Friday, August 29, 2008

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan. Syukur alhamdulillah masih diberikan ruang untuk mencari keredhaan dalam bulan penuh keberkatan ini. Tahun lalu berpuasa dengan berbadan dua. Tahun ini alhamdulillah dapat menyambut ramadhan bersama suami dan anak tersayang.

Bila datangnya Ramadhan, pasti terkenang arwah emak yang genap 10 tahun meninggal dunia 22 September ini. Hujung minggu ini, insyaAllah kami akan pulang ke Tanjung Karang, umah nenek untuk menziarahi pusara ibu bersama dengan Bapak dan adik2.. Arwah mak selalu pesan, berbuka dengan apa yang termampu. Kecik2 dulu, mak selalu ajar untuk bersederhana dalam segala aspek kehidupan. Selalu tolong arwah mak siapkan tempahan kuih raya dan mak juga ambil tempahan menjahit. Jadi dah biasa tiap2 pagi raya baru nampak baju raya kami siap untuk dipakai. Namun kami tak pernah merungut kerana tahu mak dan bapak bersusah payah untuk mencari rezeki bagi kami sekeluarga.

Tiap2 tahun, saya tak miss untuk buat sendiri kuih raya, sampai sekarang. Kalau dulu, semuanya buat sendiri, sekarang kerana kesibukan kerja adalah juga yang dibeli. Tapi, kuih wajib yang mesti ada tiap2 tahun termasuklah kuih makmur, kuih tat, biskut milo dan biskut mazola. Itu semua mesti buat sendiri walaupun mak dah tak ada, sebab adik-adik akan tanya kuih2 tu tiap kali raya. Kuih lain takde pun tak mengapa.

Teringat masa mula2 bekerja di KLfm, selepas on air jam 3-6 pagi, saya akan terus naik komuter balik klang untuk buat kuih raya untuk adik2.. Oleh kerana tak banyak masa boleh diperuntukkan kerana sibuk dengan Drama raya selama 3 tahun berturut2, jadik bila dapat balik klang sampai maksima 4 jenis kuih raya dibuat sehari! dan setiap satu jenis dibuat 3 balang plastik besar!! Memang penat, sampaikan satu hari tu tertidur tepi oven. Nasib biskut tak hangus dan muka tak melekat kat oven tu.. Hehe

Tahun ni, Klfm tak terbitkan drama. Cuma Julia tengah sibuk untuk rakaman Senandung Lebaran d'KLfm bersama anak2 Yatim Darul Kifayah tengah bulan depan dan Menu Ramadhan@KLfm. Kiranya, adalah ruang lebih sikit untuk memasak juadah berbuka puasa di rumah dan buat kuih raya. Bertuah dapat suami yang rajin tolong buat biskut raya..

Yang pasti, Ramadhan datang dengan seribu keberkatan untuk direbut. Bersederhanalah dalam segalanya. Semoga ibadah kita diberkati. Ramadhan dihayati, Lebaran Disyukuri. Selamat menjalani ibadah puasa daripada Julia, suami dan Zara.

Wednesday, August 27, 2008

POSING TIME

Kepak kepak kepung2. Mana orang yang nak tepung tawar kita ni..

Rasa macam pengantin baru pulak. Hehe..

Tak tau nak buat apa

Zara pun nak tepung tawar juga..

Posing sakan lepas penat rewang (gotong royong)

Mesti ramai yang confius sapelah yang kahwin ni. Gambar dah masuk, story masuk lambat. Sebenarnya, ni gambar family masa adik ipar, Kapten Muhammad Shahzim yang kahwin dengan orang Hulu Langat, Marlina namanya pada 31 Mei lalu. Ni kira posing time selepas tamat majlis bersama dengan saudara mara lain. Memang meriah.. Mana tidak bila tengok pengantin lencun kerana hujan lebat namun tetap maintain cun diarak sword barrel dan bag pipe, begitu juga di SP. Nanti Julia masuk gambar lagi ek.

Thursday, August 21, 2008

PANCING SAHABAT MERDEKARIA

Macam Hari Keluarga je kan..

Baling dik jangan tak baling..

Gaya kemenangan Azizah Sulaiman..

Antara sahabat yang hadir.. Suratkabalama, Pak Jaya dan Aliuda

16 OGOS 2008 lepas berlangsung aktiviti Pancing Merdekaria Sahabat KLfm di Kolam Pancing KLfm. Walaupun sesat dalam tu dekat sejam, tapi sampai juga akhirnya. Walaupun mungkin ramai sesat sampai tak jumpa, aktiviti yang dianjurkan oleh Kerabat Kajang Berlipat tu memang meriah. Bukan saja yang berjaya menaikkan ikan besar tapi juga dapat duit besar2 belaka. Selain tu, ada juga acara boling buah kelapa yang dimenangi oleh Ain. Kak Azizah pun dapat nombor 3 tu. Ada juga sahabat yang membuka gerai untuk jualan selain artis seperti Reason, Zawazi dan Rushdanish.. Next time boleh buat lagik..


TAHNIAH ALIF, SABIHAH

Bersama Sabihah dan Alif

Alif tampil penuh keyakinan

Gaya seorang juara

Semua pemenang pertama hingga ketiga

Kami Juara.. Sabihah dan Azwan dari Zon Utara

LAMBAT sikit masukkan story ni coz tunggu gambar dari Unit Foto. Apapun, sekalung tahniah untuk Sabihah yang mengungguli kategori wanita Bintang Klasik Nasional 2008 sebagai juara manakala Alif Naib Johan. Persembahan yang ditunjukkan memang mantap dan mereka memang layak! Bukan main ramai lagi peminat Sabihah dan Alif. Siap datang bawa banner lagi! Anyway, semoga sukses pada masa depan yea.. Sebagai Penerbit Penyelaras, akak tumpang gembira..


Wednesday, August 20, 2008

DJ: POPULARITI ATAU KUALITI

Julai lalu, Julia dan Azlan juga Tengku Idris ditemuramah oleh wartawan dari portal GUA.COM mengenai DJ: Antara Kualiti dan Populariti. Minggu ni baru kuar citer tersebut dalam portal tersebut walaupun sikit je komen kami yang kuar. Nak komen?

PETIKAN DARI ARTIKEL GUA.COM

“Salam sejahtera, para pendengar sekalian. Sekarang kita bersiaran melalui…” Lama tidak mendengar sapaan juruhebah bersuara lunak, yang menenangkan agi sebelum memulakan kegiatan harian, atau ketika terperangkap dalam kesesakan di jalanan.

Situasi industri penyiaran kini yang pelbagai memungkinkan setiap individu mempunyai peluang cerah untuk menceburinya, tidak kira sama ada dalam bidang pengacaraan televisyen atau penyampaian radio.

Sejajar perkembangan semasa, perkataan juruhebah sudah tidak kedengaran, sebaliknya, perkataan ‘disc jockey’ ringkasnya DJ atau penyampai lebih sinonim dengan masyarakat kini. Lihatlah berapa ramai penyampai begitu popular sehingga wajah mereka lebih terampil.

Kebanyakan penyampai hari ini berkategori selebriti, popular dan dikenali, kerana itu ramai pemuda dan pemudi tergila-gila jawatan ini. Stesen radio juga berlumba-lumba memperkenalkan penyampai naungannya, berwajah cantik, bertubuh langsing dan bersuara … terpulang kepada anda menentukan.

Cuba kita renungkan, bukankah tujuan utama kerjaya ini adalah menyampaikan maklumat disamping menghiburkan pendengar. Kini skop kerja penyampai bukan sahaja menceriakan pendengar malah bertindak sebagai jurucakap produk atau pelakon.

Lihat sahaja Fara Fauzana, tugasnya tidak terhad di konti Hot FM, banyak tugas lain menantinya. Sebagai penyampai paling laris, Fara sangat bertuah kerana pihak pengurusan tidak pernah melarangnya bergiat aktif dalam bidang lain seperti pengacaraan dan lakonan.

Seakan trend masa kini apabila kebanyakan stesen radio bersikap terbuka dan memberi lampu hijau kepada penyampainya meraih publisiti dan populariti. Ada juga stesen radio lebih berminat mengambil personaliti TV yang popular dan gah, dengan alasan dapat menarik peminat yang selama ini menonton wajahnya di TV, beralih ke radio pula.

Namun dalam asyik menarik perhatian para pendengar, mereka terlupa nilai komersil yang terlalu dibangga membuatkan pendengar meluat. Setiap kali membelek helaian akhbar, pasti ada cerita mengenai penyampai.

Suatu ketika dulu, peminat hanya mengenali penyampai melalui suara di corong radio. Nama besar seperti Patrick Teoh, Zainal Din Zainal dan Wan Chik Daud dipuja kerana kelunakan dan suara yang mesra telinga.

Jujurnya tiada lagi penyampai yang berkaliber seperti mereka. Yang ada hari ini adalah penyampai yang hanya memenuhi kuota ‘sekadar ada’. Ada ketikanya telinga ini sudah tidak mampu mendengar celoteh penyampai ‘syok sendiri’. Topik bual bicara yang kurang jelas serta suara seakan menjerit membingitkan telinga.

Nilai bahasa Melayu sudah dipinggirkan apabila penyampai sesuka hati menggunakan perkataan yang difahami golongan tertentu serta penggunaan tatabahasa yang salah.

Berpeluang bertemu Pengawal Unit dan Penyelidikan radio RTM, Tengku Idris Tengku Din, soalan diaju berkenaan pemilihan penyampai di stesen itu. Walaupun radio RTM dilihat sedikit ketinggalan dari sudut rating pendengar berbanding radio swasta, itu bukan alasan stesen itu memperlekah pemilihan penyampainya.

Komen pendengar, RTM wajar mengikut trend semasa penyiaran radio yang menampilkan penyampai bertaraf selebriti untuk bersaing dengan radio swasta lain. Sedar persaingan semakin sengit, Tengku Idris tidak menolak trend hari ini mengagungkan wajah berbanding suara.

Kualiti yang perlu ada pada seorang penyampai radio ialah bakat, kualiti suara, mikrofonik dan berpendidikan sekurang-kurangnya diploma. Sebagai penyampai, bakat sangat diperlukan agar tidak kekok ketika bertugas. Kualiti suara diuji dari sudut sebutan yang jelas, terang dan intonasi yang bagus.

Mikrofonik pula bermaksud suara yang mesra mikrofon. Menurut Tengku Idris, suara yang sedap kadangkala tenggelam apabila menggunakan mikrofon. Tambahnya, pemilihan juruhebah pada era 80-an dan 90-an adalah berdasarkan suara. Juruhebah lelaki mestilah bersuara jantan; suara besar dan lunak untuk juruhebah wanita. Kini penilaian suara sedikit longgar, contohnya bersuara halus dibenarkan tetapi setiap sebutan mestilah lancar dan terang.

Populariti bukan ukuran buat dua penyampai KLfm, Julia dan Azlan Omar. Kedua-duanya bertindak sebagai penyampai dan penerbit tidak menafikan kurang publisiti membuatkan mereka lebih selesa dalam menikmati kehidupan. Penyampai radio adalah kerjaya pilihan kerana minat yang mendalam serta keinginan untuk menyampaikan maklumat dan mendekati pendengar.

Julia Azlan Omar
Kehadiran ramai penyampai radio dilihat sebagai persaingan positif, namun tidak dinafikan kemunculan mereka ibarat biskut, hari ini ada esok lusa entah ke mana. Dan GUA berpendapat, biralah penyampai radio dikenali kerana suAra dan personaliti TV dikenali kerana rupa.

Tuesday, August 19, 2008

MERIAHNYA MAHA 2008

Bestnya tengok buah mangga yang disusun cantik ni kan..

Inilah buah kelapa sawit, bukan buah kurma.. Hehe.. Sempat singgah di Booth Felda yang hitam menawan

Jom Zara kita naik traktor ni balik.. Siap boleh pasang air cond tau. Besau beno tayar dia

Inilah ikan hasil tangkapan hari ni (yelah tu)

Sian ikan Dugong ni kena awet

Penyu ni pun sama dah keras

Jom kita suruh ikan gigit..

Cantik kan orkid nie..

Jom ikut saya tanam padi.. balik Tg. Karang la tapi..

Inilah Dr. Jasmi yang memang sempoi orangnya.. Topi koboi tinggal luar

Alamak.. sian si kecik haus..

DUA TAHUN SEKALI MAHA 2008 akan diadakan. Sabtu lalu, 16 Ogos 2008 Julia ditugaskan untuk ke udara dari Studio Mini di Maha bersama dengan Dr. Jasmi dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia yang berkongsi input mengenai aktivi yang melibatkan jabatan termasuklah lelong lembu dan kambing, kuda kambing dan rodeo. Sempat juga singgah ke booth2 pameran. Memang jauh berbeza penganjuran tahun ini kerana kemudahan semua memang dah tip top... sempat juga merasa air gamat madu dan menjenguk pelbagai lagi inovasi teknologi terkini.



Monday, August 18, 2008

JULIA DAPAT ANAK BARU?

Inilah baby Ahmoi..

Aii.. feeling pulak

Inilah kakak iparku yang kecik dan comel

Zara dengan sepupunya.. Alif Adha


DAPAT ANAK BARU? BETUL! 10 MARKAH!! Julia memang dapat anak tapi anak buahlah.. 17 Ogos lalu, dapat panggilan telefon, kakak ipar dah bersalin. Waweee.. syoknya bertambah anak buahku apatah lagi kakak iparku yang kecik tu dah ada dua anak lelaki, memang teringin sangat nak anak perempuan. Dapatlah Zara kawan main masak2.. Baby selamat dilahirkan di Wad Bersalin Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Wad dia pun dah cute, kaler pink gitu.. Anak kakak pulak muka macam Ahmoi dengan mata sepetnya.. Nama baby takde lagi. Si Zara pula yang asyik dok dalam tempat tidur baby. Ai.. terkenang la tu..

Friday, August 15, 2008

KLfm @ RapidKL

Wajah2 yang melekat di bas RapidKL

Team KLfm

Sama tak?

Ni kat sebelah lagi..

Bukan senang nak naik abs yang dipandu Pengarah Siaran Radio, Tuan Haji Keliwon Pajhar

Abang Daud ni serius pulak.. Abg Daud ni staff baru KJLfm yang berhijrah dari NegriFM

Bergambar bersama VIP dan pegawai kanan RTM. Kak Anoi pun ada..

Macam kenal je.. Puan Fee memberikan penerangan kepada Dato KP

Sempat lagi 'pose' dengan abang pemandu bas. Jamil namanya..

Mehla reramai naik bas RapidKL

Jomlah kita pergi rombongan meminang Che' Kiah

Ini real ke melekat kat cermin? Hehe..

Lawatan CEO RapidKL (berdiri di tengah2) ke konti KLfm

8 OGOS 2008 lalu telah berlangsungnya acara perasmian logo KLfm pada bas RapidKL oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia- Dato' Abd. Rahman Hamid. Turut hadir Dato' Adilah Shek Omar, CEO RapidKL- Encik Sufian Baharudin dan GM Komunikasi RapidKL- Encik Ebi Azly Abdullah. Lebih meriah, kalau sebelum ini hanya 6 buah bas yang meliputi laluan sekitar KL dan Putrajaya, kini ditambah menjadi 10 buah bas kesemuanya yang ditaja oleh RapidKL. Terima Kasih!!

Thursday, August 14, 2008

UiTM DI HATIKU





SUDAH 4 TAHUN lebih meninggalkan UiTM sebagai graduan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dalam bidang pengiklanan. Nostalgia menjadi pelajar terakhir Matrikulasi Sebaran Am pada Jun 1999 pastinya menjadi kenangan. Baru2 ni adalah menjenguk UiTM kerana adik ipar dapat menyambung pengajian di sana. Alangkah terkejutnya kerana haya dalam tempoh itu, pelbagai perubahan dari segi fasiliti dan infrastruktur yang jauh lebih baik khusus untuk memberikan keselesaan kepada semua mahasiswanya. Sekalung tahniah untuk Dato' Seri Dr. Ibrahim Abu Sahh, Naib Canselor UiTM yang tidak pernah gentar menghadapi segala ujian apatah lagi dalam suasana dan tekanan baru untuk memberikan ruang kepada kaum lain menuntut di UiTM. Pastinya ada jawapan terbaik bagi mereka yang menuntut tanpa mengenang untung nasib anak bangsa sendiri. Tidak dilupakan, Dr. Ir. Zaidee Laiden, mantan naib canselor UiTM yang terakhir bersama Institut Teknologi Mara sebelum digantikan Dato VC sedia ada. Bagi mereka yang bergelar Alumni, kiranya ada kelapangan bolehlah juga memeriahkan program Homecoming Alumni 2008 - Nostalgia 52 hujung minggu ini. Semuanya percuma. Hanya Klik untuk terus ke laman web acara. Adioosss!!


THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...