Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Day 47 : Eiskandarshah Mukhriz

Harini bawa Mukhriz ke Paeds HPJ untuk TSB Jaundice. Risau juga sebab sepatutnya dh xamik darah.

23hb ni appointment utk baby jumpa Dr. Ya Allah. . Moga tiada apa yang merunsingkan hati.

Inilah picca terbaru Baby Rizz. Boolat dh pipi dia kan. Baju pun dah muat. Angkat pun dah rasa. Alhamdulillah.  Moga anakku diberikan kesihatan yg baik.

Tuesday, July 8, 2014

8 Julai 2014 : Sedapnya Coklat Brownies

Yummy kan brownies ni. Dark chocholate brownies yg ditambah dengan kacang almond di dalamnya. Meme auper yummy!

Sunday, July 6, 2014

Kek Coklat Moist

Lama dah janji nak post masakan pertama guna Mr. K. Jeng jeng. . Inilah dia coklat moist yg sedap dan gebus...

Thursday, June 26, 2014

Main masak2 dengan Mr. K

Tadaaa... hari yg sangat hepi untuk mengupdate blog. Pantang hari ke-35. 9 hari je lagi nak habis tempoh berpantang. Seronok juga ya dok umah jaga anak. Tapi xdinafikan, lebih letih drpd bekerja. Salute pada mak yang jaga 6 org anak tanpa mengeluh.

Dari awal pagi dh mula bertugas.  Berpantang kat umah sendiri rasa ada jr nak dikemas.. dibega dan digodek sana sini. Misi harini 5s dapur. Almaklumlah mr. k dah mai.. hehe

Semenjak oven lama rosak tak sampai setahun dan lebih meranapkan hati bila kata xd spare part. Sejak itulah diriku tidak membaking kek yg dibakar. Mencari menu yg dikukus ajek.

Semalam, 25 Jun 2014 abah dah tunaikan impian mama.. belikan oven baru sbg hadiah my little four.

Mama xd nak minta emas berkilo jauh sekali diamond bling2. Mama mampu je nak beli oven ni tapi beza bila dia dihadiahkan oleh suami tercinta.

Terima kasih abang. I love u soooo much!

Kenapa mama pilih mr.k ? Saiz dia xkecik.. xbeso.. 52liter jek. Cepat nak siap kalau buat sekut raya. Design pun mama suka. Dan jenama mmg mama percaya.

Dengan mr.k ni mama masak ayam golek, buat kek dan biskut raya utk anak2. Seronok dapat masak sama2 ngan Zara. Dia punyalah excited nak menolong.

Nak tau apa masakan pertama gunakan mr.k? Tunggu next entri ye.

Wednesday, May 28, 2014

Tahniah Zara dan Mirza

27 Mei - Sambutan Hari guru dan ibu di tadika zara dan mirza. Sejak jumaat xsekolah sebab mama bersalin.

Dari malam zara dok ingatkan mama utk pegi juga sekolah selasa tu. Semua brg termasuk sticker utk pertandingan buat kad mama dah beli. Hadiah utk cikgu pun tgh2 malam mama dah siapkan. Baju zara dan mirza mama dah sediakan utk tidak menghampakan mereka berdua.

Cuma.. mama xdpt nak dtg ke sekolah. Kali ni abah seorang yang datang temankan anak2 mama.

Wp xdpt juara.. zara dan mirza dpt tempat ke6 dan 7. Xpelah. Berlawan dengan 2 kelas. Bukan main seronok lagi mereka.

Kata cikgu.. wp mrk xdpt datang dan sepatutnya zara lead vocal.. dia tetap bljar tarian wp dlm masa singkat.

I love u anak2 mama. Tkasih abah juga.  Balik rumah mrk hadiahkan mama sejambak bunha buatan mrk di sekolah.

Thursday, May 22, 2014

Minggu ke35

Minggu ke35 dah. Kejap je kan. Baby pun dah buat gimik kontraksi dari semalam. Kejap2 kontraksi xsampai 10 minit. Mama dah saspen. Hehe.

Harini Mama dan Abah cuti. Pak Uda nak nikah sabtu ni. Banyak nak kena buat. Tapi paling penting harini nak scan baby kat klinik baru Poliklinik Annur di Mahkota Cheras. Sejak kakak Zara Mama check-up di sana. Lama tak tgk baby ;) Harap2 sihat baby Mama.

Wednesday, April 30, 2014

Surah An-Nahl

8 bulan usia kandungan #mylittlefour.  Sambil2 tunggu turn nak ANC, teringat pesan seorang kenalan, Mejar yang juga merupakan imam Masjid Muhammadi Angkasapuri.

Katanya,  jgn lupa hafal surah An-Nahl ayat 78 ni, apatah lagi waktu bersalin nanti. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu yang lain. Moga Allah permudahkan.

Thursday, March 20, 2014

Takde kerja

Haha.. inilah hasilnya bila xd kerja. Habis anak2 buah dan anak sendiri kena buli ngan mama dan cik na.

Ce tengok gambar ni betul2 dan teka siapa? Tadaaa... Kuding, Acap, Mirza dan Emir bila pakai tudung Aliya.

#mylittlethree : 1 tahun 9 bulan

Emir dah nak masuk 2 tahun. Xlama lagi abg emir nak dapat adik dah. Tapi emir masih menyusu badan. Hajat mama nak susukan emir sampai 2 tahun mungkin xsampai. Terpaksalah stop awal insyaallah hujung bulan ni.

Tapi mama sebenarnya nak kongsi gambar2 Emir yang terbaru. Diambil masa kenduri kawin Uncle Duke 16 Mac 20 14 lepas. Kemain Emir dok posing sendiri tanpa mama suruh.

Kiut sangat!

Check-Up 25 weeks

Masuk 6 bulan setengah usia kandungan mama. #mylittlefour pun dah makin kaut menendang. Dr Aziah kata baby boy. :)

Mama dah start cari2 nama utk baby. Setelah beberapa hari tunda nak ke klinik.. harini awal2 pagi lepas antar zara dan mirza.. abah juga, mama drive ke klinik kesihatan.  Abah kena ada awal di opis sebab nak prepare untuk ucapan YB Menteri. Lepas habis check-up ni pun mama akan bergegas uruskan perkara sama.

Harap2 baby mama sihat2 je. Abang3 dan kakak xsabar nk tgu baby...

Wednesday, March 5, 2014

#mylittlefour 6 Bulan

Bismillahirrahmanirrahim...

Harini 5 Mac 2014. Kejap je dah 6 bulan usia kandungan Mama.  Dugaan mama kali ni sebab pertama kali kena serangan asma waktu mengandung. Bukan saja kerana batuk, jerebu teruk juga menambah teruk sakit dada sampai mama tersadai.

Tuesday, January 28, 2014

#mylittlefour : 18 weeks

Kejap je rasanya dah 18 bulan bersamaan dengan 4 bulan setengah usia kandungan #mylittlefour. 14 Januari 2014 : Maulidurrasul lepas terasa kali pertama tendangan jelas si kecik mama ni. Malam tadi tambah kuat. ;) Excited nak check-up dan scan ptgni di KK Presint 3.. Agak2 dh nampak jantina lum? Hehe

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...