Showing posts with label SELEBRITI. Show all posts
Showing posts with label SELEBRITI. Show all posts

Monday, March 30, 2009

XKLUSIF BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA





9 Mac lepas, Xklusif Bersama d' KLfm menampilkan Tokoh Maulidur Rasul 1429H, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Al MAsrie, Angkasawan Negara istimewa sempena sambutan Maulidur Rasul 1430H. Walaupun hari cuti, Julia tetap bertugas sebagai penerbit dan penyampai. Bangga sangat dapat menemuramah beliau dan berkongsi pengalaman ketika berada di angkasa, perancangan dan kisah cinta.. Lebih menarik, ini kali pertama beliau ditemubual di stesen radio milik kerajaan. Tambahnya, akan muncul jurnal yang mengetengahkan segala yang dilakukan dan catatan yang belum pernah dikongsikan sebelum ini ketika menyertai misi sulung negara ke angkasa. Tercatat sebagai angkasawan paling sihat selepas kembali ke bumi, antara pengalaman menarik di angkasa termasuklah solat dalam keadaan kaki terikat, menelan selepas menggosok gigi dan banyak lagi. Jadi kalau nak tahu, nantikan buku terbaru yang bakal berada di pasaran tak lama lagi.. untuk anda yang berminat boleh emel ke sheikhmuszaphar@gmail.com.


















XKLUSIF BERSAMA NING BAIZURA











Bersembang dengan Ning Baizura memang menyeronokkan apatah lagi dapat bersama di udara untuk segmen Xklusif Bersama d' KLfm pada 5 Mac lepas. Lebih gamat bila Altimet turut bersama bagi mempromosikan single terbaharu, Mimpi yang menampilkan penyanyi yang lebih sedekad berkecimpung dalam arena seni suara, Ning Baizura. dan pertama kali dikeudarakan di radio. Lagu saduran ini lebih segar dengan kolaborasi Ning - Altimet. Secara peribadi, saya amat meminati Ning meskipun kariernya banyak digamatkan dengan kontroversi. Bagi saya, Ning seorang yang versatil dan berani mencuba. Dan kalau nak tahu, Ning ni sangat pandai masak kari.. apatah lagi abang Omar sangat sukakan masakan Melayu. Kehadiran di konti KLfm turut ditemani ibu, Puan Satilah yang sangat mesra. Moga terus sukses dalam apa jua bidang untuk kak Ning.






Thursday, March 19, 2009

XKLUSIF BERSAMA JUTAWAN INTERNET



2 Mac lalu merupakan edisi pertama untuk rancangan Xklusif Bersama d' KLfm terbitan Julia khusus untuk pendengar KLfm. Bukan senang nak mengumpulkan selebriti-selebriti ni tau. Ada yang ok, last minute sampai sudah call tak dapat dan ada juga berminat cuma clash dengan jadual. Menariknya dalam Xklusif Bersama ni, bukan hanya menghimpunkan artis tetapi juga usahawan, novelis, dj terkenal dan paling istimewa Angkasawan Negara.

Untuk edisi pertama sengaja dijemput Jutawan Internet, Irfan Khairi. SapAidia yang tak kenal jutawan kacak yang menjadi jutawan pada usia 25 tahun! Kecik je orangnya tapi dah berkahwin tau.. dan mempunyai empat orang cahayamata. Orangnya sangat peramah dan mudah didekati. Saya mengenali Irfan menerusi Facebook, malahan menjemputnya untuk datang ke konti pun hanya menerusi FB.

Perkongsian menarik pastinya bagaimana untuk menjadi jutawan seperti beliau. Dengan modal yang kecil dan usaha berterusan, beliau berjaya menjadi jutawan dalam masa 3 tahun! dan kini terus berkongsi tips dan ilmu bagaimana untuk menjadi jutawan internet seperti beliau.

Kalau anda baca buku tulisannya - Rahsia Jutawan Internet Terbongkar, anda bakal mengetahui mengenai 4 langkah memulakan perniagaan, bagaimana untuk mengelakkan kegagalan dalam perniagaan internet dan paling penting 36 rahsia yang perlu anda ketahui!! Dari seorang penjual kad raya ketika belajar di ITM, kini namanya cukup dikenali.. dan terbaharu, jadi pakar goreng gitar pulak. Bukan sebarang goreng tau. Dr. Irfan kini mula berjinak-jinak dalam bidang hiburan pula bersama kumpulan Razzi.Muz.Ik. Kombinasi Razi, Mustafa dan Irfan Khairi sendiri. Cayalah bro!

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...