Wednesday, June 24, 2015

17 TAHUN SELEPAS MAK TIADA

 Diam tak diam, 22 September 2015 ni genap 17 tahun mak meninggalkan kami. Ini bermakna, hampir 17 tahun juga kami tak berpuasa dan berhari raya bersama mak. Kalau dulu, emaklah yang paling sibuk tiap kali Ramadan. Cuba menunaikan apa saja permintaan anak-anak yang berpuasa semampunya. Sedekah juadah berbuka dengan jiran-jiran tetangga. Sekarang bukan takde, cuma biasanya tunggu tradisi monjong.

17 tahun selepas mak tak ada..
Abang dah ada bisnes sendiri.. Ono Bundle yang sangat membanggakan dengan 5 cawangannya. Dah kahwin dengan Rohani Shamsudin dan ada empat orang anak, Alif Farhan, Asyraf Fitri, Alya Farhana dan Adam Fahmi.

Kakak dah dok sama di rumah bapak. Hidup sendiri dengan anak tapi tiap kali balik Klang sangat hepi sebab mak ngah suka layan anak-anak buahnya.

Julie dah 8 tahun kahwin dengan Shah dan ada 4 orang anak. Zahra Qistina, Eddryshah Mirza, Emirshah Rezza dan Eiskandarshah Mukhriz.

Eddy dah kahwin dengan Cintawatie Azali dan ada 2 orang anak perempuan, Jumeirah dan Fieya. 

Fahey tak lama lagi nak kahwin dengan Yan. Semoga dipermudahkan. Dia pun dah kongsi bela lembu dengan kawan. Lembu makan tembikai dan betik tu ;)

Adik Diana pun dah 3 tahun kahwin dengan Eddy. Cuma masih belum ada rezeki lagi nak ada anak. Moga ada rezeki untuk mereka nanti.

Al-fatihah buat bonda dan ayahnanda kesayanganku. Anakmu ini sentiasa mendoakan agar dipermudahkan urusan dan roh mak dicucuri rahmat Allah. Julie sayang mak sangat! ;(

Walaupun mak dah takde, Julie selalu bercerita dengan anak-anak tentang kebaikan mak, rajinnya mak dan hebatnya mak sebagai seorang ibu kepada enam orang anak yang nakal ni. Sekarang Julie dah jadi ibu, Julie rasa tak banyak sikit apa yang emak rasa. Penatnya seorang emak di rumah menguruskan keluarga.

Allah lebih sayangkan emak.. tapi Julie bahagia kerana menjadi orang terakhir yang sentiasa di sisi emak 24 jam di Hospital Kuala Lumpur. Kenangan bersama emak akan terus abadi.

#doaibusepanjangjalan



Tahniah Anak Mama


Assalamualaikum. Lama nau-nau tak update blog ni. Terpaksa fogging sebab dah bersawang. Dalam tempoh setahun juga xupdate. Bukan tak sayang.. cuma xdan. Macam2 cerita suka, duka terjadi dalam tempoh tu.

Apapun, untuk entri harini, saya nak update pasal kejayaan the one and only anak dara setakat ni. Hehehe.. Tahniah anak mama, Nur Zahra Qistina. Harini ambil report card untuk keputusan peperiksaan pertengahan tahun Sekolah Agama zara. Zara dapat nombor 2. Yey!!

Seminggu juga senak perut takut entah apa result zara. Almaklumlah exam yang ni zara memang langsung xstudi. Balik kampung untuk kenduri Mak Tok dan Tok Wan nak pegi umrah. Alhamdulillah..

Tapi bukan setakat ni je. Zara kena belajar lebih rajin dan perbaiki kedudukan sedia ada. Semangat persaingan yang positif kena ada. Barulah best nak ke sekolah.

Sekolah kebangsaan Zara dapat no. 1 dan abah dah bawa ke Kidzania dan Hotel Royale Chulan, Damansara. Teruskan kecemerlangan ya sayang.

Ni dulu entri untuk la ni. Banyak gambar2 yang den tak sanggup nak buang. Kengkonon nak update di blog kesayanganku ini. Hehe.. till then.. Adios.. #winkwink

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...