Showing posts with label XTVT KLFM. Show all posts
Showing posts with label XTVT KLFM. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Wink Wink-- Floria 2011

12 Julai 2011 - Lamanya tak jumpa di laman maya ni. Oh blog yang ku rindu. eceh... Hari ni merupakan hari ke-4 kami berada di Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya 2011. Berlangsung di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.. tema kali ni pastinya bunga kesayanganku, Mawar Untuk Selamanya. Ini bukan kali pertama KLfm memberikan sokongan terhadap penganjuran Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini tetapi bezanya, sepanjang 9 hari kami di sana!! Wahh.. memang rentungismlah gamaknya. Tapi kerana tanggungjawab sebagai Penerbit bagi aktiviti KLfm di lokasi bersama-sama Leez, insyaallah dipermudahkan meskipun terpaksa melupakan konti sepanjang minggu tersebut.

Apa yang hebat kali ni?
1. Bunga Api
Kalau sebelum ni, memang ramai juga yang menjengah pada waktu malam. Tapi kali ni lebih lagi memandangkan perarakan Floral Kementerian Pelancongan Malaysia dan percikan bunga api sepanjang malam hingga tamat.
2. Lebih Selesa
Berbanding tahun lalu, kali ini lebih baik kerana keseluruhan tapak pameran dan jualan telah ditar. Terbaharu, dimaklumkan bahawa ia akan menjadi tapak kekal Floria Putrajaya. Jadi, tiadalah masalah 'berkubang' ketika bersiaran di lokasi.
Lokasi kami tahun ni pun berbeza dengan tahun lalu. Berada di laluan utama pintu masuk, kami lebih ceria kerana dapat lebih dekat dengan pengunjung yang memang sporting.
3. Tandas
Tahun lalu ada dan tahun ini lebih lagi. Lebih besar, lebih banyak, lebih bersih. Tahniah!!
4. Trem / Buggy
2010 saya seronok sangat dapat naik beca juga akhirnya yang didatangkan khas dari Melaka untuk Floria 2010. Kali ni, tak perlu berebut kerana banyak buggy/trem yang disediakan khusus untuk pengunjung. Rakan2 yang drive trem/buggy pun sporting semuanya. Pasti singgah di booth KLfm. ;) Bestlah korang. Siap bawa kami jalan2 dan belanja aiskrim lagi.!
5. Luas, kondusif
Lokasi setiap taman dan venue acara yang lebih tersusun dan variasi untuk pengunjung. 12 taman untuk dilawati. Hebat!! Siap ada Taman terapi lagi tahun ni.
Nak cakap banyak pun tak guna. 9 hari, 9 - 17 Julai 2011 acara berlangsung. Luangkan masa bersama keluarga.. pasti berbaloi. Jangan lupa singgah jumpa kami di KLfm ya!! Wink wink***


Wednesday, July 7, 2010

Teh Tarik 1 @ Restoran Ikan Bakar Sekinchan

Inilah duniaku saban malam isnin sejak Mei lalu. Sebagai Penerbit untuk program Teh Tarik 1!! Berkongsi Citarasa 1 Malaysia. Setiap minggu jugalah kami akan bersiaran secara langsung selama sejam di restoran-restoran sekitar KL dan Lembah Klang. 10 orang pengunjung bertuah termasuklah owner kedai akan kami 'tangkap' untuk on air dan buat pilihan lagu secara 'live' terus dari lokasi. Mintak terus dapat. Jangan tak percaya. Kalau tak percaya, mana-mana owner kedai yang berminat boleh hantarkan cadangan ke emel djjulia@kl.fm atau hubungi sahaja pejabat KLfm talian 03-2288 7475. Teh Tarik 1!!!!!!

Thursday, April 8, 2010

Aqeel Imran dan Kisah Belon



7 April 2010 (Rabu) tepat jam 11.15 pagi lahirlah seorang lagi bakal penyampai KLfm.. hehe.. Itulah sikecik comel Aqeel Imran bin Mohd Iznan, buah hati sulung Dj Nazie dan Che Gu Nan @ Babah Nan. Debaran lahir secara pembedahan di Hospital Ampang sudah berakhir buat Nazie yang cukup aktif sampailah ke detik melahirkan. Ibu mana tak rasa gentar melahirkan buat kali pertama. JAdi, Julia, Mimie, Leez dan warga KLfm yang dah bergelar ibu nilah menjadi penasihatnya. hehe.

Rombongan Che Kiah ke Hospital Ampang pada 8 April 2010 termasuklah Kak Shahizan Jelas sebagai Ketua Rombongan, Kak Azizah Sulaiman sebagai AJK Pengangkutan, Julia sebagai Jurugambar terjun, Aen AJK Belon, Sonic a.k.a Koko MrGodfather dan paling penting Abang Hairi selaku Pilot. Thanks Abg Hairi bawa kami jalan2 pusing KL. Abg Hairi memang best. Pandai2 je bahagikan nama Ajk yek. Hehe..



Kalau nak tahu, inilah Belon yang menjadi pelakon utama selain Aqeel heronya. Aen yang tak berapa berani dengan belon dah siap2 belikan belon biru ni jauh nun dari Bangsar, khusus untuk si kecik comel Aqeel. Sampai di Hospital Ampang, Koko menjadi perhatian. Siap ingat Koko jual belon lagi.. hehe..

Nak masuk lif je kami kena soal. Nak kemana dik? Nak naik ataslah kak, nak melawat kawan. Dengan belon tu sekali? Tanya akak pengawal tu
Iyelah kak. Jawab kami ringkas.
Nanti akak tanya boleh tak bawa naik belon tu. Tunggu.
Tercengang sekejap. Tak boleh ke? Ermmmm.. dalam konpius kami pun tunggulah dengan penuh kesabaran.

Tak boleh bawa naik belon2 tu. Sister yang bagitau. Kalau nak satu atau dua je. Katanya
Kami tak membantah. Akur saja dengan arahan. Dalam hati.. kenapa tak boleh ye?
Tapi takpelah. Kami tinggalkan selebihnya di bawah untuk akak pengawal tu jaga. dah terbayang2 wajah sikecik Aqeel.
Tak sabar..



Inilah wajah suami Nazie, Che Gu Iznan dan bapak angkat Aqeel, Papa Ko. Boleh? hehe.. Masa Iznan jauh di Sabah kerana bertugas di pedalaman, Soniclah 'tukang tengok2' Nazie. Alhamdulillah Iznan dah kembali ke semenanjung dan bertugas di KL.


Majlis penyerahan baki belon..


Bukan main seronok lagi.. Cameraman di belakang tabir..


Julia dan Aen.. muka lapar sebelum dibelanja Mama Jaja @ Kak Shahizan Jelas.


Duta kempen H1N1. Boleh ke?


Ahli rombongan :)

Untuk Mummy Aqeel dan Babah Nan, tahniah atas kelahiran buah cinta kalian. Moga kehadiran Superman Jr, Aqeel menambahkan keceriaan anda berdua. Aqeel.. bila nak on air ni?

Sunday, February 8, 2009

KLFM@HARI WILAYAH ( Hari Pertama)










Awal Februari setiap tahun pastinya hari yang cukup sibuk untuk semua warga KLfm. Yelah, kan Hari Wilayah. Sebagai stesen dengan pendengar wargakota, kami turun padang lagi tahun ini untuk memeriahkan Sambutan dan Festival Hari Wilayah yang telah berusia 35 tahun. Sebelum tu lagi memang dah sibuk dengan persiapan menjelang hari sebenar. Julia pula bertugas sebagai Pengacara Majlis Pelancaran oleh PM jadi, sejak Jumaat lagi dah sibuk dengan raptai seawal pagi lagi.
Hari pertama KLfm di Taman Tasik Titiwangsa, lokasi sambutan Hari Wilayah untuk tahun ke3 dengan serba oren. Bukan bertukar warna rasmi cuma bertukar selera untuk sehari dengan warna oren terang benderang. Pagi lagi dah nampak mendung. boleh kata semua warga kerja KLfm turun padang, inilah masanya untuk kami bertemu pendengar. Diorang boleh beli cenderamata KLfm, booth dari Buku Prima, Dunia Herb, Hijrah Marketing pun ada. Dan lagi, novelis dan artis pun ada. Masuk tengahari memang awan dah tak terbendung, hujan selebat-lebatnya. Dengan booth2 kami pun lenjun. Banyak juga game tak dapat buat sebab hujan yang tersangatlah lebatnya. Tapi, Klfm tetap bersiaran secara langsung di konti sementara kami. Apa cerita hari kedua ek? tatatititutu. Adios..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...