Tuesday, November 25, 2008

AUNTIE YAN'S LION









Ala2 back dated jugaklah cite ni tapi nak upload gak. Almaklum sajalah sibuk2 manja. Ada pulak macam tu kan. Nilah antara gambar raya dah habis masa ke rumah Yan my pren di Klang. Takdelah jauh mana tapi dah namaya pun lama tak jumpa. Bila dah jumpa sembang memanglah tak ingat. Nasib nak ke kenduri kawan kami, Dill kalau tak mau sampai tengah malam lepak umah si Yan ni. Kawan dari kecik katakan. Husband dia pun senior sekolah, sekampung pulak tu.. memang kenallah sangat. Sempat juga bagi hadiah lion chewies untuk si Zara. Itulah juga antara mainan kesukaan Zara. Sempat juga rakam aksi si kecik masa khusyuk golek-golek dengan Lion Chewies Auntie Yan.


MARI MENGHIBURKAN DIRI

Merahnya.. @Mid Valley

Makan kat umah pengantin. Si kecik ni sibuk pulak nak tarik layah pengantin. Kakak kepada adik iparku. Panggil apa ek?

Lapaq ka?

Mamam mama..

Cikedis Mama punya.. Cikedis yang masin.. Harganya dah naik 50 sen

Jalan2 time

Terkejut ke Zara?

I Like To Move It Move It..


Nak tau apa aktiviti saya buat untuk menenangkan fikiran:
1. Main dengan Zara
2. Makan
3. Tengok Wayang dengan Cik Abang
4. Beli minyak wangi

MAIN DENGAN ZARA
Satu aktiviti yang menyeronokkan apatah lagi akhir-akhir ni. Si kecik dah pandai main pok amai-amai sendiri, kalau dulu tepuk peha sekarang dah pandai tepuk tangan. Selain tu, Zara memang suka main Yup Ba.. Pantang menyorok.. tau aja nak main yup ba.. Akhir-akhir ni juga dah pandai buat muka geram ala2 kejung. Entah mana dapat tapi memang kelakar ghopenye. Siap depa2 tangan ke depan. Dan lagi, si kecik dah pandai sambut main Give Me 5! Ada-ada saja gaya kelakarnya. Asal ke dapur, mengikut saja..

MAKAN
Macam biasalah, makanlah aktiviti paling best dan tak best. Yang best sebab mengenyangkan perut sambil boleh pilih apa yang teringin nak makan. Yang tak bestnya, nak mengecilkan apa2 yang dah bertambah inci dek kerana makan ni.

TENGOK WAYANG DENGAN CIK ABANG
Lama tak tengok wayang lepas bersalin, akhirnya dapat juga melepaskan gian tengok wayang. Baru2 ni, dapatlah juga melapangkan masa tengok James Bond - Quantum Of Solace dan Madagascar pada hari pertama tayangan. Walaupun terpaksa berebut dengan adik2 kecik yang tengah bercuti, layan jugak dapat tengok sequel Madagascar ni. Cuma, emo sikitlah sequal ni. Apapun best. Macam tu jugalah dengan citer James Bond yang memang lebih gempak dari sebelumnya.. Cayalah!!

BELI MINYAK WANGI
Saya ni memang suka sangat dengan benda yang wangi2 ni. Dari zaman sekolah lagi. Dan paling best, baru-baru ni beli Midnight Fantasy dari Britney Spears dengan botol biru ala2 diamond lekat2 gitu dan paling best dapat beli set perfume Estee Lauder Pleasure Exotic dan Delight yang bau strawbery tu. Dah alang2 tu dapat gak merembat set make up baru.. Wawee..

TAK TENANG FIKIRAN TU TAK TAULA..

Tuesday, November 18, 2008

SATU CERITA, SATU KENANGAN

Ketika Bintang Kecil Zon Tengah baru-baru ini..




Kak Prem yang cool



Antara kenangan2 lama.. nampak ke agaknya?


Bersama Brader Lock @ Locky


Ketika majlis perpisahan Kak Posh



Hari ini masuk 3 tahun 5 bulan saya bertugas di KLfm. Menjadi sebahagian daripada keluarga KLfm merupakan impian sejak dulu. Mula2 masuk saya disangka kembar kak Naemah yang baru sahaja meninggalkan KLfm ketika itu. Bertemu pula dengan seorang yang cukup rajin dan mempunyai komitmen tinggi dalam kerja sehingga diiktiraf untuk menerima anugerah Penyelaras Terbaik, itulah dia Azizah Md. Isa. Tak lama selepas itu, khidmatnya diperlukan di stesen baru yang dikenali sebagai Klasik Nasional sebelum naik pangkat dan berhijrah ke JAKIM dan terkini di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR).

Perubahan demi perubahan. Noraini Ibnu pula bertukar ke Bahagian Ehwal Awam Radio, Adi dan Kroll ke Muzikfm, dan tak ketinggalan rakan setugas yang selalu bersama mengendalikan 326 (Three to Six - kini dikenali 3KL) bertugas jam 3 pagi dan Ladies Nite - Ezan pula berubah kerjaya dan memilih untuk menjadi pendidik. Cantik bertudung sekarang. Kehadiran Mimie dan Dave pula memeriahkan KLfm selain Nazirah sebelum itu.

Idola saya, kak Preimah yang banyak memberikan tunjuk ajar sejak awal kemunculan pula bersara. Kalau nak tahu, kak prem ni memang istimewa orangnya, selalu menghiburkan hati orang lain dengan apa saja cara. Tak pernah tengok kak Prem bersedih. Terima kasih kak prem..
Kalau dulu Tengku Idris Tengku Din, kini bos kami Puan Fee Lin Chew. Namun dua-duanya memang sporting namun tegas.
Fauziah Zakaria pula berpindah ke Miri kerana kenaikan pangkat. Jauh nun di sana dan terbaharu Loakman @ Bro Lock tukang kunci bertukar ke Bahagian Rakam Khanah (Muzik). Begitulah lumrah kerjaya, yang penting kita sentiasa bersedia untuk belajar perkara baru untuk lebih versatil dan berusaha untuk memberikan yang terbaik di mana sahaja kita ditugaskan. Yang pastinya kenangan bersama mereka semua tak mungkin dapat dilupakan. Nanti saya cuba masukkan gambar2 lama bersama mereka yang selalu dirindu.. Jadi bila Julia dah tak ada pulak di KLfm, jangan lah dilupa yea..

Zara - 9 Bulan dah

Muka boring.. kena keluar awal pagi ikut mama dan abah pergi kerja

Ma, ada CicakMan.. Ish2..

Cantiknya skaf Madagascar dia..

Banyaknya kawan2 Alex dan Madagascar.. Siap ada suara. Nak main mana satu nie?

Jom pusing2 naik keta


Pejam celik, dah 9 bulan usia Zara pada 12 Nov lepas. Si kecik ni takde gigi lagi tapi dah belajar nak lepas2 tangan, lepas tu gedebuk jatuh.. Bila dah kenal orang ni, dah pandai buat muka2 dan aksi menangis bila kena dukung orang lain., Tapi kadang2 ok pulak. Tak nangis betul pun, airmata je.. Nak tengok lagi gambar2 zara yang terbaru, klik di sini

SELAMAT BERTUNANG ANGAH

Inilah Angah Ekin.. bukan Ekin Mawi tau

Say cheese.. Ala, nenek Julia ni tak posing pulak..

Bersama makcik2 Julia

Dapat jugak amik gambar dengan Pak Teh Pahey

Zara dan Auntie Inn 4 bulan lepas

Minggu lepas memang agak letih. Namun, tahniah untuk sepupu Julia, Angan Ekin yang dah mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, Ejoy di Bukit Beruntung, Selangor hari Ahad lalu. Seronok sangat kerana dapatlah berjumpa dengan sanak saudara. Untung pandai jahit, baju tunang pun jahit sendiri. Kalau nak tahu, hantaran pun pakcik Julia buat sendiri (Abah Ekin). Wah..

Balik dari sana, terus ambil my best friend, Marina di Marriot Hotel Putrajaya. Tak kenal? Marina ni merupakan wanita Malaysia pertama menawan puncak Everest tahun lalu. Kami dah lama berkawan sejak di UiTM lagi. Sama-sama dengan team Everest UiTM 2004 dan pernah sama-sama dalam Persatuan Kembara Negara (NAA). Apapun, sekarang Marina dah jadi mak buyung. Masuk 8 bulan dah pregnant. Insyaallah due pada 13 Feb 08! Dekat2 dengan beday zara 12 feb.. Lama tak jumpa, sempatlah ajak datang rumah kerana esoknya ada majlis di PICC. Tahniah Inn yang telah dianugerah sebagai Ikon felda, antara 10 orang personaliti lain negara yang menerima pengiktirafan tersebut. Dari zaman belajar kami duduk satu kolej. Waktu masing2 anak dara, kami duduk serumah. Skang, Inn tinggal di Terengganu. Sesekali je dapat jumpa. Tak sempat nak ambil gambar baru-baru ni..

SEHARI DI CIDB



Hai.. lama juga rupa-rupanya tak update blog ni. Apapun, terima kasih untuk semua yang rajin singgah. Sabtu lepas, 15 Nov 2008 , sehari saya berkampung di Kompleks Konvensyen CIDB untuk program radio di lokasi sempena Pertandingan Kemahiran Asean ke-7 2008. Sempat jugalah pusing-pusing untuk menyaksikan kehebatan peserta2 dari negara Asean, termasuklah Malaysia menunjukkan kehebatan dalam 19 kategori kemahiran yang dipertandingkan. Memang gempak! Dan lagi, dapat menemubual Menteri Buruh dan Transmigrasi dari Republik Indonesia, Bapak Menteri Erman yang cukup mesra orangnya. Lebih seronok bila terjumpa pulak member sama-sama di UiTM dulu dan pernah juga sama2 bekerja di Siversports, kini dah bertugas di CIDB. Cayalah Ida. Tahniah untuk Malaysia yang berjaya menjadi Negara terbaik bagi kategori Elektronik Industri serta meraih enam pingat emas dalam kategori teknologi automobil, bricklaying, electrical installations, elektronik industri dan plumbing. Moga dapat menjadi contoh terbaik dalam melahirkan modal insan yang punyai kemahiran tinggi dan berkualiti pada masa depan.

Thursday, November 6, 2008

ZARA vs DARLIN

Cool je Darlin dengan gaun kembang pink yang kiut..

Aiii.. salah bapak ke? Ni bapak Darlin..

Zara dengan muka confius dengan Uncle BC

Inilah antara gambar2 yang sempat dirakam ketika Open house di rumah Julia haritu. Dapatlah juga akhirnya zara jumpa Darlin. Nak sembang tak pandai.. masing2 main sendiri.. Zara versi mengantuk sebenarnya..

JALAN2 CARI TUDUNG

Ada gaya macam nak beli ke, nak test je?

Cite ni dah beberapa minggu berlalu, tapi sesaje nak berkongsi misi jalan2 cari tudung bersama Julia dan Nazie. Alkisahnya, dalam sibuk-sibuk, sempat juga kami menjengah Jalan TAR yang memang kaya dengan kedai2 tudung yang eksotik dan menawan hati. Almaklum sajalah, harganya pun memang berpatutan ebrbanding di tempat lain. Siap boleh 'apply' skill tawar menawar lagi. So, misi kami berjaya di sebuah kedai kecil tetapi berjaya menambat hati kami berdua dengan tudung yang dijual. Tengoklah tudung yang kami pakai.. tu namanya beli terus pakai.. hehe.. Tapi tof courselah yang baru keluar dari plastik ek. Key, tu je pun yang nak dikongsi.. Adios.. Tatatititutu..

Tuesday, November 4, 2008

A MAN WITH POWER

Datuk Dr. Sheikh Muzaffar

Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

Mantan Menteri Besar Selangor yang disanjungi.. Muhammad Muhammad Taib

Faizal Tahir.. Zam Zam Ala Kazam.. Terbang!!

Bertemu mereka, bukan mudah namun setiap seorang punya kualiti sendiri.

Dr Sheikh Muzaffar - Angkasawan pertama negara yang menjadi idola rakyat Malaysia. Sebelum menjadi angkasawan, memang rajin juga mengikuti perkembangannya menerusi majalah. Seorang yang punya kelebihan dari segi latarbelakang pendidikan, budi bahasa dan kerja yang baik, cukup sesuai menjadi idola remaja kini yang semakin alpa mencari jalan sendiri. Sempat juga bergambar ketika rakaman program isu terbitan team Bicarawara RTM baru-baru ni.

Mukhriz Mahathir - Tun Dt Mahathir terus menjadi idola saya meskipun tidak lagi menjadi PM. Apapun, semangat dan kepimpinannya masih lagi diwarisi anak-anak. Datuk Mukhriz seorang yang sangat merendah diri dan peramah. Tegas dalam menegakkan prinsip dan pendirian. Tahniah, baru dapat baby girl..

Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib - Mantan Menteri Besar Selangor yang saya kagumi. Kami dikehendaki berbaris panjang dengan pakaian uniform lengkap Kadet Bomba ketika beliau melawat SMK Rantau Panjang dulu. Meskipun berpeluh, tapi keramahan beliau bersama penduduk kampung dan murid2 ketika itu memang saya kagumi. Lebih menyeronokkan bila beliau kembali dalam arena politik.. Selamat kembali berbakti kepada rakyat.

Faizal Tahir - Penyanyi dengan bakat besar. Meskipun kurang sembang ketika sma-sama di UiTM dulu, tapi beliau memang berbakat. Sejak dengan Mirwana. Lagu yang beliau pernah nyanyikan di Mass Comm Nite dulu.. More Than Words versi akustik. Gempak! So, good luck Faizal!

SIKECIK YANIE


Inilah dia my pren, Yanie@Angah. Member sekelas waktu belajar di UiTM dulu. Memang gila-gila si kecik ni. Bila dah kahwin je nampak kurang sket. Lepas kahwin, minggu lepas baru dapat jumpa. Nampak je kecik tapi kerja kat West Port lagi dok menguruskan kargo-kargo yang baru sampai. ish ish ish..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...