Thursday, November 19, 2009

Satu Ujian - Bahagian 1


Senang je cara nak timbang.. comel


Nek Nor (kiri) dan Mak Tok (kanan) bersama Mirza

Align Center

Anak mama kena cucuk di lengan ambil darah


Phototheraphy session




Spek mata adik


Anak Abah.. pandai Mirza tengok Abah ye


Lebam tangan kena cucuk. Kulit kering kena panas fototerapi


Anak mama.. siap nak discharge







Hai, kembali untuk mengisi cerita terbaru. Taklah baru sangat tapi dek kerana masa yang ada tidaklah sebesar mana untuk diluangkan bagi mengisi entri terbaru, tapi adalah yang nak dikongsi. Mirza lahir dengan mudah. Alhamdulillah.. namun kali ini kami sedikit diuji bila hari ke3 kelahiran, Mirza disahkan kena Jaundis atau demam kuning, istilah biasanya. Bacaan pertama SBV pada 30 Oktober 293. Mirza kena masuk NICU, Putrajaya. Menghampiri 300 dalam usia begitu sangat tinggi dan dibimbangi mampu memberikan impak negatif pada otak. Semalaman Mirza di wad, runsing tak keruan mama dibuatnya.. Macam manalah anak mama..



Keesokan hari, mama datang untuk melawat dan menyusukan Mirza, bersama2 Abah. Sebak hati melihat anak yang tak berbaju dalam cradle dengan 'spek mata' tidur bawah lampu phototheraphy. Bukan main seronok lagi Mirza tahu mama datang nak berikan susu.. Doktor beritahu, Mirza kena ambil darah lagi petang tu dan kalau semakin turun, doktor akan benarkan Mirza keluar. Alhamdulillah kami datang lagi waktu melawat petang tu, dalam jam 7.00 malam doktor sahkan Mirza boleh discharge selepas bacaan SBV turun 193. Bukan main seronok lagi kami waktu tu. Dalam jalan yang perlahan, terasa kuat bila anak dapat balik.

5 November (khamis) nurse datang rumah untuk timbang. Berat Mirza turun dari 3.1 jadi 3.0kg. Nurse minta buat check up di KK Putrajaya sebab kuning nampak semakin kuat. Kami terus ke KK Putrajaya petang tu lepas suami balik dari buat siaran di Parlimen. Apa yang mengejutkan, bacaan walaupun dah hari ke9 tinggi!! SBV 311. Doktor terus rujuk Hospital Putrajaya untuk masuk wad. Sekali lagi mama dan abah sedih. Kami sangat2 risau. Kami terus ke bahagian kecemasan dan kira-kira sejam selepas tu saya dan Mirza dibawa ke Wad 2c Pediatrik - katil 19. Kali ni lebih bagus sebab saya ada dengan anak siang dan malam untuk mudah menyusukan. Doktor letakkan 2 lampu memandangkan bacaan yang tinggi. Prosedur biasa, darah akan diambil untuk mengetahu bacaan seterusnya. Hati bagai direntap mendengar jeritan anak kena ambil darah. Tak gamak rasa nak tengok. Sayu hati tapi nak buat macam mana..

Malam tu Mirza tidur tak lena, apatah lagi mama. Selang 2 jam mama akan kejutkan Mirza. Tapi, dari jam 3 pagi terjaga, pukul 6.00 pagi barulah anakku lena. Mengantuk jangan cakaplah tapi tak mengapa. Inilah pengorbanan seorang ibu demi melihat anak selesa..

Masih ingat lagi pesan doktor, mungkin kerana jamu yang menyebabkan jaundis meningkat. Tapi mama makan pil ikan haruan semata dan ubat hospital. Tapi mama dah tak makan lagi pil tu. Biarlah sampai anakku sembuh.



Keesokan hari, doktor datang lagi untuk membuat pemeriksaan. SBV Mirza 255 dan dibenarkan balik. Pelik juga rasa sebab rasanya bacaan masih lagi tinggi, kenapa dapat discharge pula. Katanya sebab usia dah semakin meningkat untuk hari ke10. Mama dan abah ingat, biarlah sampai benar2 dah turun baru discharge tapi dah doktor kata macam tu, ikut sajalah..

Sebelum discharge, Dr Fazley sempat datang untuk menziarah dan mengiringi mama dan Mirza discharge. Tok Ja, Tok Alim, Nek Nor dan Mak Tok pun ada.. Terima kasih atas kesempatan. Jauh datang semata2 untuk tengok baby.

Tok Ja dan Tok Alim datang bawa buah keranda atau nama yang lebih seramnya, bunga mandi mayat yang dibeli dikedai seng sei.. Kuning je.. Mandi air beras pun sudah tapi tak nampak apa2 perubahan lagi. Mak Tok kata nak bawa mama dan Mirza juga Zara balik Kedah..

Sunday, November 15, 2009

Muka lawak zara


12 November- Harini genaplah usia kakak 1 tahun 9 bulan. Hasrat nak ada adik dah tercapai cuma kadang2 cemburu dengan adik biasalah budak2.. Bukan senang nak snap gambar kandid kelakar muka zara.. Istimewa untuk anda yang singgah di blog ini saja..




Friday, November 13, 2009

Detik Kelahiran.. Muhammad Eddryshah Mirza


Gambar pertama bersama eksklusif dari bilik bersalin


Kaunter pendaftaran Dewan Bersalin, Hospital Putrajaya


Assalamualaikum.. lamanya tak masukkan entri baru dalam blog ni. Bukan tak singgah.. boleh kata hari2 singgah cumanya tak berkesempatan nak menaip stori je. Kali ni Julia nak berkongsi stori saat2 kelahiran anakanda kedua kami. Terima kasih untuk anda yang setia menanti, mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan lahirlah Muhammad Eddryshah Mirza bin Muhammad Shahzil.

26 Oktober 2009


Harini hari lahir suami ke29. Dalam debaran, manalah tau kot2 si kecik lahir sama tarikh dengan Abah. Haritu juga mama ambil cuti. Abah kata biarlah mama rehat. Kerja-kerja penting dahpun langsai di pejabat. Mama pun rehatlah di rumah dengan zara. Abah balik awal sebab mama dah pesan nak raikan ulangtahun Abah. Tak kemana.. kami sempat ke Klang untuk urusan tuntutan insuran arwah Atok dengan Cik Na ke Maybank. Urusan Tabung Haji dan Upah Haji arwah Atuk dan Nenek pun dah selesai. Lepas tu kami terus balik Putrajaya dan ke Pizza Hut, Alamanda. Masih terbayang betapa sedapnya Pizza xtra cheese di Jusco Bukit Tinggi. Meskipun servis agak slow haritu, tapi kesedapan Pizza masih terasa.. Beberapa jam sebelum bertukar tarikh, Abah setia menanti kot2 Mama sakit nak bersalin..Masih belum bersalin juga.


27 Oktober 2009 (Selasa)

Tidur mama malam2 terakhir ni memang tak pernah lena. Senak perut dan sering buang air kecil. Masa nilah juga Zara bukan main lagi manjanya. Takpelah. Tidur mesti peluk mama dan abah. Harini mama ambil cuti juga. Mulanya Mama memang excited dah siap gosok baju nak ke pejabat. Rindulah dengan kerja kat pejabat. Abah pula kata Abah dah ambil cuti. Kami ke pejabat juga untuk isi borang cuti. Tapi mama rasa masih ok. Cuma jalan yang semakin perlahan. Semua dah risau kot2 terbersalin kat pejabat pulak. Seronok dapat jumpa Nik Aida yang lama bercuti kerana alahan mengandung. Moga dipermudahkan segala urusan untuknya. Menjadi ibu bukanlah semudah disangka apatah lagi dugaan ketika mengandung, ada yang mudah ada pula yang diuji pelbagai dugaan. Malam tu kami sempat singgah ke pasar malam Putrajaya. Hajat nak beli kuih peneram dan murtabak. Peneram di situ memang kelas!! Tapi jangan sampai tersalah gerai sebab ada yang kureng. Cari yang bahagian tengah ye kalau anda pun teringin nak makan peneram yang sedap.

28 Oktober (Rabu)

Haritu mama terasa nak masak sardin santan. Pernah makan tak? Nak kata masak lemak tak juga. Menu ni ramai orang jawa tau. Antara bahannya, Cili giling, Sardin (tin), santan kelapa dan serai. Memang sedap!! Dalam larat tak larat, siap juga. Abah dah risau tengok mama kepenatan lain macam. Siap ambilkan kerusi untuk mama duduk. Mama dah rasa lain macam senak perutnya. Pergerakan pun tak seaktif selalu. Dah risau ni.. Kenapa baby tak gerak? Dalam hati terfikir macam2. Dalam sehari entah berapa kali mama ke tandas. selang 5 minit. Hajat besar dan kecil. Menjelang jam 5.30 petang, ada darah keluar masa buang air kecil. Tapi sikit je. Tanda2 tu dah ada, cumanya tak sama macam masa zara dulu yang pecah air ketuban dulu dan keluar darah. Adakah itu darah yang sama. Mama beritahu Abah..

Abah kata, siap2 je mana tahu nak bersalin. Mama pun dah rasa yang sama. Tapi mama pesan, pergilah lepas maghrib. Kang kalau bukan sebab nak bersalin, dah kena balik lagi. Beg untuk ke hospital dah lama tersimpan dalam bonet kereta. Dokumen penting dan perut je nak kena bawa. Awal2 dah call kakak di Klang untuk datang ke Hospital Putrajaya untuk jagakan Zara. Manalah tahu memang nak bersalin, mama nak abah temankan..

8.00 malam


Kami keluar rumah untuk ke Dewan Bersalin, Hospital Putrajaya. Sampai saja di kaunter mama dah cuak. Manakan tidak. Dengan jelasnya :

MAAF, WAD BERSALIN PENUH. HARAP MAKLUM

Dah sudah.. Takkan nak ke Serdang pulak. Dalam separuh patah hati, mama cari kerusi kosong dan duduk sementara Abah cari parking. Tiba2 dah hilang feel nak bersalin. Boleh macam tu? Yelah.. habis terkejut dah tu. Bila Abah datang terus ke kaunter. Nurse pun terkejut ingatkan Mama tengah tunggu orang, rupanya tunggu nak bersalin dah. Mungkin nurse tengok kami memang warga situ, adalah lagi ruang diselitkan. Manakan tidak.. dari luar Putrajaya pun ada datang untuk bersalin di situ penuhlah..

8.30 malam
Masa untuk check bukaan. Nasiblah doktor perempuan dan muda. Dr Fatty namanya. Baik dan ramah orangnya. Bukaan dah 2 cm waktu tu. Waktu tu baru terasa kontraksi yang semakin kuat dan pastinya menyakitkan. Adalah pula seorang nurse yang bertugas waktu tu yang harus celik mata dengan keperluan pesakit. Saat mama nak bangun ke tandas dalam keadaan yang sakit, bersusah payah cuba bangun tak dibantu, malahan sibuk melayan panggilan telefon rakan. Sampai hati. Bila mama minta tolong ada ke patut dijawabnya "Bangunlah sendiri!" Tak patut sungguh. Akhirnya salah seorang doktor di situ yang bantu mama bangun.

9.30 malam
Doktor datang lagi untuk check bukaan mama. Dah 5 cm. Doktor pun terkejut sebab cepat sangat. Tapi baguslah juga. Nak melepasi kontraksi kuat ketika bersalin pasti menyakitkan. Tanyalah pada semua yang bergelar ibu, pasti merasa yang sama. Mama dah nak kena masuk labour room tapi kena tunggu di kerusi sementara menantikan labour room kosong. Sakitnya jangan cakaplah ketika tu. Nurse dah panggil untuk ke bilik 5. Jauhnya rasa nak ke bilik tu dalam keadaan begitu. Takde pun dibantu dengan kerusi roda mahupun berpimpin. Kalau jatuh tengah jalan nasiblah. Dapat nurse tadi lagi. Satu lagi episod sedih. Watu tu kena tukar 'jersi'. Dengan jalan yang amat perlahan, memang lambatlah nak sampai. Nurse yang sorang ni pulak tak pernah prihatin walaupun kerja kat wad bersalin. Sungguhku tak faham. Dengan perlahan mama menukar pakaian disamping menahan kesakitan kontraksi yang berselang 5 minit sekali. Nurse ni boleh pulak cakap.

Nurse : "Cepat sikit boleh tak? Banyak lagi kerja saya nak kena buat!"
Mama : Sekejap. Tengah kontraksi ni. Sakit sangat.
Nurse : Dahlah cepat!! Banyak patient kat depan saya nak kena layan. Janganlah buat2 lambat!!

Menangis mama bila dengar dia cakap macam tu. Kalaupun taknak bantu, sekurang2nya cakaplah lembut sikit. Mana perginya budi bahasa? Nasib lepas tu mama tak jumpa dia lagi duduk dalam wad tu kerana ada nurse lain yang bertugas, jauh lebih lembut dan berbudi bahasa. Lega hati mama. Nurse siap dah pesan, kalau terasa nak bersalin, terus panggil kami dari butang khas tu.

Mama tunggu2 juga kalau2 mereka tanya pasal epidural. Masa bersalinkan zara di PPUM mama ada ambil Epidural walaupun lambat. Kali ni, gunakan oksigen. Buat pertama kali dalam hidup mama sedut oksigen. Air dah masuk 1 botol setengah.

10.00 malam
Dr Fatty datang lagi untuk pecahkan air ketuban. Tadi ketika bukaan 4cm Dr Fatty dah bantu pecahkan tapi tak habis keluar. Tapi mama cakap tak perlu sebab dah habis pecah waktu tu. Bukaan dan 7cm.. mama tanya bila abah boleh masuk. Katanya bila mama dah betul2 nak bersalin nanti akan dipanggil masuk. Mama tak pernah sunyi baca 4 qul, doa Nabi Yunus dan Ayat Kursi. Moga dipermudahkan urusan bersalin kali ni.

10.15 malam
Mama dah rasa lain. Tapi dalam hati ragu2 betul ke dah nak meneran ni. Kang panggil nurse hilang pulak rasa malu je. Tapi mama kuatkan semangat dan tekad, memang inilah masanya!! Dalam pada tu mama rasa seram sejuk dan nak pitam. Nak bersalin sangat dah ni..

Mama : Nurse, kenapa saya rasa nak pitam ni?
Nurse : Akak sedut gas banyak sangat ni. Sedut bila rasa sakit je.. Panggil Lokong dia kat luar. Nak bersalin ni!!

Abah dah masuk. Masa untuk PUSH!! Dalam nak push mama nak pitam..

Abah : Push! Push! sayang.. Buat betul2 sayang. Dah 2 kali kan...


10.34 malam



Mama selamat melahirkan baby lelaki. Alhamdulillah syukur. Sempurna dan cukup sifat. Rasa cukup bahagia dengan abah disisi mengucup dahi mama.. Abah pun gembira sangat!!



10.50 - 11.20 malam

Masa untuk menjahit. Memang menyakitkan tanpa sebarang bius. Apatah lagi dalam bilik yang sangat sejuk. Ketaq dan sakit..

11.40 malam
Abah masuk untuk azankan anak. Terasa begitu syahdu dapat melihat semuanya di depan mata. Syukur Alhamdulillah.

12.20 tengah malam
Susu pertama untuk anak mama. Hinggakan terlena di lengan mama.

2.00 pagi
Keluar dari Labour room untuk ke wad 2A dengan wheel chair. Sebilik 2 orang. Memang sangat selesa dan nurse yang cukup mesra. Alhamdulillah, si kecik tidur lena malam tu. Cuma mama yang dah tak boleh tidur selepas melewati masa mengantuk.. Abah naik ke wad dan belikan mama roti dan makanan sebab mama lapar dekat jam 3pagi. Zara dah balik dengan mak ngah. Kesian zara mesti cari mama..

Hari baru untuk anakku, Muhammad Eddryshah Mirza. Jadilah anak yang baik dan soleh, beriman dan berbakti kepada kedua ibu bapamu.. Moga doa anak-anakku terus mengiringi andai abah dan mama tiada lagi nanti.

Apapun, kami ingin dedikasikan ucapan terima kasih kepada Klinik Kesihatan Putrajaya, Poliklinik Annur Bandar Mahkota Cheras - Dr Aziah Oyob dan Hospital Putrajaya atas segala bantuan dan segalanya.. Adios..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...