Tuesday, October 18, 2016

Cayang Amyra


Sayangnya Abang kat Adik.
Ya memang. Mukhriz dan Amyra memanglah tak dapat nak dipisahkan. Sejak dari dalam perut lagi Mukhrizlah satu-satunya yang kerja mencium perut mama. Mama masih menyusukan Mukhriz walaupun sedang mengandungkan Amyra. Hinggalah 8 bulan usia kandungan, perlahan-lahan mama buat Mukhriz lupa untuk menyusu badan. Kesian kalau mama di hospital dan Mukhriz mencari nak menyusu. Tapi hasrat untuk menyusukan Mukhriz hingga dua tahun tercapai juga. Malahan hingga 2 tahun 2 bulan usia Mukhriz


 Setiap kali ada Amyra, di situlah Mukhriz menepek. Macam mana gaya pun tak kisah asalkan ada kat sebelah adik. Tangan mesti dapat capai kepala. Entah berapa kali tertidur sambil pegang baby. Tidur sambil berdiri dan pegang botol susu. ;)

Bangun awal pagi tau2 mesti ada Mukhriz menyelit sebelah Amyra. Emir pun sama ambil port ;) Sayangnya abang pada adik. Moga begitulah kekal sampai besar nanti ya anak2 mama.























Monday, October 17, 2016

Mom of 5


 Selamat kembali bekerja!
Kali ni dua bulan cuti bersalin. Dah cukup kuota 300 hari maka dua bulanlah Cuti Menjaga Anak aka cuti tanpa gaji. Syukur alhamdulillah kali ketiga berpantang sendiri di rumah dengan anak-anak dan suami yang menjadi tulang belakang. 

Tq abang. Dengan rasminya saya ialah mama kepada lima orang anak.

Nur Zahra Qistina
Muhammad Eddryshah Mirza
Muhammad Emirshah Rezza
Muhammad Eiskandarshah Mukhriz
Nur Amyra Sofia


Playdoh Homemade JujuKitchen

Assalamualaikum.. 
Seperti dijanjikan, saya nak berkongsi resipi bagaimana nak menyediakan Playdoh homemade ni. Kepada yang menanti sejak sabtu, terima kasih kerana setia menunggu. Kalau di rumah sayalah Cinderella, maka tak dan nak mengadap laptop. Kalau mengadap juga sure bertukar menjadi filem Boboiboy.

Baik, ini resipi untuk menyediakan playdoh homemade ini.

 Bahan-bahan:

3 cawan Tepung Gandum
6 sudu makan Cream of Tartar
1 1/2 cawan garam halus
3 sudu makan minyak
3 cawan air panas
Pewarna

Caranya:

Satukan bahan kering
Masukkan minyak dan gaul.
Masukkan air panas, kacau dengan penyenduk
Biarkan sejuk. Setelah sejuk bolehlah diuli hingga menjadi doh.
Bahagikan kepada beberapa bahagian, letak pewarna dan uli sebati.
Boleh digunakan.

TIPS:

Kalau sayangkan jemari, masa uli dengan pewana tu kenalah pakai glove. Kalau tidak sure dok umah 2 hari nak bagi hilang warna.
Gambar di atas adalah dua adunan playdoh. Puas nak guna. Dapat banyak.
Pastikan masukkan playdoh ke dalam bekas kedap udara. Saya masukkan dalam bekas puding dadih siap2. Nak guna boleh ambil mana-mana warna yang diperlukan. Maaf ye tak plak pic dalam bekas tu.
Anak2 sure xnak telan sebab playdoh ni masin. Tapi jangan risau sebab ia cukup lembut di tangan dan tak meninggalkan kesan yang kasar ketika menggunakannya. Xcaya kena try buat dulu. Sure mama dia yang gian nak main dulu. 

Sekian dulu daripada #JujuKitchen. Wink Wink. Selamat mencuba!

*Thanks to Norien, pemilik resipi ni.


Tuesday, October 4, 2016

Selamat Datang Nur Amyra Sofia


1 Ogos 2016, pukul 3.47 pagi Isnin maka lahirlah seorang puteri dengan berat 3.05kg.
NUR AMYRA SOFIA BT MUHAMMAD SHAHZIL nama diberi. sama tak dengan picca scan 5D tu.

4 Oktober 2016 saya kembali bertugas. Sekejap rasanya 2 bulan Cuti Menjaga Anak aka Cuti Tanpa Gaji tu kan. Untuk entri akan datang saya akan kongsikan kisah di sebalik lahirnya sikecik ni. ;) Wink Wink

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...