Wednesday, December 31, 2008

SALAM TAHUN BARU HIJRAH DAN 2009!!

Lama Julia tak update blog ni. Ke mana agaknya menghilang? Masih ada dalam Malaysia lagi cuma dah hujung tahun dan banyak lagi baki cuti, apalagi.. cuti-cuti Malaysia la gamaknya. Julia bercuti dari 25 hingga 1 Januari. Macam lama tapi sebenarnya cuma tolak 3 hari cuti tahun. Dah besambung dengan cuti umum kan. Tapi, mesti ada banyak cite yang Julia nak kongsi.. kemana agaknya Julia bercuti, tunggu ek nanti Julia kongsi. Sekarang nie, cuma nak ucapkan Selamat menyambut Awal Muharram, 1430 Hijriah dan Tahun Baru 2009. Macam tak percaya je dah masuk ke tahun baru. Apa cite azam 2008? Alhamdulillah dah selamat melahirkan anak, Nur Zahra Qistina yang kini dah nak masuk 11 bulan. Kejap je kan.. Azam tahun depan? Nak lebih cemerlang dalam pekerjaan dan jadi isteri, ibu dan anak yang lebih baik berbanding sebelumnya.. Semoga dimakbulkan.. Amin.. untuk semua, moga apa yang diimpikan tahun 2008 telah terlaksana dan lebih berani mendepani cabaran mendatang. Till then, Adioooossss!!!

Tuesday, December 16, 2008

JALAN - JALAN @ PUTRAJAYA










Hujung-hujung minggu memang waktu yang sesuai nak bersantai-santai bersama keluarga. Apalagi, ada masa terluang, kami pun pusinglah Putrajaya. Setiap hujung minggu, Putrajaya memanglah tak sunyi macam dulu. Banyak pelancong dari dalam dan luar negara mengambil kesempatan bergambar di bangunan-bangunan dan lanskap menarik sekitar Putrajaya..

SELAMAT HARI LAHIR BAPAK

Muda lagi Bapakku ini. Baru 54 tahun..

Ni anak buah dan Adik Julia

Lambai Mama.. blur je muka tu

Inilah adik beradik saya.. tapi abang & family takde.

Nak pilih mana ye Mama?



Sedapnya kek ni..

BAPAK, itulah panggilan kami untuk ayah kami. 10 Disember lalu merupakan tarikh ulangtahun kelahiran Bapak ke 54. Kalau mak masih ada, usia mak sama dengan Bapak, beza cuma dua hari. Arwah Mak lahir pada 8 Disember. Tiap-tiap tahun kami akan raikan hari lahir Bapak.. Ala, makan2 je. Tahun ni, tak dapat nak sambut pada 10hb sebab husband ada siaran sampai malam, so terpaksalah tunda keesokan hari. Tahun ni buat di KFC, Jalan Taiping Klang. Almaklumlah ramai budak kecik, dapatlah diorang pun makan sama. Favourite Zara, whipped potato. Yang lain2, mama kenalah jadi mesin pengisar sebelum bagi pada Zara. Dari KL, kami terus singgah ke Secret Recipe di Klang Parade. Saja jalan-jalan sekali ambil angin sambil belik kek. Pilih punya pilih, belilah Chocolate Indulgence yang sedap tu..

Sampai di KFC, kami terus booking meja. Yang seronoknya, staff dia memang peramah. Teringat masa zaman-zaman buat 'part time' kat KFC tapi bukan di situla.. Bapak, adik dan kakak semua dah sampai. Tiba-tiba dapat call, abang dan family tak dapat datang. Anak sulungnya demam panaslah pulak. Nak buat cemana.. Tapau jelah yang lain nnanti. Bapak seronok sangat masa potong kek. Walaupun tak berapa suka kek coklat, Bapak rasa juga buat syarat. Lebih-lebih tu kami lah yang habiskan..

Sesekali dapat jumpa dan makan bersama memang seronok. Bukan main seronok lagi Bapak dapat hadiah. Tahun ni hadiahkan Bapak kemeja sutera warna peach.. Asalkan bapak gembira, itu sudah cukup bagi kami. Sempat lagi bagi baki kek untuk adik-adik KFC kat kaunter. Selamat Hari Lahir Bapak. Moga panjang umur, murah rezeki.

Tuesday, December 9, 2008

SALAM AIDILADHA 1429H








Salam Tok Wan

Meh salam dengan Tok Wan.. elok dah parking depan Tok Wan

Uuii.. lajunya tepuk tangan

Aii.. kat situ je

Zara pun salam Tok Wan



Supergirl dah ngantuk.. time untuk titun..

SELAMAT HARI RAYA QURBAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM. Dah ebberapa hari KL lengang, kurang dari kesesakan lalulintas. jadi tak jadi, akhirnya jadi juga balik ke Sungai Petani tahun ini untuk meraikan Raya Haji di sana. Hari Sabtu lalu kami berada seawal jam 7.00 pagi di Pasar Tani Mega di Tempat Letak Kereta MAHA. Memang meriah sambutan yang diterima apatah lagi dari kalangan peniaga-peniaga yang cukup sporting. Macam-macam aktiviti dijalankan termasuklah mini walkhunt, mengukir buah betik dan membungkus hamper. Julia pun tak ketinggalan menyertai pertandingan membungkus hamper untuk suka-suka dan emmeriahkan suasana, tak sangka dapat nombor satu. Hehe.. Aappun, terima kasih untuk rakan2 dari FAMA.

Dalam pukul 2.00 petang kami mulakan perjalanan ke SP. Rayalah katakan, memanglah sesak.. 6 jam setengah baru sampai! Beraya di SP lebih meriah dan berbeza. Bukan apa, siap ada juadah pagi raya, bermaafan dan siap ada ramai adik2 datang beraya, berbeza dengan di Klang.

Dan lagi, dapat makan PEK NGA.. Pelik kan bunyinya.. tapi orang utara panggil lempeng kelapa tu Pek Nga. Macam-macam.. Apapun dalam kita beraya, jangan lupa menghayati erti pengorbanan diri dan orang lain terhadap kita. Tak kiralah siapa, Ibu bapa, suami, keluarga dan rakan-rakan. Juga, takziah untuk keluarga bekas pensyarah saya di UiTM dulu, En Shafie yang meninggal dunia kerana kemalangan di New Zealand baru-baru ni, juga untuk semua mangsa tragedi tragis Bukit Antarabangsa.

Tuesday, December 2, 2008

ZARA.. DULU DAN KINI





Bila boring-boring, suka tengok gambar Zara. Betullah kata orang tua.. Budak kecik ni muka sentiasa berubah. Tengoklah gambar terbaru Zara berbanding ketika usia 5 bulan.. Dah takde pipi tembam macam dulu. Tapi, seluar jeans kecik pun pakai yang untuk umur 2 tahun. Yang 6-12 bulan pun dah senteng..

BERSAMA KAK POSH

Jom makan..

Best juga kalau dapat on air sama-sama

Dari lensa Kak Posh.. sempat singgah

Mesti ramai yang rindukan Kak Posh kan.. Manakan tidak, nun jauh di Miri bila sesekali jumpa mestilah seronok. Baru-baru ni sempatlah berjumpa akakku ini ketika dia balik semenanjung untuk majlis konvo di UiTM. Siapa kata tak boleh belajar sambil bekerja? Semuanya terpulang pada nawaitu dan kesanggupan. Saya cukup bangga dengan semangat Kak Posh yang tekun belajar tanpa mengabaikan tugas di KLfm. Ju pun ada juga niat nak sambung master tapi entah bile ek? Dalam kesempatan yang ada, dapatlah juga Ju dan Shah lunch sama-sama Kak Posh @Pizza Hut di Lucky Garden.. Apapun, Kak Posh memang maintain cun. Hehe.. meletup. Jadi, untuk sesapa yang rindukan Kak Posh tu, bolehlah jenguk-jenguk blog beliau. Klik di sini.

KLFM DIIKTIRAF LAGI

Inilah sijil dan Piala Anugerah Inovasi Kementerian Penerangan Malaysia

Bergambar di 'booth' KLfm

Wajah ceria selepas menang.. Tahniah Tuan Haji Manan

Bersama Pengarah Siaran Radio - Tuan Haji Keliwon Pajhar (dua dari kiri) dan Pengawal KLfm (tengah)

Sempat lagi pose sebelum on air. Dave dan Haji Manan

Bersama rakan-rakan petugas dari Tabung Haji

TAHNIAH untuk KLfm yang telah diangkat sebagai penerima Anugerah Inovasi daripada Kementerian Penerangan Malaysia sempena Hari Q 18 November lalu. Ini merupakan kali kedua KLfm menang kategori ini bagi tahun 2008. Sebelum ini, KLfm telah menerimanya daripada Jabatan Penyiaran Malaysia pada 4 November. KLfm menghantar penyertaan menerusi inovasi pengaplikasian ICT dalam pengurusan dan hebahan secara dalam talian untuk penyampai di konti. Semoga terus cemerlang pada masa hadapan. Chaiyo2!!


THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...