Thursday, January 22, 2009

FUTSAL OH FUTSAL



Tak menang game, memang pose jadikla


Kita minum MILO dulu..


Ai.. nak buat part time bawak lori pulak?


Nak puas minum kenalah amik gambar. Time kasih pakcik Milo!!


Inilah our Coach - Mr Sepoket


Ninie noneng..


Team KLfm & Kelab Kucing Malaysia


Sesi bergambar beramai. J Sham pun ada..


Boleh jual tak kire emas putih 916?


Inilah piala yang kami menang? Kiut kan?







NAK dikatakan hebat main futsal memang jauh sekali la. Mana tidaknya, kali pertama main sebelum kahwin dulu2. Ini baru kali kedua nak main tanpa latihan. Stretching pun ala kadar je. Baru-baru ni, kami memenuhi jemputan Perlawanan Futsal Persahabatan dengan Kelab Kucing Malaysia di Total Futsal, Pandan Perdana. Tetibe pulak dapat posisi Keeper lagilah tak pernah. Julia, Ninie, Ain Kaka dan Elly je yang main. Kalau tengok aksi kami mesti kelakar. Nama pun mains seronok2 kan. Tapi team diorang memang hebat. Asyik kena gegar je gawang yang tak sempat nak rest tu. Nasiblah kena 5-0. Tapi sakit badan pun 5 hari. Adoyai. Team Real lelaki ada MK dan Sahabat2 Klfm. Kena 9-8. Apapun, terima kasih atas jemputan dan memang gempak!! Chaiyo!!




Lapar sangatlah tu ain..

Tuesday, January 20, 2009

2009 : PERJALANAN SUDAH BERMULA




ALLO SUME.. Kali ni nak kongsi plak apa perubahan dalam jadual siaran KLfm yang melibatkan Julia. Sebelum ni Julia Penerbit Salam Interaktif, tapi tahun ni ada penerbit baru, Aein. Nafas baru. Tapi Julia dan Mimie masih lagi mengendalikan segmen 10 pagi - 2.00 petang ni macam dulu cuma dari segi jadual je lebih senanglah nak ingat. Julia setiap Isnin-Selasa juga Rancangan KL-Jakarta setiap 2 minggu sekali manakala Mimie akan temankan anda setiap Rabu - Jumaat. Tahun ni, Julia banyak tumpukan pada production dan kuiz.


Kalau anda suka memasak, apakata anda dengar setiap Isnin-Jumaat jam 11.30 pagi untuk resepi mudah dan lagi anda berpeluang menang hadiah lagi. Ada Petua Suri jam 10.45 dan 1.45 tengahari juga Prebiu Buku @ KLfm setiap Isnin jam 12.30 Tengahari. Anda juga berpeluang memenangi buku-buku tersebut setiap minggu. Kalau nak dapatkan tips perhubungan jangan lupa setiap selasa jam 12.30 tengahari untuk Rahsia Perhubungan.



Kalau anda nak dapatkan petua sihat dan cantik, pelancongan dan rekreasi, jangan lupa bersama Mimie pula. Baru-baru ini sempat juga kami menghadiri sesi fotografi di Studio RTM. Terima kasih Mr. Kul yang cool dan sporting. Siap bagi idea gaya untuk tutup perut Mimie. Bolehlah Julia guna plak idea tu pada masa depan. Hehe.. Key, enjoy our pics!! Tune to KLfm. Salam Interaktif 10.00 pagi - 2.00 petang setiap hari! Adios..

Saturday, January 17, 2009

JOM PEGI MELAKA

Abis menjerit kena tangkap dengan Nek Nor..


Awatnya buat muka macam tu? Habis kemik dah tu..


Mesej kat sapa tu? AFUNDI mama..

Mak Cu dan Mak Teh


Happy Family @ Malacca

Posing time..

Muka penyek Zara kepenatan..








ALKISAHNYA cite ni macam dah agak lama tapi dah janji kan nak story.. Hujung 2008 masa untuk bercuti apatah lagik cuti berangkai. Walaupun 10 hari, tolak cuti umum dan sabtu ahad, cuma amik 3 hari je cuti tahun dari baki 32 hari baki tu. Kalau ikut perancangan nak jenjalan ke Bali tapi mengenangkan Zara ni tak pandai jalan lagi, ditambah pulak dengan tak berapa nak duduk kat stroller tu.. So, idokle pegi sana. Pelan cuti2 ke Langkawi pun idak menjadi gara-gara cuti mere husband yang macam lepas ngan idak. Al maklum sajalah RTM buat perubahan besar dari segi rancangan, so sebagai antara mereka yang terlibat di belakang tabir, sibuknya jangan cakaplah.. Pastu merancang pulak nak ke Cameroon Highland, dek kerana cuti umum dan semuanya last minute jawabnya sendiri mau ingatla.. apalagi kalau bukan sume hotel penuh.


Nak dijadikan cerita, family mertua dari SP pun nak turun KL untuk hantar adik ipar yang belajar di UiTM Shah Alam. Macam biasalah student pun dah semakin ramai, peluang untuk dapatkan kolej pun semakin nipis. Masa zaman Julia dolu pun kad aktiviti kalau tak 3-4 keping usahlah berharap nak stay kat kolej. Nasiblah satu semester jadi JPK, tu kira kompomlah. Citer pasal adik, daripada pening-pening tiap kali cuti sem nak punggah barang, keputusan mudah dan tepat dok umah sewa kat seksyen 7 nun. Kawasan baru, sume ada tak macam dulu. Larat tak larat je panjat umah kedai tingkat 4 tu. Takpelah, susah2 sikit.


Akhirnya kami ke mana? Bukan Bali, Langkawi mahupun Cameroon Highland tapi Bandaraya Bersejarah, Melaka. Lama jugak tak jenjalan kat Melaka sebenarnya. Akhir sekali waktu buat assignment pasal Intercultural subject, buat pasal Sambutan Krismas. Dari petang sampai ke tengah malam kami di Portugis Settlement, Kg Pasir tu dulu. Tapi takdelah rasa 'Kari Devil' diorang.


Di Melaka, kami stay di Rumah Penginapan di Kem Terendak. Kenapa kat sana? Senang je sebabnya kami memang tak merancang nak ke sana. Sebenarnya, adik ipar pegawai di Kem 10 Briged Para. Pertama kali semumur hidup stay dalam kem. Ok jugaklah.. komuniti berbeza. Kami ke Pantai Kundur untuk makan. Perut dahlah lapar, lambat pulak tu.. adoyai. Dan yang lebih tak best, tak rasa berada tepi pantai sebab dah kena tambak ke tengah. tak taulah nak buat apa.


Kami sempat jalan-jalan ke Bandar Hilir. Jauh sangat bezanya 5 tahun lalu. Semakin cantik dan macam-macam ado.. Berpeluh jugalah kami dok memanjat tangga di area Kota A Famosa. Sempat jugalah kami beli ole2 dari sana. Dah tentulah wajik sirat yang menjadi kesukaan Julia dan Mak mertuaku. Bagus juga yang lain tak minat, taklah berebut. Hehe..


Esoknya lepas hantar adik ipar, Bang Chik ke Ramuan Besar Cina.. masih lagi belajar di KPTM tetibe pulak ada yang bagi idea nak ke Johor. Biar betik? Betik... Mama (mak mertuaku) sebenarnya memang berasal dari Gelang Patah, Johor. Kahwin dengan Abah orang Jitra, Kedah.. Tak utara dan selatan tu? Julia pun tak pernah sampai sana lagi. Cuma makcik je yang ada kat sana. Terus kami balik ambil barang kejap dan bergerak ke Johor. Wah... Jangan tak caya.


Sampai Johor, rasa macam nak singgah Kulai tapi kalau nak makan takdelah dah malam. Basuh periuk je. Takdelah.. kami terus singgah ke Danga Bay dulu untuk makan. Meriah sungguh!! Sempatlah beli tudung..


Esoknya kami terus gerak balik ke Melaka dalam kul 11.00. Singgah sana sini, malam jugak sampai Melaka. Malam tu jugak bergerak ke KL dan sampai Putrajaya tepat jam 1.00 pagi! Alhamdulillah semuanya selamat. Bila la agaknya nak ke Cameroon?

Tuesday, January 13, 2009

KENDURI KAWIN MY PREN

Alin My Pren..

Ini antara kawan2 yang masih belum berdua.. siapa dolu lepas ni agaknya

Ada yang semakin kecik.. tak kurang yang semakin ketepi dan kedepan. Hehe

Barulah jawa.. Posing last kopek namanya


Ada gaya ayah mithali tak? Shah dan Azri.. Zara dan Amsyar. Beza 6 bulan je..

Anak Bapak..

SELAMAT PENGANTIN BARU LUQ & RINA. Panjang jodoh classmate saya ni. Selain kawan, Luq ni masih lagi ada bau-bau sedara. My sedulor. Hehe. So, lepas konti 4 Januari lalu terus ke kampung Melayu, Rawang. Tak dapat gaklah jumpa classmate lain ketika di UiTM dulu. Mana-mana yang lewat seangkatan je sempat jumpa. Menariknya jumpa kali ni masing-masing dah berdua, berempat pun ada! Advance kawan2ku ini. So, inilah antara gambar menarik yang sempat Ju kongsi.


AKTIVITI PENGHUJUNG 2008

Dr. Blacksnow & Wife, Bhai, Shah and Julia! Muka kenyang lepas makan gitu.

Pose tetap sama..


Ala2 YB ke BY?

Bersama YB Datuk Rohani dan YB Noriah yang ceria.. Hidup wanita!!

Alamak.. sama biru la kite

Bukan lagi team anak dara tapi Team Isteri Orang

Dah separuh Januari perjalanan baru 2009. Syukur atas rahmatNYA untuk terus bernafas di bumi Malaysia. Agak lewat tapi masih nak kongsu juga story yang tak berapa nak sempat diupload sebelum ni. So, ada masa terluang ni.. apalagik..

Beberapa hari sebelum penghujung tahun 2008, sempat juga menghadiri majlis kenduri kahwin anak salah seorang Sahabat Klfm, kak ZulizanBlues yang diadakan di PWTC. Walaupun sebelah siangnya dok memeriahkan Karnival Usahawan Desa di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Meriah sungguh malam tu. Yelah, anak sulung katakan. Lebih menarik, pengantin perempuan persis mak pengantin waktu muda. Kemana tumpahnya kuah ye tak. Dapatlah jumpa dengan Sahabat- KLfm lain yang sebelum ini hanya dikenali di laman maya seperti Dr. Black Snow (nama sahabat) dan isteri juga Bhai@FlyingDutchman dan isteri. Ramai lagi yang lain-lain juga.

Tak ketinggalan nak berkongsi gambar kenangan ketika menemani Shah mere hubby ke Parlimen. Tiap2 minggu memang Shah buat siaran dari Parlimen. Terjumpa pulak dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Hajah Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Nooriah Kasnon.

Dan lagi, nak kongsi juga gambar kami ketika izan datang melawat kawan-kawan di Klfm. Waktu tu belum lagi ditetapkan 'post' untuk mengajar. Kat mana la iye cikgu Izan? Apapun, Izan tetap meriah sama macam dulu juga. Tu yang buat rindu.. geng segmen Ladies Nite dan 3-6 dulu. Huhu. Apapun, selamat maju jaya ye Jan!!

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...