Wednesday, April 16, 2008

BERMULA SEBUAH KEHIDUPAN ANAK KECILKU

13 Februari 2008
Hari ini hari kedua untuk puteri kami. Lena lagi anak mama ni. Nurse dah siapkan air suam untuk lapkan badan zara.. Dalah kesakitan yang masih terasa, perlahan-lahan ku belajar memandikan zara. Kecilnya tapak tangan dan kaki, beginilah juga mama dulu. Betapa besar kasih ayah dan ibu yang membesarkanku. Kalaulah emak masih ada.. pastinya dapat melihat cucu perempuan mak.. Masuk 10 tahun emak pergi meninggalkan kami, betapa pantas waktu berlalu, aku pula kini bergelar ibu.. Sayu rasanya..
Suami datang bersama keluarga mertua dari Kedah. Bukan main seronok lagi mereka. Manakan tidak, cucu sulung katakan.. Paling seronok, suami datang dengan 2 jambak bunga yang besar. Cantik sangat sangat. Ros merah jambu yang sangat cantik warnanya dan satu lagi ros merah dan bunga lili. Abang memang insan paling memahami.. Terima kasih bang. Cantik sangat.
Sampai di rumah, bermulalah episod berpantang. Makan nasi dengan ikan singgang, lada hitam tumbuk dengan kunyit dan halia menjadi santapan.. Mandi pula dengan air bercampur halban dan serai wangi. Hanya mengharapkan kasih ibu mertua. Kalau emak masih ada..
15 Februari
Baru empat hari ebrsalin terpaksa travel jauh, 'outstation' ke Sungai Petani. Mak mertua jaga ketika berpantang. Terpaksalah bawa perlahan. 6 jam baru sampai. Aduhai.. Bermula episod mata lebam, berjaga malam. Kasih suami dan ayah, suami balik setiap hujung minggu untuk jenguk zara dan mak dia sekali...

Thursday, April 3, 2008

KELAHIRAN YANG DINANTI

9 Purnama menanti kelahiran
Puteri sulung cinta hati kami..

Assalamualaikum... Rindunya nak update blog nie. Bukan apa.. terasa macam zaman sekolah dulu, cuti sekolah dua bulan. Jadi, berkobar-kobarlah nak kembali memulakan tugas di Klfm dengan siaran pertama Ladies Nite semalam.. Huhu.. serem juga takut salah tekan punat kat konti.
2 bulan cuti bersalin rasa lama tapi bila dah habis pantang, macam tak percaya dah berlalu semua detik cemas tu. Apatah lagi bila tengok wajah puteri kesayangan, zara qistina.. penat pun hilang. Betullah yang julia dengar pengalaman orang lain sebelum ini. Anaklah pengarang jantung dan pengikat kasih sayang. Syukur pada Allah atas kurniaan terbesar buat kami.
Meniti saat-saat kelahiran zara qistina..
11 Februari
Kali kedua buat check-up di Klinik Ibu Mengandung PPUM. Ingat lagi pesan doktor, sekiranya ada kontraksi yang semakin meningkat, terus saja datang ke sana. Biarpun melalui beberapa proses termasuklah scanning, debaran menanti tarikh anggaran kelagiran 28 februari tetap ada.
Malam tu, kecoh-kecoh depan rumah. Rupa-rupanya rumah jiran selang beberapa pintu kena pecah masuk. Kesian tengok auntie tu menangis-nangis. Habis barang kemas anak-anaknya kena rompak. Dekat pukul 2 pagi jugalah settle semuanya.
12 Februari
Jam 7.30 pagi tetiba terasa lain macam. Ini ke air ketuban? Telefon mak mertua, mungkin cuma tanda awal. Al maklum sajalah dua minggu lagi tapi mama ada pesan kalau dakit makin kerap, terus bergegas ke hospital.
8.30 pagi - perut terasa membuat formasi jongkang jongkit. Kejap meleper, sekejap ke kanan dan ke kiri. Sempat ambil gambar lagi.. Hehehe. Tak berlengah, suami terus suruh bersiap. Baru berangan nak bersarapan pagi ni dekat kedai mamak.. macam tak jadi je.
Kontraksi semakin kerap dan hanya mereka yang bergelar ibu sahaja tahu betapa sakitnya.. Zikir dan ayat kursi tak lekang dari bibir. Sesakit manapun, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kelahiran. Hanya sempat meneguk sedikit air yang telah dibacakan Yasin oleh suami.
Sampai saja di PPUM, terus disorong dengan kerusi roda ke tingkat 3, wad bersalin. Ditempatkan di katil no 12, sebenarnya masih blur.. ni memang nak bersalin ke apa? Suami duduk di luar, tak boleh masuk menemani isteri kerana sebilik ada dua orang.
Tepat jam 1 tengahari, doktor sahkan bukaan dah 5 cm. Alamak.. takutnya.. Hanya pada Allah saja kuserahkan segalanya. Antara hidup dan mati, semoga segalanya dipermudahkan. tak lupa doa Nabi Yunus yang mama pesan.
Menanti waktu sejam demi sejam.. tepat 4.00 petang, kesakitan terasa yang teramat sangat. Dalam kelaparan, al maklum sajalah perut kosong. Tapi doktor kata tak boleh makan. Laparnya... huhu.. selepas beritahu doktor, 4.15 petang segalanya bermula.. Kukuatkan semangat dengan zikrullah.. alhamdulillah selamat melahirkan bayi perempuan tepat jam 4.29 petang.. Hanya Allah saja yang tahu kesyukuran pertama kali menatap wajah anakanda tika diletakkan di atas perut, selepas lahirnya ke dunia. Hilang sejekap semua kesakitan..
4.45 petang - Bermulanya proses yang rasanya lebih menyeramkan. Proses menjahit pun bermula dan hanya berakhir jam 5.45 petang. Berpuluh jahitan. Paling menyakitkan bila doktor menekan kapas untuk menghalang darah dari banyak keluar..
6.00 petang - seronoknya bila dapat makan. Cukuplah dengan 2 keping biskut kering dengan air Milo. Syukur alhamdulillah. Barulah rasa keletihan sampai tertidut selepas menyusukan zara seketika buat kali pertama. Indahnya detik-detik ini.. Nurse sempat memberitahu, suami dah iqamatkan anak..
7.00 malam - Dalam keletihan, kutatap wajah suami kesayangan keluar saja dari wad bersalin. Dapat kulihat airmata suamiku mengalir. Bagaikan tidak percaya kami telah menjadi Mama dan Abah, paling penting segalanya selamat..
Nur Zahra Qistina bermaksud Cahaya Bunga Kebijaksanaan.. Semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada kedua ibu bapa dan bunga hati mama dan abah yang bijaksana dalam segala hal..
Semalaman di PPUM, tidur tak lena dengan sakit jahitan dan mimpi kena jahit. Hehe.. Malam pertama tidur dengan baby di sisi. Lenakan tidurmu anakku.. Mama ada disampingmu..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...