Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

AL-KISAH KETUPAT BAWANG

Ramadan bakal menginjak pergi. Genap 15 tahun juga pemergian Emak dan Bapak masuk tahun ke 4. Bagaikan semalam rasanya tolong mak buat kuih raya tempahan jiran-jiran.

Terlalu sarat kenangan untuk dilerai satu persatu. Nilai yang tak boleh dibayar dengan wang jutaan ringgit. Terkenang nostalgia KETUPAT RAYA.

Bukan semua orang boleh buat ketupat. Dan bukan semua orang juga mampu dan boleh buat semua jenis ketupat. Mungkin ada yang tak perasan. Ada pelbagai jenis dan nama ketupat. Yang saya ingat, ketupat bawang dan ketupat sate. Yang lain lupa nama apa.

Al-kisahnya, Ramadan memang membawa rezeki. Mak bukan sahaja menerima tempahan kuih raya dan jahitan baju raya, malahan ketupat yang siap dianyam pun mak ambil. Tak sampai 5sen untuk sebiji ketupat yang siap dianyam! Tapi demi mnambah rezeki untuk keluarga, mak terima tempahan tersebut.

Melihat mak khusyuk anyam ketupat, aku yang waktu tu masih sekolah rendah pun sama teruja. Teruja yang tak terubat selagi tak dapat buat ketupat anyaman sendiri. Puas saban hari melihat mak buat ketupat. Mencari rahsia di sebalik sebiji ketupat. Niat berkobar untuk belajar. Mak pun ajar asas ketupat. Tapi mak tak dan nak mengajar pelan-pelan sebab tempahan perlu disiapkan mengikut masa. kalau tidak daun akan layu dan rosak sebelum diisi beras.

Dek kerana semangat waja nak belajar buat ketupat, kuambil satu set daun dan duduk bawah pokok nangka dekat rumah Wak Poyeng (kini arwah). Kat situlah kududuk sorang-sorang mencari ilham dan logik untuk menyiapkan sebiji ketupat anyaman tanganku sendiri.

Bagaikan misi mustahil. Memang bukan senang nak menyiapkan walaupun sebiji! Namun aku selalu percaya, selagi ada kemahuan pasti jumpa jalannya. Menjelang buka puasa, berjaya juga ku menghasilkan sebiji KETUPAT BAWANG!

Gembiranya jangan cakaplah. Macam rasa dah menang award. Kuberlari balik dan tunjukkan pada mak KEJAYAAN BESAR itu. Mak cuma tersenyum. Kata mak, asalkan mahu dan sabar, insyaAllah berjaya.

Kini, bila Syawal kembali menjelma, rindu pada ketupat daun anyaman sendiri semakin membuak. Almaklumlah, dengan adanya ketupat segera ni seakan mematikan penjualan daun kelapa muda. Yang ada pun sukar nak mencari daun yang berkualiti. Ditambah lagi dengan masa yang perlu dicuri untuk menyiapkannya.

Syawal kali ini, dah berazam nak kembalikan nostalgia, anyam dan masak ketupat anyaman kami adik beradik. Mak, Bapak.. kalau kalian masih ada pasti Syawal kali ini lebih bermakna. 


Monday, August 31, 2009

NOSTALGIA RAMADAN 1 - AKU DAN JAMBU



Ramadan datang lagi. Syukur diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa meskipun sarat mengandung.. Bila diingat-ingat, banyak sangat kenangan zaman kecik-kecik dulu ketika berpuasa, ketika mak dan bapak masih ada.

Waktu tu darjah 1. Pagi sekolah kebangsaan, manakala petang duduk rumah. Darjah 2 baru saya mula bersekolah rendah agama. Pening juga mencari aktiviti petang sementara menunggu berbuka puasa. Dugaan.. dugaan.. apa saja didepan mata dah nampak sedap sangat dah..

Di rumah kawasan kampung jadi banyaklah pokok buah-buahan, termasuklah pokok jambu yang buahnya tengah masak ranum. Kawan bermain petang-petang masa tu, Ita anak tokey kelapa di belakang rumah. Nak dijadikan cerita, kebun yang pokok jambu masak ranum tu milik bapaknya.. apa lagi, kautim sama-sama panjat pokok. Julia panjat pokok jambu? Jangan tak percaya. Berkat kegigihan memanjat pokok kopi tepi rumah, kalau setakat panjat pokok jambu air tu tak de masalah lah..

Watu tu kira dah petang, dalam jam 4.00. Bukannya lama sangat pun nak menunggu buka puasa. Namanya pun budak. Apa lagi, Projek X lah. Kalau dah panjat pokok jambu berdua buat apa lagi. Siap tunggu azan asar berkumandang dari surau, kami pun siap baca doa buka puasa dan ngap!! haha..

Bukannya banyak sangat pun makan. Tapi kalau dah makan dengan sengaja.. faham-faham sajalah. Balik rumah siap boleh sambung puasa.. Sungguh tak aci. Lepas buka, baru bagitau mak pasal makan jambu. Nak marah pun dah selamat masuk perut. Tapi tu sekali jelah.. tak buat lagi yek..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...