Monday, June 30, 2008

MAN TOBA MENINGGAL DUNIA

Gambar: Ihsan My Pren Kapten Faqrul

Petang Jumaat lalu, kami dikejutkan dengan berita bahawa penulis lirik terkenal, Man Toba meninggal dunia di Slim River, Perak Darul Ridzuan jam 5.05 petang. Rasanya baru beberapa minggu bertemu dengan beliau di Kantin RTM, masih kekal ceria dan suka berjenaka seperti selalu. Tuhan lebih menyayanginya. Sepanjang hayat beliau, saya tak pernah lupa dengan kata-kata beliau yang amat menyayangi isteri dan anak-anaknya. Takziah untuk ahli keluarga beliau daripada kami di KLfm.

Monday, June 23, 2008

BOLING O' MARI MEMBALING



Thanks untuk jemputan sempena BolingRia Sahabat KLfm kali ke-3 di U-Bowl One Utama, 15 Jun lepas. Istimewa hari bapa, terima kasih kepada suami yang jaga Zara sepanjang perlawanan berlangsung. Sian anak mama nak titun tak boleh. Bising gedegung gedegang.. Lepas sorang, sorang dukung. Lama sungguh tak main boling. Memang ke Laut China Selatan. Nasib tak ke longkang je. Tapi sahabat yang turun bertanding memang gempak. Pulun habis! Apepun, jumpe lagi next time ek..

Friday, June 20, 2008

MAKLUMAT BERGUNA

Garis Panduan Pengurangan Kadar LKM Kenderaan Persendirian Individu

Y.A.B Perdana Menteri pada 4 Jun 2008 telah mengumumkan penstrukturan semula subsidi petrol dan diesel bagi kenderaan persendirian dan motosikal. Penstrukturan ini juga melibatkan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada pemilik-pemilik kenderaan yang layak. Pengurangan kadar bayaran Lesen Kenderaan Motor ini bermula bagi LKM yang dibayar berkuatkuasa mulai 1 Jun 2008.

JENIS KENDERAAN YANG LAYAK

Kenderaan yang layak mendapat pengurangan kadar LKM adalah seperti berikut :-

  • Motosikal persendirian berkapasiti enjin melebihi 250 cc.
  • Semua jenis kenderaan persendirian berkapasiti enjin melebihi 2000 cc.
  • Kenderaan persendirian jenis jip dan pikap berkapasiti enjin melebihi 2500 cc
Lagi

INFORMATION ON CASH REBATES FOR FUEL SUBSIDY

As announced by the Government, Pos Malaysia Berhad (PMB) has been appointed as the source for disbursement of the Cash Rebates to eligible private vehicle owners.

For futher Infomation please visit POS Malaysia Website at www.pos.com.my ,visit nearest post office or Customer Service Centre, PosLine at 1-300-300-300

BENGKEL BLOG


Bersama YB Timbalan Menteri Penerangan

Selepas waktu kerja semalam, sempat juga mengikuti Bengkel Blog anjuran kementerian khusus untuk penambahbaikan program Blog di RTM1. Bengkel dihadiri YB Menteri Penerangan Dato' Shabery Cheek sebagai moderator dan YB Timbalan Menteri Penerangan selain Prof Dr Abu Hassan sebagai panel dan bloggers terkenal sepeti RockyBru, Kuda Kepang, Noraina Samad dan ramai lagi. Memang perbincangan yang membuka minda lebih luas tentang dunia blog. Jangan lupa untuk menyaksikan rancangan blog setiap hujung minggu yea!!

Namun sesuatu yang ingin dikongsikan tentang keramahan dan sikap rendah diri YB Menteri dan YB Timbalan Menteri yang memberikan interpretasi tersendri sebagai Ketua yang baik.

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2007



Alhamdulillah syukur bila menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 - Kementerian Penerangan Malaysia yang diadakan semalam, 19 Jun 2008. Seronok punya pasal sampai terlupa nak bergambar semalam. Hari ini, 20 Jun 2008 genaplah tiga tahun berkhidmat di RTM dan 22 Jun ini, genaplah pula 3 tahun di KLfm. Terima kasih kepada semua yang memberikan tunjuk ajar khususnya YM Tengku Idris Tengku Din - Mantan Pengawal KLfm, Puan Fee, Ex-KBR KLFM - Kak Noraini Ibnu, Kak Rida Suzirawati dan Haji Salehuddin dan rakan-rakan lain di KLfm. Teruskan usaha untuk lebih cemerlang pada masa depan. Chaiyo!!

Awie Oh Awie



Awie, Julia, MK dan Pengarah Filem Apa Kata Hati

Awie, satu nama besar yang tak perlu diperkenalkan lagi. Apapun kontroversi yang melanda sejak awal kemunculan hingga kini, tak pernah menjarakkannya dengan peminat setia termasuklah saya sendiri. Lagu etrbaru yang dimuatkan dalam sountrack filem Apa Kata hati memang best. Bukan senang nak dengar awie yang rock tu nyanyi dangdut. Itu yang menjadikannya serba boleh. Lebih best, bila dapat jumpa sendiri dengan artis erba boleh nie di konti ketika sesi temubual bersama MK. Kebetulan saya pun ada di sana. Memang nasib baik.. Seronok sangat dapat jumpa Awie.

Sekolah Lama


Cikgu Sabariah (Baju Biru) bersama Cikgu Artini Sabtu (baju Ungu). Di pentas ini jugalah pentas ini terukir kenangan - dari seorang pemalu menjadi berani bercakap di perhimpunan sebagai pengawas yang bertugas sebagai pengacara mingguan.

Haritu adik guna kamera untuk Hari Guru kat sekolah. Belek punya belek, nampak gambar-gambar cikgu sekolah menengah di SKMK Rantau Panjang Klang, Selangor. Inilah wajah2 cikgu kesayangan yang banyak memberikan tunjuk ajar walaupun pada mulanya pening dengan karenah kami yang agak nakal.. Tapi, kenakalan kamilah yang buat cikgu ingat kami. Hehe.. Terima kasih untuk semua cikgu khususnya cikgu Syikin - Subjek paling minat mase sekolah dulu, Cikgu Sabariah - Guru kelas yang comel sampai sekarang dan Cikgu Azrita - Cikgu PS yang selalu kena usik. Juga cikgu BM yang banyak memberi tunjuk ajar dan semua cikgu yang tak disebutkan namanya.. Jasa kalian tetap di kenang..

Thursday, June 12, 2008

Selamat Hari Bapa









Hujung Minggu ini sambutan hari bapa. Kalau tahun lepas, hari bapa cukup menggembirakan bila mendapat tahu bahawa saya berbadan dua, kali ini kegembiraan berbeza buat suami yang bergelar bapa buat kali pertama. Sekalung penghargaan yang tak terhingga atas kasih sayang sebagai suami yang baik dan ayah yang baik untuk Zara. Sambut awal sikit tahun nir di Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara KL. Tak ketinggalan, untuk ayahanda Hussain Bin Haji Musran dan Ayah Mertuaku, Abu Bakar Ismail.





Zara Dah 4 Bulan




Wednesday, June 11, 2008

Anakku

Sikecil Zara ni memang tak kisah dengan siapa dia kena dukung. Bila bawa ke mana-mana, ramailah yang mendukung. Aksi zara lepas kena cucuk waktu umur 3 bulan.. Nangis pun sebab nak upah..

BKN08









Gambar-gambar sekitar pertandingan BKN08 5 - 7 Jun lalu. Tahniah untuk Sabihah dan Alif wakil dari KL yang menjuarai zon tengah dan Norzarina di tempat ketiga.




BKN08 - RAKAMAN @ RENTAK 50




5 Jun, semua peserta dari KL, Selangor dan N9 berkumpul di Asrama IPTAR dan mengikuti beberapa aktiviti yang dijadualkan untuk mereka. Acara utama pada hari pertama, rakaman di Studio Rentak 50 bersama kombo RTM. Bukan senang untuk sebarangan berada di studio ini dan mereka antara yang beruntung. Ini pun pertama kali Julia dapat bersama dengan Kombo Rtm yang diketuai oleh Jimi Ali.. Terima kasih Roslan B dari Unit Hiburan Radio, Penolong Penerbit, Dj Ain dan rakan-rakan dari Selangor FM- Kak Nurul dan Kak Gee dari Negeri FM.


JOM JENGUK STUDIO





Mungkin ada yang tak percaya bila tengok Julia di SPM 5 Jun lalu bersama Pengawal Klfm, Puan Fee bagi mempromosikan Pertandingan Bintang Klasik Nasional Zon Tengah. Mana nak percaya, eh Julia ke. Macam dah tembam. Bukan macam, memang ye pun. Apatah lagi bila keluar tv memang bertambah beberapa inci dari saiz sebenar.



Takpelah. Nak buat macam mana yea.. Nak tunggu versi slim lagi, kenalah tunggu. Chaiyo2! Inilah konti siaran terkini di RTM. Cantik kan.. rasa macam dalam kapal angkasa..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...