Friday, January 3, 2020

2020 dan Hyperventilation

SETAHUN Tanpa sebarang pos di ruangan ini. Biar betul? Sibuk benar gamaknya sampaikan tiada sebarang coretan. Sebenarnya, sangat banyak untuk dikongsikan cuma masa yang tidak ada untuk meninggalkan kenangan di ruangan kesayangan ini.

Tergerak hati bila Zara menegur, Mama.. kenapa dah lama sangat mama tak tulis apa-apa di blog? Oh ya. Mama hampir lupa tentang blog kesayangan ni. Zara baca rupanya blog mama. Ya, mama tinggalkan kenangan di sini agar anak-anak mama dapat berulang-ulang membacacanya nanti.

Entah kenapa, tersentuh rasanya hati tika melangkah tahun baru 2020 ini. Libang libung rasanya perasaan tu. Eh, dah 2020!! Macam tak percaya. Kerana masih teringat momen di tapak perhimpunan sekolah agama tentang tahun 2020. Masa tu dah siap kira.. kalau 2020 nanti usiaku 39 tahun. Tuanya!!! Nah.. sekarang dah 39 tahun dan kereta masih belum boleh terbang.

Syukur Ya Allah. Kau berikan aku peluang untuk bernafas lagi. Entah kenapa akhir-akhir ini aku asyik membayangkan kalau aku tiada. Tahun 2019 sahaja 2 kali aku diserang sakit yang bagai sudah penhujung nyawaku. Bagaimana untuk kuceritakan pengalaman tu. Jawapannya tak tahu. Kerana ia satu perasaan yang sangat menakutkn.

Doktor kata hyperventilation. Betul ke? Apa tu?





Hyperventilation is a condition in which you start to breathe very fast. Healthy breathing occurs with a healthy balance between breathing in oxygen and breathing out carbon dioxide. You upset this balance when you hyperventilate by exhaling more than you inhale. - Healthline.com

Tiba-tiba badan jadi lemah, sejuk dan tak boleh bernafas. 30 Januari 2019 attack pertama tengah malam. Terus ajak abang ke Hospital Putrajaya. Mama dah sedih dah.. sepanjang jalan mesej dengan zara. Sedih mengenangkan anak-anak. Dalam hati kuat berdoa moga Allah panjangkan usiaku lagi. Zikir memang tak berhenti dari bibir. Betapa aku sangat takut.

Hampir 3 pagi baru selesai dan doktor sahkan Hyperventilation yang TIADA UBAT. Hanya perlu tenang dan bernafas dengan betul. Kandungan CO2 terlalu banyak dalam paru2. Stress katanya. Stress kah aku? 



Serangan kedua kena selepas minum kopi San Francissco petang tu. Maybe angin yang membantu jadi macamtu?

Serangan ketiga jadi lepas minum teh ais pak yop belah tengah hari. Teh ais pun? Mama start baca lagi. Katanya kafein tidak bagus untuk orang berdarah rendah kerana memberikan effect kepada tekanan darah. Allahuakbar. Makin tua makin banyak hilang nikmat makannya. Takut dah nak minum kopi dan teh ais.

Seangan ke-4 jadi baru-baru ni, bila kakak dikejarkan ke HTAR Klang selepas mengadu sakit pinggang teramat sangat manakala adik diduga ketika nak bersalin. Doktor kata terpaksa bedah juga sebab perut dan bengkak dan akan ada risiko iaitu kematian atau buang peranakan. Allahuakbar! Allah saja tahu perasaan waktu itu. Ya anxiety datang dan kena lagi hyperventilation sebab terlalu takut. Takut dengan sebarang risiko untuk kakak dan adik. Perlahan2 kucuba tarik nafas. Serangan ini semakin hampir dan dengan izin-Nya aku berjaya melawan.

2020, moga Allah berikan kesihatan yang baik untukku, suamiku dan anak2 serta diterangkan hati anak-anak untuk melakar kejayaan dalam UPSA, UPSRA dan UPKK. Amin.


Shazzylea
3 Januari 2020

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...