Monday, December 9, 2013

Emir 1 tahun 6 bulan

Kejap je anak Mama dah setahun setengah. Pejam celik gak Emir dh nak jadik abang. Tengoklah telatah budak baik ni. Emir jelah yg tahan dok dalam stroller. Zara n Mirza memang dari baby pun xmau sungguh dok stroller. Emir steady jek layan perasaan lepas kenyang makan makaroni. ; )

Thursday, December 5, 2013

Our Happy Family






My Little Four

Lama tak mencoret kisah di laman blog kesayanganku ini. Ada ke yang masih follow? Almaklumkah dah ada sarang labah-labah. Ermm.. Diam tak diam Emir dah 1 tahun setengah, Mirza dah 4 tahun.. tahun depan dah masuk tadika. Zara pula dah 5 tahun dan perkahwinan kami dah 6 tahun.

Bagaikan semalam planning majlis kahwin serba merah jambu sampaikan pakcik khemah pening terpaksa beli kain untuk lapik meja dan scallop khemah kaler pink. Tapi kalau dapat diulang semula momen tu, macam2 lagi nak buat rasanya. Hajat nak pakai gaun pengantin masih belum tertunai. Bukan kerana xde saiz, tapi kerana butik last minit kata xdak. Nak menangis. huwaa.. Tapi skang kalau nak pakai gak muat lagik ke? Oh tidak..

Diam tak diam juga, nak masuk 4 orang cahayamata kami. Dah 4? Macam tak percaya kan? Aku pun tak percaya bila buat pregnancy test. Buat sampai 2 kali takut silap mata memandang. Hadiah harijadi untuk suami.. Almaklumlah dapat berita gembira tu pun jatuh masa beday encik suamiku.

Masuk 3 bulan usia kandungan. Macam dolu-dolu.. aku pregnant memang besar. Even sekarang pun dah nampak perut. Lelaki atau perempuan? Tak kisahlah asalkan baby sihat.. So planning dulu memang nak 4 orang anak. Alhamdulillah Allah beri rezeki awal untuk kami sekeluarga.

Moga dipermudahkan segalanya. Kalau ikutkan awal pregnant tak banyak ragamnya. Mabuk 2 hari je. Selera makan tu masih kuranglah awal2 ni. Mengidam? Awal2 nak makan sushi.. alhamdulillah dapat makan dengan geng2 KLfm dan IRD. Pisang tanduk pun kawan opis bawakan dari Perak. Thanks my friend. Naan Cheese encik suami belikan ;)


Sunday, September 15, 2013

Mirza n Minion

Hujung minggu paling best bila dpt spend masa ngan anak2.  Lain anak lain ragamnya. Masa nilah memasing nk bermanja. ;)

Mirza celik mata Tab juga yg dicari. Sekarang tengah dok asyik main game Despicable Me, Minion Rush.

Sambil main sambil mama suap nasi goreng. Berselera sungguh dia makan.

Wednesday, September 11, 2013

Cuti2 Merdeka

Lamanya tak check in memana dengan family. Malam merdeka kami sambut di KLCC. Syoknya dok di Mandarin Oriental. Tapi yg paling best momen bersama dengan encik suami tersayang dan anak2ku. Love u sooo much

Majlis Raya ONO 2013

Thursday, August 1, 2013

Emir 1 tahun

Emir dah SETAHUN! Happy birthday Muhammad Emirshah Rezza, 11 Jun 2013 lepas. Inilah anak yang paling senang lahirnya. Sekali push je. Alhamdulillah. Moga Emir dikurniakan kesihatan yang baik, berjaya dalam kehidupan dan menjadi anak yang soleh .


AL-KISAH KETUPAT BAWANG

Ramadan bakal menginjak pergi. Genap 15 tahun juga pemergian Emak dan Bapak masuk tahun ke 4. Bagaikan semalam rasanya tolong mak buat kuih raya tempahan jiran-jiran.

Terlalu sarat kenangan untuk dilerai satu persatu. Nilai yang tak boleh dibayar dengan wang jutaan ringgit. Terkenang nostalgia KETUPAT RAYA.

Bukan semua orang boleh buat ketupat. Dan bukan semua orang juga mampu dan boleh buat semua jenis ketupat. Mungkin ada yang tak perasan. Ada pelbagai jenis dan nama ketupat. Yang saya ingat, ketupat bawang dan ketupat sate. Yang lain lupa nama apa.

Al-kisahnya, Ramadan memang membawa rezeki. Mak bukan sahaja menerima tempahan kuih raya dan jahitan baju raya, malahan ketupat yang siap dianyam pun mak ambil. Tak sampai 5sen untuk sebiji ketupat yang siap dianyam! Tapi demi mnambah rezeki untuk keluarga, mak terima tempahan tersebut.

Melihat mak khusyuk anyam ketupat, aku yang waktu tu masih sekolah rendah pun sama teruja. Teruja yang tak terubat selagi tak dapat buat ketupat anyaman sendiri. Puas saban hari melihat mak buat ketupat. Mencari rahsia di sebalik sebiji ketupat. Niat berkobar untuk belajar. Mak pun ajar asas ketupat. Tapi mak tak dan nak mengajar pelan-pelan sebab tempahan perlu disiapkan mengikut masa. kalau tidak daun akan layu dan rosak sebelum diisi beras.

Dek kerana semangat waja nak belajar buat ketupat, kuambil satu set daun dan duduk bawah pokok nangka dekat rumah Wak Poyeng (kini arwah). Kat situlah kududuk sorang-sorang mencari ilham dan logik untuk menyiapkan sebiji ketupat anyaman tanganku sendiri.

Bagaikan misi mustahil. Memang bukan senang nak menyiapkan walaupun sebiji! Namun aku selalu percaya, selagi ada kemahuan pasti jumpa jalannya. Menjelang buka puasa, berjaya juga ku menghasilkan sebiji KETUPAT BAWANG!

Gembiranya jangan cakaplah. Macam rasa dah menang award. Kuberlari balik dan tunjukkan pada mak KEJAYAAN BESAR itu. Mak cuma tersenyum. Kata mak, asalkan mahu dan sabar, insyaAllah berjaya.

Kini, bila Syawal kembali menjelma, rindu pada ketupat daun anyaman sendiri semakin membuak. Almaklumlah, dengan adanya ketupat segera ni seakan mematikan penjualan daun kelapa muda. Yang ada pun sukar nak mencari daun yang berkualiti. Ditambah lagi dengan masa yang perlu dicuri untuk menyiapkannya.

Syawal kali ini, dah berazam nak kembalikan nostalgia, anyam dan masak ketupat anyaman kami adik beradik. Mak, Bapak.. kalau kalian masih ada pasti Syawal kali ini lebih bermakna. 


Sunday, July 7, 2013

Bila Emir Memanjat Meja

Emir masuk 1 tahun 1 bulan. Tengoklah aksi panjat meja Emir harini. Diam2 dh atas meja. Ish ish anak mama. Demam tapi masih cergas.

Friday, June 21, 2013

Audit Oh Audit


Pernah dengar tentang 5S. Pembudayaan 5S di organisasi. Menjadi Ahli Jawatankuasa Audit juga bukan mudah. Banyak masa dituntut selain pemahaman jelas. Tahun ni dalam diam dah masuk tahun ke-3 menjadi auditor
.

Wednesday, April 24, 2013

Emir yg Cargas

Wink wink. Inilah Emir yang makin cergas mengemas. Dia xmerangkak banyak dan duduk cepat macam Zara. Tapi Emir dh cepat tumbuh gigi dan nampak nak berdiri dan jalan.

Emir & Troli Shopping

Wink wink. Hari inilah kali pertama Emir dok dalam troli. Credit to Aeon Big lagik.

Besar dah anak2 mama dan abah. Emir 10 bulan 12 hari. Zara 5 tahun 2 bulan. Mirza 4 tahu  6 bulan.

230413 Alamanda.

Friday, April 12, 2013

Pa & Ma yang kiut miut

Come kan cover majalah Pa & Ma edisi Mei 2013 ini sempena Hari ibu. Rasanya, inilah cover paling saya suka!!

Thursday, April 11, 2013

Cerita Eddryshah Mirza



Muhammad Eddryshah Mirza. Tahun ni dah 4 tahun. sekejap je rasanya. Macam baru semalam keluar masuk hospital dek kerana Mirza kena jaundis. Sampai ke Hospital Sultan Abdul Halim, kedah lagi. 

Mirza anak yang baik. Dalam nampak agak lasak, hatinya mudah tersentuh. 

Manakan tidak, bila Mama bercerita kisah-kisah sedih macam Batu Belah Batu Bertangkup, Mirza senyap macam tak mendengar. 
Rupa-rupanya dia menangis!

Dia jugalah anak Mama dan Abah yang sangat patriotik. Asal nampak jalur gemilang dia akan sebut 1 Malaysia! Hehehe.. 

Sebenarnya, masa Mirza 6 bulan dalam kandungan, Mama pula menghadiri kursus BTN. Bukan sebarang tu. Siap berkawad lagi. Dan semangat patriotik terus bertambah dengan paparan klip-klip dan video sejarah perjuangan perwira-perwira terdahulu. 

Tapi Mama cukup suka anak Mama ni patriotik. Semangat tu perlu ada macam mama kecik2 dulu, asalkan dengar lagu patriotik di TV, berkejar nak tengok. Nama pun cucu askar kan. hehe



Monday, March 18, 2013

Our family

Our latest picca. Our happy family ;)

My Little Three

 
Tad tara... punyalah lama memeram blog ni. Dari pregnat sampailah la ni baby dah 9 bulan. Hehe. Banyaknya nak cerita. Nak mula dari mana ya.. Apapun, entri pertama 2013 ni nak memperkenalkan buah hati pengarang jantung terbaru, anak ketiga kami - MUHAMMAD EMIRSHAH REZZA. Lahir tiga minggu lebih dari jangkaan bersalin. Emir lahir pada Isnin, 11 Jun 2012 dengan 2.49kg tepat jam 12.57 tengah hari di Hospital Putrajaya. Rasa macam baru je bersalin. Hehe


Sepatutnya hari tu ialah check up. Sejak terjaga jam 3.00 pagi sebab haus nak minum, hati dah berdetik. Macam sesuatu akan berlaku hari ini. Lepas minum terus tak boleh tidur. Apa lagi, doklah melibat baju, basuh baju, basuh pinggan dan kerja-kerja surirumah lain. 

Usai solat Subuh, sambung lagi lipat baju. Tapi macam ada tanda kontraksi. Krem sekejap2 tulang belakang. Bersiap macam biasa nak ke check up, tappi ku ajak encik suami terus ke Hospital Putrajaya.

"Kita terus ke hospitallah bang'" 
"Bukan check up ke klinik je ke Yang?"
"Aah tapi rasa macam nak bersalin kot. Macam ada tompokan darah tadi. Takpe bang, kita terus ke hospital lah yea"

Encik suami menurut sahaja kerana dia lebih percaya kepada apa yang kurasa. Elok masuk ke dalam kereta kira-kira 8.30 pagi, kontraksi sebenar bermula. Sah nak bersalin ni! 

Sampai di lobi Pusat Bersalin Putrajaya, terus daftar sendiri sebab encik suami nak cari parking dan bawa anak-anak. Nak dijadikan cerita, babysitter malam tadi dh minta cuti. Jarang dia minta cuti tapi sebab saudara mara jauh datang bertandang, tak mengapalah. Tapi mana nak tahu bersalin hari ni.

Masuk sahaja ke bilik saringan, dah 3 cm bukaan. Tapi yang menggerunkan, kedudukan baby masih tinggi. Sekejap-sekejap doktor datang menyeluk. Huhu. Tak sampai sejam dah buka 2 cm. Doktor arahkan untuk terus masuk bilik bersalin.

Melewati detik kontraksi memang tidak mudah. Namun zikir dan doa tidak pernah lekang di bibir. Encik suami diarah datang ke bilik bersalin untuk mengambil jam dan barang2 kemas. Kalau tidak encik suami dah berada di sisi untuk melihat proses bersalin. Tetapi tak boleh sebab nak kena jaga Zara dan Mirza di luar. Pada encik suami ku mohon maaf dan mohon dipermudahkan. Sejuk panas rasanya badan.

Tak sampai 5 minit suami keluar dari bilik bersalin, terus rasa nak bersalin. Syukur alhamdulillah, sekali push terus lahir sikecil ke dunia. bagaikan tak percaya tapi itulah kuasa Allah. Bukan main terkejut encik suami bila mendapat call daripadaku yang minta dihantar pampers ke bilik bersalin.

"Bang.. boleh tolong hantarkan pampers baby? Stok hospital dah habislah bang. "
"Ha.. yelah nanti kejap lagi abang hantar"
"Sekarang bang. Sayang dah bersalin"
"Ha???? yelah sekarang juga abang hantar"

Alhamdulillah..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...