Tuesday, October 28, 2008

OPEN HOUSEKU

Uii.. gaya baru si kecik. Cantik tak gaun kite?

Pantang nampak kotak tisu si kecik ni.. Habis isi kat dalam.

Paman Jali nilah yang jadi ketua chef haritu bersama nenek (mbah).

Happy 28th birthday.. walaupun merah mata, tetap maintain layan tetamu

Suapan untuk abah..

Untuk mama pula..

Ahad lalu, ulangtahun suami ke 28. Segaja memilih tarikh tu untuk buat majlis kesyukuran. Dah alang2 majlis raya, kira open house la tu. Hari Jumaat lagi family dari Sungai Petani dah sampai untuk jenguk cucu kesayangannya yang baru baik demam. Hari Sabtu sempat lagi ambil nenek dan pakcik di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung bawa ke Putrajaya. Husband pulak kena buat siaran malam minggu tu. So, tengah2 malam ke chow kitlah jawabnya. Sambil tunggu tak balik2, sempat lagi dok menyiapkan langsir baru (raya haritu tak sempat buat). Esoknya, tengok mata dah merah sebab kurang tidur. Kesian cik abang. Alhamdulillah dengan bantuan adik beradik dan sepupu, 12.30 dah setel. Memang banyak kami masak. Ada nasi impit, nasi, kuah lontong, kuah kacang, masak lodeh, ayam masak merah, sayur campur, rendang kerang, lemang, bubur merah, sup kaki ayam, dan paling special, sambal goreng jawa. Ada juga agar2 laici dan strawberi dan buah-buahan. Almaklumlah pertama kali buat open house dan meraikan rakan2 dan saudara mara. Memang tak menang tangan. Ambil gambar pun tak sempat. Meriah dan ramai sangat datang termasuklah Mimie, Nazie, adik2 praktikal, Sahabat, Azizul Khamis, Nurhaida, Ir. Mohd Dhalip dan GM KTM Antarabandar. Terima kasih untuk semua yang sudi datang berkunjung ke teratak kami. Maaflah ye kalau ada yang terlebih atau terkurang. Untuk suami, Selamat Hari Lahir.. Moga panjang umur dan menjadi suami dan abah yang baik untuk Zara.

ZARA BERAYA


KARNIVAL BESTARI KL08






Friday, October 24, 2008

POT LUCK RAYA KLFM

sHAH, Hj Manan Selamat, Daud Abdullah..

Sempat lagik..

With Nazie, Power Beb!

Hai kak Ina, tak makan ke? Jom makan mee kari

Rakan2 dari Karangkraf

Bersama Dato' D yang menawan

Meskipun berada di penghujung Syawal, dalam kesederhanaan, KLfm mengadakan POT LUCK RAYA KLfm semalam di pejabat KLfm. Dah namanya pun pot luck, masing2 dengan menu sendiri tak kiralah beli atau buat sendiri. Julia dan Mimie berkongsi tempah puding durian dan cendol special serta krim karamel.. Bila dah kumpul2, memang penuh meja depan belakang dengan menu. Soto Daud Abdullah, Cream Puff dan Rendang Haji Salehuddin, Daging kawah Paparay, Spageti Aein dan Zullastree, Tapai dan Dadih Hj Manan, Ayam Golek MK, Roti Jala Nia, Sate Azlan dan Team BK, Kari Ikan Elly dan banyak lagilah..Berbeza dengan tahun2 sebelumnya, tahun ini KLfm hanya mengadakan majlis raya untuk kakitangan, penaja dan pemenang Pos Kad Raya Dapat Duit Raya saja. Walaupun serba sederhana, tapi memang meriah dengan semangat kekeluargaan selain kehadiran rakan artis sepertis Kumpulan Kristal, Butterfly, Farawahida dan Aidil AF. Yang tak habis tu tapau bawa baliklah jawabnya.

Wednesday, October 15, 2008

BERSAMA KP DBKL

Bersama Datuk Haji Salleh Yusuf

Hai Dave, gaya mesti ada..

Ada gaya tak jaga panel?

Bagi mereka yang belum pernah bersua muka dengan orang kuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, inilah dia Datuk Haji Salleh Yusuf, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sebenarnya, ada kisah yang Julia nak kongsikan. Saya mengenali Datuk lebih 3 tahun, sejak bertugas di KLfm. Nak dijadikan cerita, ketika mula-mula mengendalikan konti satu sesi temubual telah diatur. Dan beliaulah orang pertama yang saya temubual di udara! Ketika itu beliau belum bergelar Dattuk dan lebih mesra dipanggil Tuan Haji. Dalam berdebar, alhamdulillah semuanya selesai dengan lancar. Beliau seorang yang peramah dan mudah mesra, sama seperti isteri beliau. Saya berkesempatan bertemu beliau ketika sesi temubual rancangan PIKA bulan puasa lalu dan dapat jugalah buat rakaman ucapan hari raya beliau. Moga kerjasama erat yang sedia terjalin antara KLfm dan DBKL berterusan pada masa depan.


Tuesday, October 14, 2008

RAYA SAKAN BERSAMA DJ2 KLFM

Inilah hadiah lukisan kucing yang kiut tu

Pose ala-ala perut dah kenyang. Tunggu nak landing je.

Bersama Puan Fee di pokok anggur emas Pak Khalid

MK dan kucing, bukan itik. Tapi MK ni memang suka kucing jugak. Gambar pun jadilah.

Ini baru sikit kuih di rumah Datuk Serigala. Banyak lagi sebenarnya.

Aummm.. sedap tau mihun sup ni. Tengok sajalah gaya kawan-kawan kita ni.

Uii.. menikmati hidangan Nazi dan Elly (dj baru KLfm)

Ini baru sebahagian. Sempat bergambar bersama-sama tuan rumah dan rakan-rakan Sahabat lain. Cuba tengok betul2 baju Julia dengan family Serigala. Sama kan?

Antara dj yang meluangkan masa untuk program Raya Sakan..

RAYA SAKAN!!!! Itu nama program yang baru je berlalu Sabtu lalu. Ini program yang julung-julung kali dianjurkan oleh KLfm dan saya bertindak sebagai penerbit. Bertujuan untuk menghargai pendengar yang setia, penyertaan untuk Program Raya Sakan telah bermula sejak 15 September lalu menerusi emel dan pos. Memandangkan ini kali pertama program sebegini dianjurkan, sambutan yang diterima cukup menggalakkan dari segenap lapisan pendengar. Mereka hanya perlu menyatakan dengan kreatif kenapa mereka ingin berhari raya dengan dj2 KLfm dan pemilihan dibuat menerusi undian2 oleh dj2 sendiri. Memang pening kepala dibuatnya untuk memilih pemenang. Semuanya hebat2 belaka.. Apapun, hanya 3 pemenang dipilih untuk kami kunjungi rumah mereka. Tahniah untuk Pak Khalid, Achu dan Datuk Serigala.

Kami tiba di rumah Datuk Serigala kira-kira jam 12.40 tengahari dengan dua buah van KLfm. Rombongan dj ke rumah pemenang hari itu disertai oleh Pengawal KLfm sendiri, Puan Fee Lin Chew yang sudi turun padang untuk memberikan sokongan serta rakan-rakan dj yang lain termasuklah Mimie, Nazi, Hezry, Azlan, Pool, MK, Kzie, Ain, Nik Aida, Ninie, Nia, Noreen, Azizah Sulaiman dan Elly. Memang gempak sambutan yang kami terima apatah lagi bila warna baju tuan rumah sama dengan baju saya, kuning raja!! Adoyai.. Lebih mengejutkan ramai sungguh sahabat lain yang bersedia menyambut kedatangan kami. Meriah sungguh. Siap ada jual beli pantun lagi. Juadah jangan cakaplah.. Selain hamper eksklusif dari KL International Hotel yang kami bawa bersama-sama juadah istimewa dari Restoran d' Tandoor, ada juga mihun sup istimewa resepi ayah dan ibu angkat Datuk Serigala sendiri. Kerana sibuk dengan rover ke konti dan liputan tv, saya hanya sempat menjamah kerepek2 dan kuih raya, sempat juga makan karipap yang sedap.. Siap ada ole2 dari tuan rumah lagi, kuih raya jenama eyzan dan pes briyani. Memang best!!

Rumah kedua yang kami serbu, Achu di Flat Sri Sabah. Saya memang tak sabar nak makan sebenarnya.. bukan hanya kerana perutku sudah lapar, tetapi juga nak rasa sendiri masakan yang dimasak oleh Achu sendiri. Kata Achu, dek kerana nak masak dan tak sabar nak beraya dengan kami, dia tak tidur lagi dari malam sebelumnya! Jangan tak percaya. Waktu diminta buat sedikit ucapan pun, Achu sebak dan rasa gembira dan teruja menyambut kedatangan kami. Jangan tak percaya, memang sedap sungguh kek coklat moist Achu, tambah lagi, saya ni memang hantu kek coklat. Selepas puas membelasah kek yang sedap tu, barulah menjamah nasi impit dan rendang Achu. Untung sapa dapat Achu yang rajin masak ni. Sedap pulak tu. Mimie pun tak melepaskan peluang menyambar gula2 strawbery yang Achu sajikan untuk kami. Memang favourite Mimie. Nasib Afiq tidur. Tak dapat nak bawa Zara sebab si kecik tu batuk teruk.

Masuk je van dah tak larat nak bawak perut. Rumah yang terakhir letaknya di Kg Baru. Masuk saja di rumah Pak Klalid, cukup terang benderang dan kami disambut dengan makanan yang penuh dari meja depan sampai belakang dapur. Pak Khalid ni memang suka mengemas dan mementingkan deko dalaman yang kontemporari. Paling penting, ada elemen kucing kerana Pak Khalid ni memang pencinta haiwan tersebut dan merupakan Setiausaha Persatuan Kucing Malaysia. Antara menu istimewa, roti jala dengan kuah durian, mee, nasi goreng dan lain2 lagi.. Siap ada teh arab lagi. Sebelum bergerak pulang, kami dihadiahkan dengan lukisan kucing yang cukup comel. Terima kasih banyak-banyak untuk semua pemenang yang melayan kami dengan cukup mesra sekali. Sesungguhnya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Terima kasih juga kepada semua dj yang bersama-sama turun padang untuk meraikan para pendengar!! Tak lupa juga untuk pilot kami, JurukopterKLfm Rahimdin dan Fitri. Terima kasih daun keladi semua..

Gambar : Terima kasih Badang Perkasa, Pak Khalid dan Unit Foto RTM - Abang Isa.

Monday, October 13, 2008

TRAGEDI SYAWAL YANG SADIS

TERIMA KASIH untuk anda yang dah mengundi mengenai tragedi yang paling sadis pernah Julia alami di hari raya. 66 peratus mengundi jatuh motor tepi sawah. bETUL!!! Memang itulah yang paling sadis. Kisah berlaku ketika berusia 13 tahun. Waktu tu baru nak berjinak2 bawak motor makcik di kampung. Takde lesen pun lagi. Ala, dekat je umah pakcik di Sawah sempadan dengan umah nenek. Dalam 5 minit je. Tapi yelah.. darah muda katakan, rasa nak test power tu selalu ada. Nak dijadikan cerita, entah macam mana rasa nak bawak laju sikit daripada selalu. Taklah laju mana pun. 80km/j jea. Konon nak kona baring. Tetibe je dah sampai pulak lorong yang dituju. Alamatnya tekan brek mengejut. Aduhh.. sakitnya tersepit bawah motor sendiri. Yang lebih sadisnya sebab bawa mak. Biarlah tersepit, yang penting mak tak apa-apa. Tulah.. nak buat kona baring lupa yang bawa mak kat belakang. Alhamdulillah mak ok. Terkejut je. Padan muka kena marah. Hehe. Nasib baik ada sorang abang tu lalu dan tolong anak dara yang tersepit bawah motor ni. Aduh malunya.. Sempat lagi cover cun. Rasa macam ok je. Boleh lagi bawak mak sampai umah pakcik. Sampai je sana rasa tetibe seram sejuk dan tetibe gelap duniaku..... zzzzz.. bukan tidur tapi pengsan. Besar luka kat lutut ni rupanya. Sakitnya jangan cakaplah.. Sekarang motor tu pun dah selamat sampai ke rumah makcik di Kg Sungai Buaya, Rawang. Huhu... Sian mak.

KEDUA - KEMBUNG JARI DEK MERCUN
Waktu tu mercun belum lagi diharamkan. Baru darjah dua tahun 89. Waktu yang memang menyeronokkan bagi kanak-kanak menyambut raya. Alkisahnya di kampung Tg Karanglah jugak. Dapat mercun yang pakcik beli. Orang nak main kita pun nak main tapi tak tahu. Sepupu dah cucuh api, awak dok pegang lagi. Siap tergamam. Alamatnya lebabom!!! Meletup di tangan sendiri. Nasiblah mercun kecil2lan. Dek takut kena marah, terus lari dan masuk dalam bilik menangis versi senyap2 takut nenek dengar. Akhirnya, pecah rahsia bila mak masuk. Pelan2 bagitahu mak. Mak terus sapukan ubat pada ibu jari yang dah kembung tu. Lepas tu memang tak berani pegang mercun. Cuma adalah joint abang dan adik main meriam bawah pokok jambu depan umah. (skang pokok jambu pun dah tak ada, batang meriam pun entah ke mana).

KETIGA - TERGOLEK JATUH DARI MOTOR
Ketika itu, Hari Raya Pertama zaman anak dara ler. Lepas bersalaman dengan ahli keluarga, waktu untuk ke rumah sedara mara di sebelah. Naiklah motor dengan abang (sekarang dah anak 3 orang pun). Ala2 dok simpuh tepi gitu. Siap pakai high heel lagi. Belum sempat kata dah sedia, abang pulak dah pulas minyak. Gedebuk.. tergolek jatuh dari motor. Jatuh juga setitik dua titisan airmata jernih.. Tapi skang dah tak dapat naik motor dengan abang macam dulu. Masing2 pun dah ada family sendiri. Hailah kenangan..

Saturday, October 4, 2008

SYAWAL YANG PENUH MAKNA

Sonoknya si kecik berbaju kurung kuning - Di rumah ayahanda, Klang.

Di tangga inilah pose wajib setiap tahun. Kecut muka zara kepenatan- Rumah nenda di Tg. Karang

Nak lambung Zara ke mama? Sempat pose di sawah depan rumah pakcik


1, 2, 3.. seriusnya si kecik ni ambik gambar
Keluarga bahagia

Inilh kakak iparku bersama Nur Alia Farhana.. jap lagi boleh main masak2 dengan zara yea


Bergambar bersama Nenda Seringatun, kakak(baju oren) dan adik (belakang)


LEBARAN MENJELMA LAGI.. Tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran Zara. 30 September baru Julia mula bercuti dan sempat lagi menyiapkan dua jenis kuih raya. Malam raya sempat lagi menjengah bandar Klang untuk cari baju raya. Balik baru masak untuk juadah pagi raya. Apalagi, nasi impit, ayam masak merah, kuah lodeh dan sambal kacang. Tahun ni seronok kerana giliran untuk beraya di Klang. Dapatlah berkumpul ramai2 dengan adik-beradik lain. Tahun ni tema kami kuning raja dan biru laut. Lebih seronok juga dapat beraya dengan keta baru. Hehe..

Raya pertama di Klang dan terus ke Tanjung Karang untuk menziarahi pusara arwah mak dan ke rumah nenek.. Petang dah gerak balik ke Klang untuk beraya ke rumah adik beradik belah bapak pulak. Tahun ni agak berbeza kerana tak nampak budak2 naik basikal beraya dari rumah ke rumah macam dulu. Kalau tidak, orang tak balik sembahyang raya lagi rumah dah penuh budak2 beraya.

Raya kedua pagi baru bertolak ke Sungai Petani. Alhamdulillah selamat sampai walaupun agak sesak di Perak. Meriahlah raya tahun ni dengan gelak tawa si kecik zara. Tak sempat nak duduk. Ramailah yang nak dukung dan jaga., Bolehlah mama dia buat kerja. Di Kedah memang meriah dengan makanan. Mak mertua pun memang rajin masak apatah lagi dengan kepulangan anak2.

Sempat juga beraya ke rumah sanak saudara belah suami di Penang dan Jitra.. Meriah jugalah si Zara dengan duit raya. Syukur alhamdulillah. Balik dari Kedah sesaknya jangan cakaplah.. Tapi sebelum memulakan tugas pada 8 Okt, sempatlah jenguk saudara mara lain di Bukit Beruntung dan Kuang...

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...