Showing posts with label LittleFive. Show all posts
Showing posts with label LittleFive. Show all posts

Thursday, October 18, 2018

MIA KENA CHICKEN POX + SECONDARY INFECTION

Assalamualaikum
Khamis dah harini. Kejap je masa berlalu. Dalam sibuk monitor anak-anak study untuk final exam, kami diduga dengan kesihatan Mia lagi.

Sibuk benar rasanya hidup September dan Oktober lalu. Back to back acara melibatkan unit kami. Bermula dengan Debat Siswa dengan RTB Brunei, UNESCO/AIBD IPDC Talks, Pameran Hari UNESCO di Perak dan Muzika Ekstravaganza bersama Mediacorp Singapura. Dengan team pasukan kerja cuma 2/3 orang sahaja memang mencabar. Namun saya selalu percaya, kerjasama menguatkan pasukan. So, tiada apa yang tidak boleh.

Dalam minggu-minggu sibuk tu sabtu dan ahad mama kerja. Penat jangan cakaplah. Cuma, selalu pesan dan minta maaf dengan anak-anak tarikh2 tertentu mama akan sibuk dan terpaksa bekerja. Syukur anak-anak faham cuma bila mama Outstation ke Perak, hari-hari suruh mama balik.











Klinik Annur Putrajaya

Allah Maha Mengetahui.

4 Oktober 2018 - Saya beritahu encik shuben kena stay sampai malam untuk raptai. Bila melibatkkan YBM Menteri dan delegasi kehormat keluar negara, maka kenalah ada. Lebih mengejutkan bila malam tu juga nampak tompok2 air di bahagian punggung Mia. Sudah! Tanda chicken pox tu. Malam tu juga Mia demam. 

5 Oktober 2018 - Hari kejadian untuk Konsert Muzika. Pagi tu bawa Mia ke Klinik Kesihatan Putrajaya. Itulah Klinik yang paling selesa. Mia dirawat di Bahagian Infeksi. Doktor sahkan Mia kena Chiken Pox dan kena Cuti Kuarantin.



Syukur alhamdulillah en shuben faham. Petang terpaksa juga ke pejabat untuk stay sampai acara malamtu kerana tugasan masih belum selesai. Kali ni bawa Zara dan Mirza ke Angkasapuri untuk menyaksikan konsert di RTM buat kali pertama. Bukan main seronok mereka.

Tak stay lama, pukul 10 terpaksa bergegas balik sebab Mia dah mengamuk teruk. Dalam masa sama 10.30 malam encik shuben akan bertolak bersama team ke Kedah untuk majlis-majlis penting sempena Pertabalan Sultan Kedah.
Chicken Pox terakhir yang belum pecah

Bermulalah kisah kuarantin menjaga Mia. Cuma, Chicken pox mia tak sama macam abang dan kakaknya. Melepuh besar macam isi ketam dan pecah.

7 Oktober 2018 - Doktor sahkan Mia kena secondary infection. Bak kata Dr Sarah, biasanya akan admit wad sebab kuman dia sangat bahaya. Pagi tu ke KKP18 dan doc cuma tambah antibiotik sahaja. Luka infection mia nampak ada nanah. Jangan cakaplah macam mana menangis dia sebab gatal dan sakit. Kes begini ada cuma tidak banyak. Ada yang panggil pelentung. Pertama kami dengar.

8 Oktober 2018 - Malam tadi rasa sedih sangat tengok keadaan Mia. Lukanya dan bernanah dan menyusukan dengan bau nanah sara sangat menyedihkan. Pagi ni paksa encik shuben bawa ke klinik swasta pula. Nak ke Poliklinik Annur Bandar Mahkota Cheras. Di situlah selalu kami pergi sebab doktor yang sangat baik dan ubat yang bagus. Dah janji nk jumpa DrA. Menunggu juga dua jam semata-mata nk lepas rindu. 
Luka infection dan chicken pox yang mengering dan terkopek. Bulat saiz mcm onde-onde bijan

Cuma Allah Maha Mengetahui, kami tak ada rezeki nak jumpa. Dr janji nk call back tapi sedih juga sebab sampai sekarang tiada panggilan phone atau mesej drpd beliau. Akhirnya kami ke Klinik yang kami percaya, Annur Putrajaya. Baiknya doktor muda ni. Dr berikan Augmentin yang lebih kuat dan mudahkan makan sebab cuma dua kali, ubat cuci luka dan ubat sapu untuk Mia. Kata doc, dalam situasi macam mia sekarang, Calamine tidak membantu. 

Balik, perlahan-lahan pujuk mia mandi dan bersihkan calamine lotion yang dah mengeras bersama luka nanah di bahagian belakang telinga. Itu yang paling teruk. Syukur Mia faham bila mama katakan untuk Mia cepat sembuh mama kena bersihkan dan buat semua ni. Duit boleh dicari, kesihatan anak tetap diutamakan.

11 Okt 2018 - Appt Mia dengan doktor untuk tengok mcm mana keadaan terkini. Luka mia semakin baik cuma ada yang masih belum terkopek dan ada satu lagi yang belum pecah di jari. Doktor berikan extention cuti kuarantin. Kata Doktor boleh sebab suami tiada dan saya perlu jaga. Tu kata doktor. Kata sumber pula, sila ambil cuti rehat sebab tak boleh ;(

Hari ini, alhamdulillah luka Mia kian sembuh. Luka-luka yang dah kering saya letak argan oil untuk menghilangkan kesan. Argan oil memang bagus untuk kulit. Syukur Ya Allah bila tengok Mia ketawa dan mula bermain.

Moga terus diberikan kesihatan yang baik untuk Mama, Abah dan anak2. AMin.



Dah baik


luka terakhir yang belum terkopek
Pic lepas sihat

Tuesday, October 16, 2018

Welcome Back Shazzylea 2018!


Kali terakhir post kira-kira dua tahun lalu, 18 Okt 2016!
Macam-macam yang berlaku dalam dua tahun tu. Macam mana boleh terbuka hati nak berblog lagi?
Entah macam mana terasa nak mencari URL blog ni. Dalam usia 37 tahun ni banyak yang lupa. Nasiblah simpan pasword blog ni lagi. Blog kesayangan ni. Macam-macam kisah ada dalam ni.

Rasanya inilah platform terbaik untuk menjadi kenangan abadi buat anak-anak bila besar nanti. Hari demi hari melihat mereka membesar. Dari anak pertama hingga kini dah lima.. Kalau boleh tan nak mereka besar. Biarlah baby huhu mana boleh kan?

Zara dah 10 tahun. Pengawas yang tegas sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Mama selalu beritahu kakak sebagai pemimpin untuk adik-adik. Menjadi pemimpin tidak mudah namun perlu untuk mengetuai adik-adik nanti apatah lagi bila mama dan abah dah tiada. Zara sangat berbakat dalam melukis anime. Teruja mama tiap kali tengok lukisan zara. Sekarang sedang siapkan buku nomic sendiri. Ulat buku juga dia. Asal keluar itu yang dicari. Kalau dapat hadiah itu juga yang diminta. BUKU! Good anak mama ;)

Mirza dah 9 tahun. Makin rajin tolong mama cuma kenakalan tu belum hilang lagi. Mama tahu angah boleh menjadi anak yang baik seperti nama MIRZA bermaksud anak yang baik. Tambahkan sikit usaha belajar mesti angah dapat naik pentas macam kakak. Angah pernah buktikan bila dapat keputusan subjek yang mengejutkan mama dengan keputusan cemerlang. U can do it!

Emir tahun ini dah menjengah usia 6 tahun. Wahhh nak masuk darjah 1 anak mama sorang ni. Makin senang bangun pagi, dah tak mengamuk bila bangun. Cuma anak mama sorang ni sensitif orangnya. Macam mama agaknya anak ketiga. Tapi bila tiada adik disisi memang manja dengan mama dan abah. Seronoknya dia bila selalu dapat ikut mama ke pejabat lepas balik sekolah. Tahun depan tak dapat dah ;)

Mukhriz dah 4 tahun usianya. Makin bijak, petah berkata-kata, pandai memujuk dan sangat suka mewarna. Antara pelajar yang mewarna paling cantik dalam kelasnya di tadika. Manja dengan mama jangan cakaplah tapi perangai dok menggentel dan cium rambut adik tu memang belum hilang lagi. Bangun kacak katanya bila bangun pagi senyum dan tak menangis. Yang penting kalau berjanji kena tepati sebab dia memang ingat selagi tak buat seperti dijanjikan.

Mia dah 2 tahun! Kejap je masa berlalu. Rasanya baru semalam mengandung ramai tak tahu dan tiba2 tahu bersalin. Sengaja tak beritahu. surprise!! Mia memang anak bijak. Makin pandai menutur kata, bagi Samsung tak mahu nak iPhone saja. Pandai pula nak mencari ikon Youtube tu. Peminat setia Cocomelon Channel, Upin Ipin, Omar Hana dan Didi! Pandai pula menyanyi anak dara sorang ni.

Tuesday, October 18, 2016

Cayang Amyra


Sayangnya Abang kat Adik.
Ya memang. Mukhriz dan Amyra memanglah tak dapat nak dipisahkan. Sejak dari dalam perut lagi Mukhrizlah satu-satunya yang kerja mencium perut mama. Mama masih menyusukan Mukhriz walaupun sedang mengandungkan Amyra. Hinggalah 8 bulan usia kandungan, perlahan-lahan mama buat Mukhriz lupa untuk menyusu badan. Kesian kalau mama di hospital dan Mukhriz mencari nak menyusu. Tapi hasrat untuk menyusukan Mukhriz hingga dua tahun tercapai juga. Malahan hingga 2 tahun 2 bulan usia Mukhriz


 Setiap kali ada Amyra, di situlah Mukhriz menepek. Macam mana gaya pun tak kisah asalkan ada kat sebelah adik. Tangan mesti dapat capai kepala. Entah berapa kali tertidur sambil pegang baby. Tidur sambil berdiri dan pegang botol susu. ;)

Bangun awal pagi tau2 mesti ada Mukhriz menyelit sebelah Amyra. Emir pun sama ambil port ;) Sayangnya abang pada adik. Moga begitulah kekal sampai besar nanti ya anak2 mama.























Monday, October 17, 2016

Mom of 5


 Selamat kembali bekerja!
Kali ni dua bulan cuti bersalin. Dah cukup kuota 300 hari maka dua bulanlah Cuti Menjaga Anak aka cuti tanpa gaji. Syukur alhamdulillah kali ketiga berpantang sendiri di rumah dengan anak-anak dan suami yang menjadi tulang belakang. 

Tq abang. Dengan rasminya saya ialah mama kepada lima orang anak.

Nur Zahra Qistina
Muhammad Eddryshah Mirza
Muhammad Emirshah Rezza
Muhammad Eiskandarshah Mukhriz
Nur Amyra Sofia


THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...