Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

RASANYA BARU SEMALAM BERHARI RAYA DI RUMAH MERTUA. Sekejap je masa berlalu. Tahun lepas beraya dengan perut besar. Takle melaram mana. Tahun ni beraya bertiga. Tak sabar rasanya nak beraya bersama Zara dan suami tersayang. Selasa, 30 September genap setahun enam bulan usia perkahwinan kami dan tarikh Julia mula bercuti. Raya pertama di Klang dan kedua di Sungai Petani. Untuk semua pendengar KLfm yang setia, terima kasih atas sokongan dan teguran anda semua. Ampun maaf dipita andai ada terkasar bahasa, terlanjur kata mahupun menyakiti hati sesiapa. Semoga Aidilfitri disyukuri, detik terbaik mensuci diri, jauh dan dekat sama temui, salah dan silap harap maafi. Daripada Julia, Shah dan Nur Zahra Qistina. Till then, adios..

Tuesday, September 23, 2008

PROJEK KUIH RAYA

TINGGAL beberapa hari je menjelang Hari Raya. Inilah time paling sibuk untuk semua umat Islam. Sibuk membuat persiapan raya.. sibuk juga mencari keberkatan 10 malam terakhir.. Sabtu dan Ahad lalu, saya balik Klang untuk memulakan projek kuih raya bersama adik dan kakak iparku yang menanti hari nak habis pantang. Oh ya, lupa nak beritahu nama anak buah baru saya namanya Nur Alia Farhana, satu2nya anak perempuan setakan ni. Sesuai dengan nama abang sulungnya, Muhammad Alif Farhan. Kedua, Muhammad Asyraf Fitri. Semuanya Cik Yi (nama panggilan manja Julia oleh anak2 buah - versi pelat) yang berikan nama tu. Hehehe... Alia dah ok. Sebelum ni teruk juga diserang kuning. Tunggu duit raya dari Cik Yi nanti ek.
Cite pasal projek kuih raya, hari sabtu baru nak membeli barang2 untuk buat kuih raya. Dekat pukul satu baru start projek pertama - Rempeyek Kacang Tanah resepi nendaku. Banyak juga jadiknya.. Ada yang nak resepi ke? Hehe.. kenalah rasa dulu sedap ke tidak rempeyek yang Julia buat raya nanti.. Banyak jugak jadinya sebab nak eksport ke Putrajaya dan untuk mama mertuaku di SP.. Dalam pukul 4 lebih dah setel, bersiap pulak nak menerjah Jalan Masjid India.
Saya, hubby, adik dan adik ipar je . Zara terpaksa minta tlg kakak jaga sekejap takut menjerit si Zara. Jalan TAR menjelang raya ni semua orang tahu macam mana penuhnya. Nasib baik tak bawa zara. Nak jalan pun menyelit2. Niat di hati nak beli baju raya tapi satu pun tak jumpa. Mana tidaknya, nak tengok baju pun tak feel sebab ramai sangat. Cuma sempat singgah Sogo dan berjaya membawa pulang tiga pasang kasut Sembonia yang tengah sale untuk raya dan kasut untuk kerja sekali. Biasalah perempuan.. kan kak AA.. Kasut yang ada pun dah lunyai. Tiga pasang kasut saya, sama harga dengan sepasang kasut hubby. Kan ke jimat tu. Hehe..
Esok, sambung projek kuih raya dengan Kuih makmur dulu, lepas tu baru kuih tat. Setiap jenis siap enam balang. Kalau beli dah berap tu.. Ada yang nak tempah ke tahun depan? Hehe.. Hujung minggu ni atau minggu depan Julia upload pic kuih raya tu ek. Tertinggal kamera kat klang pulok.
Keylah. esok nak balik Klang buat Cornflakes Cup Madu plak.. Kalau takde ape2la. Hujung minggu ni plak nak masak ketupat, ayam dan kuah kacang untuk tradisi 'Monjong' - menghantar juadah kepada jiran-jiran. Itu tradisi biasa masyarakat jawa di Klang. Bukan sedikit tau nak masak.. Till then, adioss!!

Monday, September 22, 2008

TANGGAL 22 SEPTEMBER... AL-FATIHAH



"Ya Allah.. Ampunilah dosaku, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami diwaktu kecil"



HARI INI, TANGGAL 22 SEPTEMBER 2008 - Genap 10 tahun pemergian ibu tersayang, Allahyarhamah Tuzainah Bt Dasuki menghadap Illahi. Mengimbau kembali 10 tahun lalu, Emak disahkan menghidap kanser payudara tahap 3 ketika saya berada di tingkatan 5 tahun 1998. Ketika itu, pengetahuan mengenai penyakit berbahaya ini memang kurang. Dalam keadaan yang sedih bila mengetahui bahawa emak sakit, hati saya jadi tak tentu. Sedih, takut kehilangan.. semua bercampur baur menjadi satu.

Saya memang sangat manja dengan emak dan hanya emaklah yang paling memaham, malahan ramai mengatakan wajah dan kelakuan saya iras emak. Kalau nak makan pun mak mesti teman walaupun emak tak makan sampaikan sanggup mogok lapar tak makan kalau emak taknak teman. Esok pagi2 kelentang kelentung dapur cari makanan. Tulah.. nak mogok sangat. Hehe.. Bukan tak rapat dengan Bapak tapi karektor bapak yang garang dan tegas. Maklum sajalah pernah bertugas dengan ATM. Ketika di sekolah saya memang sangat aktif pagi petang.

Emak mula berulang alik dari HBTAR ke HKL untuk mendapatkan rawatan. Saya sering menemani emak. Adik pula berganti-ganti menemani emak di rumah tetapi emak tidak membenarkan saya untuk bercuti memandangkan saya akan menduduki peperiksaan SPM tahun itu.

Kesian tengok mak, berulang alik mendapatkan rawatan termasuklah rawatan tradisional. Macam2 ubat emak makan termasuklah buah noni dan pati ikan haruan. Emak menjalani pembedahan membuang payudara di HBTAR. Ketika itu aku menjangkakan semuanya sudah berakhir. Namun sakit emak tiada surutnya. Meskipun emak tidak pernah ku dengar merungut mahupun mengadu domba dengan kesakitan yang ditempuhi dengan penuh redha, tapi dapat kubayangkan betapa sakitnya emak. Perut emak mula membesar. Penuh dengan air entah dari mana. Saya menemani emak ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk menapatkan rawatan. Alangkah terkejutnya bila diberitahu doktor bahawa kanser emak telah menular ke sebelah lagi. Itulah pertama kali saya tengok emak begitu sedih dalam pasrah terpaksa menerima ketentuan Tuhan. Bagaikan luluh hati emak bila diberitahu lagi bahawa emak juga telah diserang paru-paru berair. Ku peluk emak untuk menenangkan hatinya. Ya Allah besar dugaan MU. Ada airmata yang bergenang dari kelopak mata emak yang sayu.. Emak diminta untuk datang semula dan menetap di wad HKL.

Kebetulan ketika itu cuti sekolah. Kami menghantar emak beramai2 ke wad HKL. Sambil menghitung detik menjelang SPM, saya tak lupa untuk membawa bersama buku untuk dibaca, pastinya buku ekonomi - subjek kesukaan ketika disekolah. Itu saja. Saya akan menemani emak sepanjang di hospital.

Malam pertama, kubentang kain dan berbantalkan beg dan tidur di lantai sementara mak di atas katil. Dalam kedinginan, kutahan kerana nawaitu untuk menemani emak. Keesokannya, staff nursen menegurku kerana tidur di atas lantai dan meminta saya untuk tidur saja di mana-mana katil yang tidak berpenghuni. Saya memang kagum dengan keramahan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh semua kakitangan di unit berkenaan meskipun kami tidak pernah mengenali.

Setiap hari saya akan menghantar emak untuk menjalani rawatan kemoterapi. Emak pernah berkata, lepas ni kalau emak sembuh dan keluar dari hospital, emak berhajat untuk menziarahi pusara ayahanda di Kg Seri Tiram Jaya, Tg. Karang. Dan bila saya beritahu kerisauan menjelang SPM mak kata jangan risau.. cuba sebaik mungkin. InsyaAllah kalau ada rezeki dan usaha kita akan berjaya.

Petang tu mak teringin makan sup kepala ikan. Seperti kebiasaan, makcikku yang berada di KL - Bik Nor tak pernah jemu.. Saban hari menghantar apa saja lauk yang mak nak makan. Bila dah makan, mak kata takde rasa apa.. seperti air kosong. Lalu kuberikan kepada Sister di wad tersebut. Peliknya, semua kata sedap..

Esoknya ada perubahan pada mak. Saya cakap pun mak cuma pandang tapi tak menyahut.. Sampai beberapa ketika rasa seperti ada yang tak kena. Rupa2nya mak dah tak boleh bercakap. Berkaca mata mak. Sedihnya dan rasa takut hanya Tuhan saja yang tahu.. Mak dipindahkan ke Wad1 - kritikal. Kebetulan pesakit katil sebelah pula meninggal dunia. Dalam kesedihan saya kuatkan semangat cari public phone di kantin HKL untuk telefon bapak, adik beradik dan saudara mara mengenai perkara tersebut.

Mak akhirnya dibenarkan balik dan saya memaklumkan hasrat mak untuk pulang ke tg karang dan permintaan mak, kalau mak meninggal dunia tolong kuburkan di tg karang. Mak dah tak boleh bercakap.. hanya matanya yang cuba berkata-kata. Sebaknya hati..

Dalam kepayahan kami pangku emak yang tidak boleh lagi duduk dalam kereta, alhamdulilah sampai ke Tg Karang. Sebolehnya tak nak berganjak jauh dari mak. Walaupun mak tak boleh bercakap, tapi nampak dah stabil. Jadi, nenek suruh kami balik Klang keesokan harinya. Tak sampai sejam kami tiba di Klang, nenek telefon untuk balik ke Tg Karang kerana mak dah nazak. Ya Allah.. sampai di Tg Karang semua orang kampung sedang mengaji. Tapi dalam keadaan yang tidak membenarkan, saya hanya mampu berzikir dan mengharapkan dipanjangkan usia emak dan kalau telah tiba masanya, permudahkanlah segala urusan. Penuh sayu ku memohon keampunan dari mak yang melahirkan, membesarkan, memberikan kasih sayang .. Kulihat mata mama seperti ingin berkata sesuatu dan mak mengerdipkan mata seolah2 faham.. seorang demi seorang adik beradik dan bapak memohon kemaafan.

Jauh di sudut hati kutahu mak tak mampu lagi bertahan. Puas kuseka airmata yang berjuraian. Kukuatkan semangat untuk meletakan jari di hujung hidung. Mak seperti tidak lagi bernafas.BENAR!! Makcik menghalang untuk aku berbuat demikian bimbang mak tak dapat bernafas tapi kutahu mak sudah tiada. Selang beberapa minit mereka mengesahkan mak sudah meninggal dunia. Aku rebah. Ya Allah Kau lebih menyayanginya..

Terkilan rasa tak dapat mengucup dahi mak dalam keadaan yang tidak membenarkan. Juga hanya dapat melihat jenazah mak dikuburkan di seberang parit kecil..

10 tahun berlalu.. kesedihan dan keperitan kehilangan mak telah 10 tahun kami lalui. Anakmu kini telah dewasa dan bergelar ibu sepertimu dulu. Baru ku tahu betapa sakitnya melahirkan dan kasihnya seorang ibu pada anak mereka, sama sepertimu. Moga roh ibu diletakkan di kalangan orang2 beriman, dijauhkan dari azab kubur dan dipermudahkan segala urusan. Al-Fatihah..

Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini Dan kesepian

Dan aku Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu Kau kasih sejati
Kutaburkan doa Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Friday, September 19, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN RAKAMAN SENANDUNG LEBARAN d' KLFM

Sempat pose sebelum tugas bermula

Bersama (kiri) Puan Fee- Pengawal KLfm, Kak Azizah Sulaiman, Dato' Adilah - Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran dan Datin Sri Siti Noriah Anna Razak - Isteri Menteri Wilayah Persekutuan

Duet dua bintang baru - Sabihah dan Alif (Juara dan Naib Juara Bintang Klasik Nasional 2008)
dari Kuala Lumpur


Bukan main seronok lagi adik2 dari Darul Kifayah ni.

Beyonce Malaysia - Dayang Nurfaizah

Hafiz Hamidun pun ada

Superman Malaya - Faizal Tahir

Bersama dik2 dan VVIP

Boleh ke nyanyi ni. Hehe

Bergambar bersama make-up artist kami, Dell (baju hitam) dan Mimie (merah belang hitam)

Dato D bersama dj2 KLfm

Ada gaya Saloma tak?

Malaysia Most Beautiful, Dilla (anak kepada Dato' D) pun ada

Hooray!!!

13 SEPTEMBER lalu telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa dan Rakaman Rancangan Senandung Lebaran d' KLfm di Saloma Theater Restaurant. Sebagai Penerbit, memang sibuklah adanya sampai buka puasa setakat meneguk air dan buah kurma. Memang macam tulah selalu. Selagi tak habis program, selagi tu tak selera makan. Lebih meriah dengan kehadiran Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Y.Bhg Datin Sri Siti Noriah Anna Razak dan Dato' Adilah Shek Omar- Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran selain tetamu jemputan lain untuk meraikan Anak-anak Yatim Darul Kifayah, KL.

Antara artis yang turut serta termasuklah Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Hafiz Hamidun, Sabihah dan ALif.. Tak ketinggalan semua dj2 KLfm yang turut membuat persmbahan. Sedap tak sedap belakang kira.. Hehe.. Jangan lupa nantikan siarannya pada Hari Raya pertama jam 2.30 petang dan ulangannya pada 11 Oktober 2008!

Wednesday, September 17, 2008

CERITA TENTANG KUIH RAYA

75% pengunjung blog Julia mengundi bahawa saya sukakan kuih tat, rempeyek dan kuih makmur manakala 25% lagi mengundi kuih raya - coklat chip. Memang terer la. Kalau setiap kali pergi beraya ke rumah orang, kuih pertama yang julia akan cari mestilah berasaskan coklat, kedua - tat gulung dan ketiga kuih makmur. Kalau bercerita pasal rempeyek, orang-orang jawa suka makan bersama-sama dengan nasi, macam nasi ambeng pun sama juga.

Rempeyek ni pun ada macam-macam seperti rempeyek kacang tanah, rempeyek bilis, kacang dal dan kacang hijau. Paling Julia suka yang kacang tanah dan rempeyek dal buatan arwah mak dan embah ( nenek ) Julia. Masa kecik2 dulu selalu tolong mak buat rempeyek kacang tanah untuk tempahan jiran2. Tapi bukan yang bulat2 tu.. tak berapa power. Yang best ialah yang melekat kat tepi kuali. Pernah tengok tak? Rancang nak buat hujung minggu ni, nak bawa balik ke SP sekali nak bagi pada Mak Mertua.. Tengoklah nanti jadi ke tak. Projek buat kuih besar-besaran rancang nak buat hujung minggu ni.. sambil2 tu ada gak plan nak jenguk Jalan TAR beli baju raya.. Bawak adik sekali cari baju raya baru.. Mesti penuh Jalan TAR hujung minggu ni..

TETIBE TERINGAT..





UNTUK anda yang belum sempat menatap gambar perkahwinan Julia, nah ini antara gambar yang Julia boleh kongsikan untuk tatapan anda. Baju purple ketika bertandang ke Sungai Petani.. yang pink of course ketika majlis di Klang. Busana by Kamarini's Bridal Sense, Make up by Kamchee.. Enjoy!

Tuesday, September 16, 2008

BILA SI KECIK DAN MAMA PUN DEMAM





Lama sungguh tak update blog. Rasanya dah masuk 3 minggu. Bukan ke mana. Masih lagi masuk cbox tapi lum update story. Kalau nak masuk story takde gambar pun tak best. Memang Julia sibuk betul sebelum Rakaman Senandung Lebaran d'KLfm haritu. Bila dah setel sume, tinggal editing, rasa lega betu. Bukan apa, pc pun meragam jadi tak dapeklah nak update. Ditambah lagi Zara, Julia dan husband satu family demam awal September lepas.

Bayangkan seawal jam 4.30 pagi keluar rumah sebab tiba2 temperature Zara naik mendadak. Panas sangat2. Terus bergegas ke Putrajaya dari Klang untuk hantar ke Hospital. Bukan apa, di Putrajaya memang lengang compare to di Hospital Besar Klang yang memang ramai orang. So, drive thru KFC jelah masa bersahur dalam kereta. Kesian tengok Zara.. tersadai je. Merengek.. Kalau kita sendiri pun selesema rasa tak selesa. Selang sehari, saya pulak yang tersadai. Nak ikutkan hati memang tak bangun tapi kesian tengok si kecik, gagahkan jugak..

Doklah letak tuala yang dibasahkan dengan air asam jawa kat kepala. Kuranglah sikit panas badan. Kejap panas, kejap sejuk.

Orang tua-tua kata kalau budak nak membesar memang macam tu.. demam. 12 September 2008 lalu, genap usia Zara 7 bulan. Zara dah pandai merangkak. Sebelum ni mengengsot-engsot je. Alhamdulillah.. Tengok2 dah sampai dapur.. Bukan main seronok lagi dia. Habislah Kak Ita, babysitter Zara dan Afiq kerja dok mengejar mereka berdua.

Zara sekarang dah semakin faham apa mama dan abah cakap. Kalau part main, Abah lah dia cari. Tapi kalau nak menyusu dan merajuk dengan Abah, baru nak cari mama dia. Lagu kesukaan mestilah Pok Amai Amai. Tak tepuk tangan dia tepuk badan. Bila tepuk untuk tepukkan zara tidur, zara pulk tepuk mama dia balik.. Semoga membesar dengan sihat dan kuat!! Adiosss..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...