Thursday, October 22, 2009

The Making Of Suara Siswa Raya





Kalau anda berkesempatan menyaksikan Rancangan Khas Suara Siswa Raya sempena lebaran lalu, pastinya anda dah biasa tengok set ini. Sebelum bermulanya rakaman, cik abang sebagai Penerbit antara yang paling sibuk memastikan semuanya berjalan lancar dan berada dalam keadaan terbaik. Inilah set rumah yang cantik tu.. terbayangkan kampung bila tengok rumah ni. Si kecik zara pun tak ketinggalan memeriahkan set yang tengah dibuat tu..

Jangan lupa saksikan Suara Siswa setiap selasa jam 10 malam di TV1.












Tuesday, October 20, 2009

Debaran cahayamata kedua..



Kalau diikutkan, tinggal 13 hari sahaja lagi menanti kelahiran baby ke2. Ada yang berkata, dah ada pengalaman oklah sikit. Tapi secara jujurnya, kali ini lebih berdebar berbanding yang pertama. Entah kenapa yek. Konti dah release tapi masih bertugas untuk menyiapkan mana-mana kerja yang berbaki.

Beza dengan kandungan pertama? Ada juga..



Tang makan.. Masa zara, memang takde sebarang masalah pasal makan. Pantang nampak memang ngap je. Dari awal mengandung sampailah ke penghujung.. Selera saja. Kecuali waktu mabuk bulan ke 2. Dalam 2 minggu tu kurang sikit. Tapi kali ni, masuk bulan ke 6 barulah selera betul nak makan. Tu pun taklah macam dulu. Sampaikan turun berat badan sebab tak lalu makan. Dah hujung2 ni pulak dok makan sesaja. setakat ni dah 79.9kg berbanding kali pertama mengandungkan zara, berat terakhir 85kg! Kali ni juga, rasa kureng sikit makan ayam dan sangatlah suka makan ikan goreng.. nyum nyum..

Tendangan pertama.. Masa zara dulu, genap usia kandungan 5 bulan iaitu hari raya ke2 zara mula menendang. Ish malu2 pulak anak dara mama ni, berbanding kali ni.. seawal 3 bulan usia kandungan dah terasa tendangan walaupun agak lembut. Bila dah hujung2 ni jangan cakaplah macam mana aktifnya.. macam Shaolin Soccer!! Setiap kali kakak zara cium mesti ada respon daripada adik..

Larat.. tak larat... Tang ni pun ada beza. Masa zara dulu cukuplah aktifnya. 10 hari sebelum bersalin boleh lagi joint kerja luar di Hari Wilayah @ Tasik Titiwangsa. Siap organise game lagik. Jangan tak caya. Kepenatan agak berbeza berbanding sekarang. Walaupun perut lebih ke depan, tapi rasa letihnya lebih sikit berbanding dulu. Nak berjalan lebih sikit memanglah penat.

Kembang .. Perkembangan perut, muka dan kaki memang menjadi2 masa mengandungkan zara sampaikan ramai yang risau bila tengok saya berjalan. Takut terbersalin. Ramai yang kata anak kembar. Memang kembar.. kembar air. Orang kata mengandungkan anak perempuan memanglah besar, tambahan lagi keturunan julia kalau mengandung memanglah besar. Tapi kali ni, dari belakang tak nampak, bezanya jalan tu dah takde step.. Kaki alhamdulillah sampai sekarang tak bengkak lagi. Hidung kembang dan merah tu biasalah tanda2 nak bersalin. Tapi mukaku tak sekembang dulu.. haha.. Tapi tetaplah kembang.

Zara memang tak sabar2 nak dapat adik. Tiap2 pagi bangun tidur malahan sebelum tidur dia cium perut mama.. cakap dengan adik. Moga kelahiran kali ini semudah Zahra dulu.. Kali ni insyaallah nak bersalin di Hospital Putrajaya. Haha.. cik abangku boleh masuk sekali. Doakan Julia selamat melahirkan anak ye dan dikurniakan anak yang sempurna, soleh, cerdik dan berbakti kepada kedua ibu bapa. Amin..

Tuesday, October 13, 2009

Ziarah Kasih Ramadan KLfm : Rumah Titian Kasih


Ramadan telah berlalu.. Namun ramadan kali ini penuh bermakna bagi seluruh warga kerja Radio Malaysia KLfm. Buat kali pertama, program Ziarah Kasih terbitan Yatt menyerikan lagi ramadan. Kami menziarah ke Rumah Titian Kasih, titiwangsa pada 9 September lalu. Sebelum ini, kami menjemput anak2 yatim dari rumah yang sama untuk sama-sama berbuka puasa dan terlibat dalam Rakaman Semanis Lebaran di KLIH. Kali ini, kami turut menjengah lokasi anak2 yatim, OKU dan rumah perlindungan untuk wanita teraniaya dan warga emas. Mereka bukan hanya menadah simpati namun terus berusaha untuk menjana pendapatan sendiri menerusi katering untuk masjid Assyakirin, KLCC. Terima kasih kepada semua penaja termasuklah Dr Fazley, Fama, Bernas dan rakan2 wartawan..






THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...