat gembira dengan kehadiran Shah yang rajin bersembang dan pandai mengambil hati berbanding mana-mana lelaki yang pernah saya kenalkan dengan Bapak sebelum ini.

Saya nekad dengan keputusan utk memilih dan berkahwin dgn Shah... meskipun ramai rakan-rakan terdekat yang memandang sinis perhubungan kami. Kami tidak sempat bercinta lama.. kami merancang masa depan utk bersama tanpa menoleh kebelakang.. Shah tulus melamar saya di Tanjung Harapan, Klang. (walau dah berapa kali menyatakan hasratnya itu).
Dengan izin Allah SWT, Majlis perkenalan antara keluarga bertukar majlis merisik pada Hari Raya Haji, 31 Disember 2006 dan tiga bulan selepas itu terus Bertunang, Menikah dan Kahwin, pd 30 Mac 2007 (Jumaat), iaitu pada tarikh ulangtahun kelahiran saya..

Alhamdulillah, saya sangat bahagia kini bersama suami tercinta Muhammad Shahzil Abu Bakar dengan kelahiran permata sulung, Nur Zahra Qistina pada 120208 dan insyaAlllah orang baru pada awal November nanti.. Doakanlah kebahagian kami sekeluarga..


Usai pernikahan tanggal 300307


Surau Haji Musran, Kg Rantau Panjang Klang


Sambutan ulangtahun kelahiran adik beradik dan ipar duai.. semuanya bulan 3


Malam berinai 31 Mac 07


Majlis Persandingan 1 April 2007


Perjalanan kita baru bermula..



Bertandang ke Sg Petani.. 7 April 2007


Potong pulut kuning bersama mama dan abah mertua


Syawal pertama bersama suami.. pregnant 5 bulan


Masih cergas di konti..


8 bulan.. di Genting Highland - "from this moment"


Alamanda, Putrajaya..


Check up sehari sebelum bersalin di PPUM


Nur Zahra Qistina, 120208, 4.29 petang, PPUM


130209, Bandar Mahkota Cheras


140208.. Hari ketiga



abahnya tak sabar beli mainan, walaupun Zara baru seminggu


Berpantang di Sg Petani


Zara mula meniarap, Julai 08 (Putrajaya)


Syawal pertama Zara bersama Mama dan Abah, Oktober 08







Zara belajar makan sendiri


anak manja si abahnya....



...kenangan terindah...


SAMBUTAN HARI LAHIR DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI











Ayah Dan Ibu

"Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami

Dapatlah melihat bulan dan
Matahari Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk
ajar dan Nasihat Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat"...




30 Mac 2009 - Lagu ini membuatkan saya mengalirkan airmata ketika dikeudarakan di Klfm ketika bertugas dalam Salam Interaktif hari ini. Hari ini genap usia saya 28 tahun. Syukur kerana masih diberikan hayat untuk bernafas di bumi ini disamping suami dan anak tersayang.. Masih teringat kata-kata Datuk Dr Haji Mohd Fadilah Kamsah, ramai dikalangan anak-anak terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu yang melahirkan.. jadi ucapkanlah terima kasih ibu kerana melahirkan saya ke muka bumi.. pasti ibu anda akan terasa amat dihargai.. Meskipun kini emak dah tiada, hanya doa dipanjatkan moga roh emak yang mengandungkan sembilan bulan dan melahirkan saya tepat 6.45 pagi 28 tahun lalu, menyusukan dan membesarkan.. juga Bapak yang bekerja keras siang dan malam mencari rezeki demi membesarkan kami 6 beradik, dicucuri rahmat, dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Selamat ulangtahun perkahwinan ke-2 buat suami tersayang, Muhammad Shahzil Abu Bakar. yang buat kejutan dengan sedozen ros merah di pejabat.. suka sangat2!! Terima kasih atas sepenuh kasih sayang dan menantikan detik bahagia orang baru insyaAllah awal November ini. Juga anakanda tersayang, Nur Zahra Qistina yang memberikan mama seribu kegembiraan. Tak lupa juga semua warga kerja KLfm dan Sahabat2 KLfm yang membuat ucapan untuk Julia..

Ini dia gambar eksklusif sambutan sederhana ulangtahun perkahwinan dan hari lahir Julia di Coffee Bean.. di mana? hehe double check yeaaa.... Adios..













XKLUSIF BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA





9 Mac lepas, Xklusif Bersama d' KLfm menampilkan Tokoh Maulidur Rasul 1429H, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Al MAsrie, Angkasawan Negara istimewa sempena sambutan Maulidur Rasul 1430H. Walaupun hari cuti, Julia tetap bertugas sebagai penerbit dan penyampai. Bangga sangat dapat menemuramah beliau dan berkongsi pengalaman ketika berada di angkasa, perancangan dan kisah cinta.. Lebih menarik, ini kali pertama beliau ditemubual di stesen radio milik kerajaan. Tambahnya, akan muncul jurnal yang mengetengahkan segala yang dilakukan dan catatan yang belum pernah dikongsikan sebelum ini ketika menyertai misi sulung negara ke angkasa. Tercatat sebagai angkasawan paling sihat selepas kembali ke bumi, antara pengalaman menarik di angkasa termasuklah solat dalam keadaan kaki terikat, menelan selepas menggosok gigi dan banyak lagi. Jadi kalau nak tahu, nantikan buku terbaru yang bakal berada di pasaran tak lama lagi.. untuk anda yang berminat boleh emel ke sheikhmuszaphar@gmail.com.


















THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...