Tuesday, December 9, 2008

SALAM AIDILADHA 1429H








Salam Tok Wan

Meh salam dengan Tok Wan.. elok dah parking depan Tok Wan

Uuii.. lajunya tepuk tangan

Aii.. kat situ je

Zara pun salam Tok Wan



Supergirl dah ngantuk.. time untuk titun..

SELAMAT HARI RAYA QURBAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM. Dah ebberapa hari KL lengang, kurang dari kesesakan lalulintas. jadi tak jadi, akhirnya jadi juga balik ke Sungai Petani tahun ini untuk meraikan Raya Haji di sana. Hari Sabtu lalu kami berada seawal jam 7.00 pagi di Pasar Tani Mega di Tempat Letak Kereta MAHA. Memang meriah sambutan yang diterima apatah lagi dari kalangan peniaga-peniaga yang cukup sporting. Macam-macam aktiviti dijalankan termasuklah mini walkhunt, mengukir buah betik dan membungkus hamper. Julia pun tak ketinggalan menyertai pertandingan membungkus hamper untuk suka-suka dan emmeriahkan suasana, tak sangka dapat nombor satu. Hehe.. Aappun, terima kasih untuk rakan2 dari FAMA.

Dalam pukul 2.00 petang kami mulakan perjalanan ke SP. Rayalah katakan, memanglah sesak.. 6 jam setengah baru sampai! Beraya di SP lebih meriah dan berbeza. Bukan apa, siap ada juadah pagi raya, bermaafan dan siap ada ramai adik2 datang beraya, berbeza dengan di Klang.

Dan lagi, dapat makan PEK NGA.. Pelik kan bunyinya.. tapi orang utara panggil lempeng kelapa tu Pek Nga. Macam-macam.. Apapun dalam kita beraya, jangan lupa menghayati erti pengorbanan diri dan orang lain terhadap kita. Tak kiralah siapa, Ibu bapa, suami, keluarga dan rakan-rakan. Juga, takziah untuk keluarga bekas pensyarah saya di UiTM dulu, En Shafie yang meninggal dunia kerana kemalangan di New Zealand baru-baru ni, juga untuk semua mangsa tragedi tragis Bukit Antarabangsa.

3 comments:

kakzie said...

komen ni untuk Zara tau..hehehe
PIC lelap kat atas tu tomey sgt..
yg tu menjerit ke menagis tp tetap tomey, buat Cik Ila gerammmmmmmmmmmmm jer huhuhu
Salam aidiladha buat Ju sekeluarga...

MrsWebmaster said...

si kecik ni dah tak buleh ilang mamanya. tu yang menangis nak kena dokong ngan orang lain. salam aidiladha untuk ila juga..

black_canary said...

tahun ni pun aku beraya aje kat Tk Intan dgn anak-anak aje..wife aku kena kerja...meriah jugaklah umah mak aku raya ari tu...
By the way..sorry lama tak masuk sbb masalah teknikal

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...