Wednesday, June 24, 2009

SETULUS KASIH ABAH

Didedikasikan buat suamiku :

Muhammad Shahzil Abu Bakar
"terima kasih kerana menjadi Abah yang terbaik dan untuk Zara dan bakal baby"



























Tiada hadiah mahal nak diberikan kepada Abang.. Tapi tetap juga kita sambut dengan Makan2 bertiga 1/2 tahun ni.. Seronok tengok keletah zara yang semakin membesar. Sekejap je dah masuk 2 tahun 3 bulan usia pernikahan kami.. Panjang lagi perjalanan..

Kami bukannya bercinta sakan macam orang lain. Bukan kami tak pernah bercinta pun. Inilah jodoh. Pernikahan inilah perkara terbaik dalam hidupku selain kelahiran cahayamata kami mengikat kasih.

Terima kasih kerana menjadi suami yang baik dan dalam debaran menantikan kehadiran orang baharu menjelang November nanti. Moga ada 1000 tahun lagi untuk terus hidup bersama.. i Love You so Much!!!

Untuk Anakanda NUR ZAHRA QISTINA

Sekali pandang mungkin bagaikan tiada apa.. Namun inilah coretan untuk anak mama baca bila besar nanti, andai kami berdua tiada lagi. Mungkin juga tidak dapat merungkai betapa besar kasih kami pada anakanda kalau nak dibandingkan dengan gambar tertera..

Anakku Nur Zahra Qistina,
Jangan nanti melawan kata Mama dan Abah
Dari kecil kami didik untuk menghormati orang tua
Tidak seekor nyamuk pun kami biarkan menggigit
Inikan pula kelukaan besar yang membuatkan anak Mama dan Abah menangis
Lahirmu kami sambut dengan airmata
Syukur dengan kurniaan Yang Maha Esa
Sepanjang hari Abah menanti Mama di wad bersalin tanpa secangkir air
mahupun sekeping roti sebagai alas perut

Semata-mata menantikan kelahiran cahayamata pertama kami..
Anakku,
Andainya nanti kami pergi dahulu
Tak perlulah diiringi tangisan
Tapi sedekahkanlah kami doa berpanjangan..
Mama & Abah sayang Zara


Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA









Di Pondok Kecil

"dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua"


Li (panggilan manja), Jangan balik lambat, jangan keluar dengan orang tak dikenali, jangan lupa telefon Bapak bila dah sampai nanti.." sebenarnya itu hanya sebahagian sahaja. Banyak lagi pesanan bapak.. Dan panggilan telefon terakhir Bapak sempat berpesan.. "Shah takda di rumah pergi outstation, jangan buka pintu, kunci pintu dari dalam". Bapak tak pernah lekang dengan nasihat. Sampaikan tiap kali nak bertolak balik sempat lagi bapak pesan, ic dah ada belum, dompet? takut tertinggal.. Semenjak Bapak tak ada, terasa rindu sangat dengan semua pesanan tu.

Banyak nostalgia.. naik motor Honda Cup keliling kampung, tiap kali balik sekolah mesti bapak akan tanya, makan apa, minum apa hari ini.. Sedangkan kita kadangkala lupa nak tanya ayah kita dah makan ke belum haritu..

Hari pertama persekolahan darjah satu. Dari awal pagi Bapak menanti di tepi kelas, nak pastikan hari pertama berjalan lancar. Tiba waktu rehat, Bapak dah belikan kuih dan air untuk dimakan.. sayang Bapak..

Bila dah menginjak dewasa, masuk ke sekolah menengah.. Bapak masih sama. Nak kemana-mana ada waktu tertentu malahan bukan sebarangan dapat keluar walaupun ke bandar Klang. Kerana itulah juga saya banyak habiskan masa di sekolah dengan pelbagai aktiviti persatuan. Pergi sekolah 6.45 pagi, balik rumah 6.45 petang.. Pernah sekali sorok-sorok sertai pasukan kompang kampung akhirnya bocor juga. Bukan main marah lagi Bapak sebab tak diberitahu. Akhirnya dapat juga yakinkan bahawa saya memang minat dan tak melencong ke tempat lain, akhirnya Bapak akur..

Bukan itu saja, masa tingkatan 5, saya sorok-sorok sertai teater untuk pekan teater selangor. Saya memegang watak utama wanita sebagai Puteri Ajong bagI teater Ajong. Akhirnya kantoi juga. Marah Bapak bukan sedikit. Melekat jugalah kat lantai menangis. Waktu tu dah bersiap nak ke sesi latihan beberapa hari sebelum pertandingan. Akhirnya kukeraskan hati, bila Bapak dah reda, kuhilangd alam diam.. Tak baik kan.. tapi dari awal joint lagi dah beritahu mak. Tak berani je beritahu bapak. Akhirnya bapak redha anaknya ni memang sangatlah minat teater dan janji tak melencong ke tempat lain. Bukan main seronok bila bapak dapat tahu saya dapat top 5 pelakon wanita terbaik.. Semuanya tinggal kenangan..

Tahun ini merupakan kali pertama kusambut Hari Bapa tanpa Bapak yang telah meninggalkan kami 11 Februari 2009 lalu. Moga roh Bapak dan Mak ditempatkan dikalangan hambaNYA yang dikasihi.. terlalu banyak kenangan bersama Bapak terus bersemadi dalam ingatan.. Bagi anda yang masih mempunyai bapa, kasihilah mereka selagi ada hayat berbaki..


Dan selamat Hari Bapa tahun ke2 untuk suami tersayang, Muhammad Shahzil Abu Bakar dan abah mertuaku..

Tuesday, June 16, 2009

CUTI2 TIARA PART 1

Sayang anak abah..

Nak pakai cap abah juga..

Membelasah jagung bakar di Pantai Teluk Kemang..

Ini bukan model ye tuan-tuan. Cuma nak promo minum air Kickkapoo yang nostalgia zaman kecik2 gitu.. Adik Julia, Eddy..

Aiii.. dah kumpul tutup botol. Tunggu nak main jentik je.. Sapa nak joint Zara ni? Bergaya dengan topi baru beli..

Ala2 amoi yang tengah menangis.. Haha.. ada gaya tak?

Dua Mat Bond Upin & Ipin bersedia untuk beraksi. Pasal pose memang nombor satu.

Abang nak ajak adik mandi, menangis pulak dia..

Gaya lepas mandi.. siap menangis nak keluar dari kolam. Punya seronok si kecik..

Riang ria lepas mandi..

Macam gadis desa malu-malu nak berendam.. Adik bongsu Julia, Diana..

Ni pelampung mama ke Zara?

Dah masuk, payah nak keluar.. Melekat dalam kolam yek..

Senja di Pantai Teluk Kemang, PD

Hai semua.. Dah balik bercuti lama tapi belum sempat-sempat lagi nak uploadkan gambar sepanjang dua hari percutian ke Tiara Beach Resort, PD. Dok bekerja, rasa juga nak menenangkan fikiran dan cuti-cuti Malaysia. Jadi, kami bercadang ke resort yang mempunyai pantai buatan terbesar. Bukan apa, selamat nak mandi-manda dengan si kecim yang pertama kali berendam dalam kolam. Dari Klang, kami bertolak dua buah kereta dengan riang ria untuk sampai ke PD.

Sempat juga singgah ke Pantai Teluk Kemang untuk beli pelampung dan baju mandi Zara. Macam-macam pilihan sampai rambang mata. Pilih je mana nak.. Bagi dua orang adik yang bujang tu, memanglah tak berapa feel mandi manda kat kolam dengan budak-budak. Tapi sebenarnya ada bahagian dewasa yang jauh lebih dalam. TBR memang best. Bilik dan fasiliti memang memuaskan hati. Inilah antara gambar-gambar kenangan zara, Alif & Achap ( upin/ipin) yang penuh aksi.. Mama dia rendam sikit-sikit jea.. Petang sempat kembali ke Teluk Kemang bawa dua orang adik bujang tu mandi.. Lepas geram katanya.. Hehe.. (kalau nak tengok lagi gambar Zara, klik di sini)

Friday, June 12, 2009

RAHSIA HARI KELAHIRAN WANITA..

Sambil2 layan facebook dan blog, terbaca pulak sesuatu yang agak menarik mengenai rahsia hari kelahiran wanita. Saja nak kongsi dengan semua..

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia
pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Haha.. kalau betul tu satu kebetulan jek..

Thursday, June 4, 2009

JALAN2 CARI PASEMBOQ







Dah lama Julia janji nak berkongsi cerita kisah jalan-jalan cari pasembor. Mengidam sampai ke Penang tu. Kebetulan pula adik ipar bertunang, dapatlah menunaikan misi pasembor yang diidamkan.. Jauh sungguh selera baby dalam perut ni.. Lebih seronok kerana esoknya hari ibu. So, kira hadiah daripada suami in advance lah ni.. Majlis pertunangan lepas solat zohor. Tambah tolak bahagi, pukul 4.00 jugalah start. Sampai di rumah dekat maghrib. Jadi, lepas maghrib baru bertolak ke Penang sekali dengan adik-adik ipar. Kebetulan ada sorang lagi mak yung.. Adik ipar, Mar yang mengandung tua sebulan dari saya..

Kalau nak ke Penang tak naik feri memang tak sah. Ini bukan kali pertama saya naik tapi rugi tak naik sebab kat KL bukannya ada kan.. Naik feri malam lebih menyeronokkan sebab anginnya sejuk..

Sampai je ke pulau, kami terus ke Padang Kota. Orang kata pasemboq padang kota syok. Saya pernah ke sana ketika mewakili UiTM untuk Pesta Pantun Antara Universiti tahun 2003 dulu. Lama sangat dah.. Sampai saja, ada beberapa kedai yang menjual pasemboq. Teruja jangan cakaplah. Mengidamlah katakan. Skang dah di depan mata, nah!! Dalam banyak2, saya pilih kedai Hussain, kerana nama dan ejaannya sama dengan nama arwah Bapak.


Meet uNcle Hussain..

Wow!!! punyalah banyak pilihan sampaikan tak tau nak boh. Harganya pun tengoklah sendiri. Yang penting ketam dua ekor, kentang dan lain-lain lagi telah berjaya dirembat. Mamak tu siap konfius tengok pelanggan sorang ni yang asyik dok pose dengan pasemboq kedai dia. Yelah, nak masuk dalam blog punya pasal katakan..


Mana dulu nak tangkap ni..


Muka seronok nak makan pasemboq


Pilih saja nak mana



Nah!!! Inilah hasil pencarianku.. Sepinggan besaq ni RM25. Pada saya yang memang tengah mengidam sakan nak makan murah la kot.. Nyum nyum.. tak sabaq nak belasah..



Tengoklah ramai tak ramai orang.. Ish ish ish... Rezeki.. Tapi yang menyedihkan ada juga peniaga yang tak berniaga sungguh-sungguh. Harga tak sama dengan kualiti. Contohnya kerang sepinggan RM8 tapi rentung sampai tak rasa apa. Pahit adalah.. Kuey teow penang yang dikatakan mantop pun tak seberapa. Sedap lagik kuey teow Bukit Angkasa.. Cendol pun tak letak santan. Kinpius sungguh.. HUhu.. Cik abanglah kena habiskan.. Tapi kalau pasal pasemboq takyah gaduh. Dua orang mak buyung boleh habiskan satu pinggan besar. Jangan tak tau.. har har.. pecah rahsia.. Tapi bak kata dj Hezry, ada lagi tempat lain jual pasemboq dan char kuey teow lebih sedap.


Muka boring zara..


Muka tak sabar nak membelasah pasembor


Sebelum..


Selepas dirembat bertubi2


Kerang yang hangus.. Nampak macam tidak.. dalam rentung


Kuey teow


Tuesday, June 2, 2009

Dinner @ Menara KL


Nak makan pun sempat pose dulu


Jom makan sate..


Berselera cik abang..


Nyum nyum.. pembuka selera




Alkisahnya, 30 Mac 2009 lepas genaplah usia perkahwinan kami 2 tahun. Dan kami menyambutnya di Seri Melayu Menara KL. Terima kasih kak Aliza Noh. Memanglah sangat romantik. Yelah, dalam cahaya remang-remang, makanan yang sedap sambil menikmati panorama indah KLCC.. Ada juga alunan piano yang membuai perasaan. Wah, macam zaman-zaman belum kahwin rasanya. Manakan tidak, Julia dengan suami je malam tu. Zara kena tinggal dengan babysitter. Sian si kecik.. Jangan marah.. Ini antara gambar menarik yang Julia nak kongsi dengan semua.

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...