Saturday, July 30, 2011

31 JULAI vs Perih Perajurit Negara


"Inilah barisan kita Yang ikhlas berjuang Siap sedia berkorban Untuk ibu pertiwi Sebelum kita berjaya Jangan harap kami pulang Inilah sumpah pendekar kita Menuju medan bakti Andai kata kami gugur semua Taburlah bunga di atas pusara Kami mohon doa Malaysia Berjaya.. Semboyan telah berbunyi Menuju medan bakti..........."
Bait lirik Perajurit Tanah Air nyanyian Jamaluddin Alias bagaikan menggigit naluri patriotik seorang insan kerdil, Aku. Tanggal 31 Julai saban tahun pasti menjadi detik penting patriot negara. Detik itulah sambutan Hari Pahlawan bagi memperingati jasa besar sang pahlawan mempertahankan kedaulatan negara. Di perbatasan, darat, laut mahupun udara, Di setiap ceruk pelusuk adanya celoreng hijau dengan baret yang tiap satunya punya erti tersendiri terus bertarung nyawa demi negara. Mereka terus menjadi kebanggaan setiap warga.

Tidak ketinggalan, Insan paling istimewa di hati, Allahyarham Hussain Bin Haji Musran,. Bapak juga berdarah pahlawan. Pernah sama bertugas di perbatasan. Kami anak2 cukup bangga melihat Bapak kami juga pejuang bangsa. Meskipun tidak sampai usia bersara, namun jasa Bapak tetap besar.

Buat semua perajurit bangsa. Terima kasih yang tak terhingga. Buat yang telah terkorban ketika mempertahankan negara, moga roh mereka tenang disisiNYA. Amin..

Friday, July 29, 2011

Bila Harimau Ditambat Singa




28 Julai- KECEWA! Itulah perkataan pertama yang singgah apabila pasukan bolasepak Malaysia, Harimau Malaya gagal membenam Singapura, sekaligus memadam bayangan melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 apabila terikat dengan kedudukan seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Singapura menang secara agregat 6-4.

Meskipun tidak dapat merasai kehangatan bersama lautan 85,000 penyokong Malaysia, namun semangat terus membara di depan kaca tv, menonton siaran secara langsung di TV1 bersama pengulas idola, Datuk Haji Hasbullah Awang.

Percaturan Datuk K. Rajagobal nyata belum mampu menewaskan 5 'anak angkat' Singapura yang turun ke Lembah Klang nun jauh dari seberang tambak. Apapun, pujian harus diberikan buat penjaga gawang, Khairul Fahmi yang banyak menjadi penyelamat. Kesungguhannya bersama segelintir pemain yang tampak kebal di padang nyata belum cukup kuat. Para pemain seharusnya mengambil kesempatan bermain di tempat sendiri sebagai kelebihan untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol.

Tapi itulah lumrah. Bola itu bulat. Segalanya boleh berlaku bila di tengah padang. Jentera yang diturunkan tidak kiralah menentang siapa pada masa depan harus lebih ampuh dan lebih bersedia selain kekuatan mental yang padu agar lebih hebat beraksi. Sokongan rakyat Malaysia telah kembali untuk sukan yang menjadi kesayangan sejak sekian lama. Perjuangan sejak hampir 20 tahun berakhir di sini setakat ini.

Syabas buat para pemain yang bermain 100% DEMI MALAYSIA. Safee Sali dan Khairul Fahmi, idola baharu penyanjung Harimau Malaya. Moga bakal lahir Mokhtar Dahari jr. Terima kasih Datuk K. Rajagobal kerana sama meningkatkan adrenalin semangat rakyat Malaysia walaupun tewas malam ini. Aummmmmm.. Wink Wink***

Tuesday, July 12, 2011

Wink Wink-- Floria 2011

12 Julai 2011 - Lamanya tak jumpa di laman maya ni. Oh blog yang ku rindu. eceh... Hari ni merupakan hari ke-4 kami berada di Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya 2011. Berlangsung di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.. tema kali ni pastinya bunga kesayanganku, Mawar Untuk Selamanya. Ini bukan kali pertama KLfm memberikan sokongan terhadap penganjuran Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini tetapi bezanya, sepanjang 9 hari kami di sana!! Wahh.. memang rentungismlah gamaknya. Tapi kerana tanggungjawab sebagai Penerbit bagi aktiviti KLfm di lokasi bersama-sama Leez, insyaallah dipermudahkan meskipun terpaksa melupakan konti sepanjang minggu tersebut.

Apa yang hebat kali ni?
1. Bunga Api
Kalau sebelum ni, memang ramai juga yang menjengah pada waktu malam. Tapi kali ni lebih lagi memandangkan perarakan Floral Kementerian Pelancongan Malaysia dan percikan bunga api sepanjang malam hingga tamat.
2. Lebih Selesa
Berbanding tahun lalu, kali ini lebih baik kerana keseluruhan tapak pameran dan jualan telah ditar. Terbaharu, dimaklumkan bahawa ia akan menjadi tapak kekal Floria Putrajaya. Jadi, tiadalah masalah 'berkubang' ketika bersiaran di lokasi.
Lokasi kami tahun ni pun berbeza dengan tahun lalu. Berada di laluan utama pintu masuk, kami lebih ceria kerana dapat lebih dekat dengan pengunjung yang memang sporting.
3. Tandas
Tahun lalu ada dan tahun ini lebih lagi. Lebih besar, lebih banyak, lebih bersih. Tahniah!!
4. Trem / Buggy
2010 saya seronok sangat dapat naik beca juga akhirnya yang didatangkan khas dari Melaka untuk Floria 2010. Kali ni, tak perlu berebut kerana banyak buggy/trem yang disediakan khusus untuk pengunjung. Rakan2 yang drive trem/buggy pun sporting semuanya. Pasti singgah di booth KLfm. ;) Bestlah korang. Siap bawa kami jalan2 dan belanja aiskrim lagi.!
5. Luas, kondusif
Lokasi setiap taman dan venue acara yang lebih tersusun dan variasi untuk pengunjung. 12 taman untuk dilawati. Hebat!! Siap ada Taman terapi lagi tahun ni.
Nak cakap banyak pun tak guna. 9 hari, 9 - 17 Julai 2011 acara berlangsung. Luangkan masa bersama keluarga.. pasti berbaloi. Jangan lupa singgah jumpa kami di KLfm ya!! Wink wink***


THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...