Wednesday, October 24, 2018

RINDU KENANGAN LALU

Assalamualaikum

24 Oktober 2018 harini.
Terima kasih FB kerana tiap-tiap hari mengembalikan nostalgia.

Harini gambar zara ketika berusia 4 tahun pada 2012 dan Emir yang baru beberapa bulan pada tahun sama. Rindunya anak-anak mama masa kecik. Ada juga kenangan tahun 2010 ketika KLfm mengadakan program bersama pesakit kanser kanak-kanak di PPUM. Ada Aliff Satar, Diana Danielle, Zahid dan ramai lagi. Bersama-sama rakan-rakan penyampai yang super osem time tu. Sekarang Boss Norma Aziz, Hj Salleh dan Kak Zah pun dah pencen. Rindunya!!

Peneman setia ke mana jua

Aliff Satar uols!

Team yang osem!

Zara ketika berusia 4 tahun ;)

Emir 4 bulan

Friday, October 19, 2018

DONUT GEBUS UOLS

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya dan mendoakan kesihatan #cikmunge Mia saya. Ada juga yang terus call bertanya khabasr mia dan endoakan dari kejauhan. Really appreciate it!

tapi harini saya nk update tentang makanan.
Sapa suka donut? Harini saya nak share resipi baharu yang saya dah cuba dan hasilnya sangatlah osem dan mendapat pujian anak-anak. Saya percaya sebab kanak-kanak ni jujur. Kalau tak best, tak sedap direct aje bagi feedback. Haha. So resipi ni saya dapat daripada salah satu group masak di FB. Alhamdulillah hasilnya sedap dimulut. Tq che eda untuk resipi osem ni.

peminat donut. senyum lebor dapat donat gemuk katanya
selepas terap
selepas 30 minit gebus dan ready to goreng


Tadaa... memang osem uols

Yang gelap tu ready nak letak gula, yang kekuningan tu saya goreng kejap je dan frozenkan dia. Senang tinggal goreng nanti


So, sapa nk try silakan yea.

RESIPI DONUT GEBU TANPA ULI








THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...