Monday, August 31, 2009

NOSTALGIA RAMADAN 1 - AKU DAN JAMBU



Ramadan datang lagi. Syukur diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa meskipun sarat mengandung.. Bila diingat-ingat, banyak sangat kenangan zaman kecik-kecik dulu ketika berpuasa, ketika mak dan bapak masih ada.

Waktu tu darjah 1. Pagi sekolah kebangsaan, manakala petang duduk rumah. Darjah 2 baru saya mula bersekolah rendah agama. Pening juga mencari aktiviti petang sementara menunggu berbuka puasa. Dugaan.. dugaan.. apa saja didepan mata dah nampak sedap sangat dah..

Di rumah kawasan kampung jadi banyaklah pokok buah-buahan, termasuklah pokok jambu yang buahnya tengah masak ranum. Kawan bermain petang-petang masa tu, Ita anak tokey kelapa di belakang rumah. Nak dijadikan cerita, kebun yang pokok jambu masak ranum tu milik bapaknya.. apa lagi, kautim sama-sama panjat pokok. Julia panjat pokok jambu? Jangan tak percaya. Berkat kegigihan memanjat pokok kopi tepi rumah, kalau setakat panjat pokok jambu air tu tak de masalah lah..

Watu tu kira dah petang, dalam jam 4.00. Bukannya lama sangat pun nak menunggu buka puasa. Namanya pun budak. Apa lagi, Projek X lah. Kalau dah panjat pokok jambu berdua buat apa lagi. Siap tunggu azan asar berkumandang dari surau, kami pun siap baca doa buka puasa dan ngap!! haha..

Bukannya banyak sangat pun makan. Tapi kalau dah makan dengan sengaja.. faham-faham sajalah. Balik rumah siap boleh sambung puasa.. Sungguh tak aci. Lepas buka, baru bagitau mak pasal makan jambu. Nak marah pun dah selamat masuk perut. Tapi tu sekali jelah.. tak buat lagi yek..

Monday, August 24, 2009

SUARA SISWA @ UiTM



Hai semua.. tetibe ada story? Masukkan gambar dulu, cerita kemudian. Janganlah terkejut. Baru sempat. Bagi alumni ITM dan UiTM pasti tau kat mana lokasi ni. Kat mana lagi kalau bukan Menara yang penuh nostalgia.

Saya mula menjadi mahasiswi pada Jun 1999, ketika itu masih lagi dengan nama ITM. Saya sangat bangga mengatakan bahawa cita-cita saya memang untuk menyambung pengajian ke sana. Semua borang yang diisi dalam UPU adalah pengajian di ITM. Bila berjaya masuk, tercapailah impian untuk menyambung pengajian dalam Matrikulasi Mass Comm, last batch!! Kelas yang penuh nostalgia di Meranti.. Masih terbayang2 keenakan roti canai di Seksyen 2 yang lama..

Baru-baru ni (sebelum puasa) saya berpeluang menjengah kembali ke UiTM untuk rancangan Suara Siswa terbitan suami. Sampai di menara, bagaikan terpana melihat pelbagai perubahan yang berlaku. Canseleri bertukar menjadi Galeri Tuanku Nur Zahirah yang mempamerkan koleksi student AD yang tidak boleh disangkal kehebatannya sejak dulu. Cafe Nescafe dah lama tiada. Depan PTAR pun dah banyak berubah dengan galeri dan ruang jualan bagaikan muzium ternama dunia. Tiada lagi port fotostat di bahagian bawah menghala ke HEP. Laluan ke PTAR pun dah berubah jauh mempamerkkan wajah-wajah graduan dan alumni UiTM sejak tahun 1956 - 2006. Nak kucari sekeping gambarku pun susah.. manakan tidak, jutaan wajah dan gambar menghiasi ruang tersebut.

Malam tu, panel ialah Tan Sri Dato VC yang sangat saya kagumi. Bangga dapat bertemu semula dengan beliau yang tetap 'maintain' muda.









KARNIVAL MINI KLFM


Lihat perutku.. haha

Jangan sesekali anda terkejut bila tengok gambar-gambar ni. Bukan apa, berat pun dah semakin naik, muka pun semakin tembam. Ini antara gambar-gambar sempena KArnival mini KLfm baru-baru ni. Jangan tak tahu, Julia jadi tokei karaoke hari tu. Apapun, yang datang menyanyi pun bukan sebarangan. Semuanya gempak belaka. Terima kasih atas sokongan semua. Mohon maaflah atas segala kekurangan jika ada.

.

.
Riang ria masyuk..


Azmir Arif pun ada tunggu nak buat show..


Bukan sekadar pose, beli betul tau..


Rizal(praktikal), Julia, Yatt dan Nikki




Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan




Alhamdulillah, ramadan datang lagi. Cumanya, ramadan kali ini berbeza dengan sebelumnya. Buat pertama kali menyambut ramadan tanpa ayah dan ibu.. Moga roh mereka ditempatkan dikalangan hambaNYA yang beriman dan dikasihi. Moga kehadirannya dihayati dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran. Mohon maaf atas segala kesilapan damada yang sedar atau tidak daripada Julia sekeluarga.


Menu Ramadhan @ KLfm






Anda suka mencuba resepi baru? Kalau ya, apa kata dengarkan Menu Ramadhan @ KLfm yang bakal menemui pendengar bermula 24 Ogos ini. Bukan hanya dapat resepi, tetapi pendengar juga berpeluang untuk menjadi pemenang harian menerusi soalan kuiz mudah berdasarkan menu yang dikeudarakan dan berbuka puasa dengan penyampai-penyampai Radio Malaysia KLfm. Menu akan dikeudarakan pada jam 12.45 tengahari dan ulangannya 4.15 petang. Pemenang juga akan menerima langganan selama 3 bulan majalah Rasa!! Terima kasih kepada Hotel Antarabangsa Kuala Lumpur, Saloma Bistro dan Majalah Rasa terbitan Karangkraf.



Kuiz Merdeka 1 Malaysia



3 Ogos lalu bermulalah Kuiz Merdeka 1 Malaysia KLFM dan Hafiz Jewel. Apa yang pasti, saban tahun KLfm tidak sunyi untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan dengan pelbagai cara termasuklah kuiz merdeka. Bezanya tahun ini, kuiz turut menerapkan eleman 1 Malaysia yang hangat diwar-warkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Yang pastinya semua pendengar haruslah mengumpul kesemua 5 soalan harian dan keputusan diumumkan selasa minggu akan datang. Hadiah jangan cakaplah.. Pemenang mingguan berpeluang memenangi barang kemas paling rendah bernilai RM 2500 dan setinggi RM7000!! Jumlah keseluruhan RM15000!!! Syok betul kalau menang. Dapatlah bergaya pagi raya nanti!! Puan Penerbit ni dapat tengok jele.. Hehe.. Apa lagi kalau anda terlepas nak turut serta, peluang masih ada untuk minggu terakhir 24 - 28 Ogos ni..

Hafiz Jewel ke Habib Jewel? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada juga yang tak pernah dengar mengenai Hafiz Jewel ni. Tapi inilah usahawan muda yang semakin meningkat naik. Nak tahu lebih lanjut apa kata klik saja di sini

JULIA@Jelajah Kampus

Sempat pose si set siaran langsung Hits 1

15 Jun 2009 merupakan edisi pertama siri Jelajah Kampus ke UKM namun ini bukanlah kali pertama kali turun sempena Pesta Konvo UKM. Kali ini lokasinya di Dataran Gemilang UKM. Dari awal 8.00 pagi kami dah berada di sana untuk memeriahkan tapak Pesta Konvo ke37. Julia, Kak Azizah, Sonic dan Mimie lah yang ada. Team petang akan turun untuk showcase. Memang meriah apatah lagi dapat bertemu adik-adik mahasiswa di sana. Cuma agak rentung jugalah dari pagi sampai jam 2.00 petang. Apatah lagi dalam keadaan 'buyung' cenggini. Panas macam nak pitam. Tapi yang bestnya sempatlah menyinggah gerai-gerai tudung yang menawarkan harga yang cukup best!!

Tuesday, August 4, 2009

H1N1 : CEGAH Sebelum Kena

Pandemik Influenza A H1N1 atau selesema babi semakin merunsingkan. Dengan catatan lebih seribu kes dan menghampiri 10 kematian setakat ini menjadi tanda amaran buat rakyat Malaysia terus mengambil langkah berhati-hati bagi mencegah jangkitan. Semoga ia dapat membantu rakan-rakan bloggers memahami cara pencegahan terbaik dan berkongsi maklumat dengan yang lain. Maklumat lanjut mengenai H1N1 hubungi 88810200 / 0300 atau Klik di sini

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...