Wednesday, June 9, 2010

Demam Bola!!!!


Demam World Cup!!! Jumaat ni dah mula game pertama. Macam tak caya jek. Walaupun tanpa Ronaldo yang punye persamaan denganku (nak jugak- sama tang pagar gigi jek hehe) sokongan tetap bersama Brazil. Kenapa Brazil? Brazil punya auranya sendiri. Setiap 4 tahun, demamnya datang balik. Klik

Kalau diimbas kembali, minat pada bola sejak kecil lagi. Itu pun kerana arwah Bapak suka sangat tengok bola. Saban minggu pasti turun stadium beri sokongan pada pasukan Selangor yang cukup gah waktu tu. kehebatan gergasi merah tu emmang sukar ditanding. Sampaikan saya boleh hafallah lagu Viva Selangor ciptaan KRU dan ulasan di radio oleh penyampai yang menyambut hari lahirnya hari ini (9Jun2010), Abang Zainal Rahman di corong Radio 3 Shah Alam (kini Selangorfm). Saya pun tengok tv bila disiarkan secara langsung. Tapi adalam hati masih berkata-kata. Apa agaknya yang best tengok orang kejar2 bola..

Masa belajar di UiTM, sanggup buat2 tertuang kelas nak tengok bola. Hahahaha.. Sanasini bola. Best!!

Sampailah saya sendiri menjadi Wartawan Sukan pada tahun 2003. Turun cover Tiger Cup, Piala Malaysia, Piala Emas Raja-Raja dan Celcom Uni-League. Puas jugalah joint dengan geng-geng reporter lain yang rata-ratanya lelaki. Kerja punya pasal, on je. Ingat lagi waktu mula2 kerja. Tak plan nak turun shoot team training. Jumaat katakan. Awak pun pakailah baju kurung merah hati siap dengan kerawang. Tak pasal2 nah.... turun cover training team kat Stadium TNB. Huhuhu.. sangat syahdu dan malu... Selepas hari tu, idokle ebrani2 turun dengan baju kurung g kerja.

Masuk KLfm, junior katakan dan banyak kena belajar. Paling seronok dapat slot kul 3-6 pagi dengan izan yang sekarang dah jadi cikgu. Girl's Havoc nama segmen tu. Walaupun ingat takde orang dengar tapi beza bila tiba musim bola. Masa tulah mata semua cargas. Siap buat ulasan game lagik. Hahaha. Buku khas Piala Dunia wajib ada ke mana-mana. Memang seronok.

Piala Dunia datang lagi. Kehebatan Brazil belum dapat disangkal dan berada di tempatnya tersendiri. Bagaimanapun, kehadiran Maradonna sebagai jurulatih Argentina menjadi penantian peminat bolasepak seluruh dunia. Mampukah Maradonna mencipta magis? Tunggu dan lihat.

Bagi team Jerman, ketiadaan Micheal Ballack dalam kesebelasan utama pemain pastinya merunsingkan peminat namun tidak bagi jurulatih pasukan itu. Jerman tanpa Ballack. Pincangkah mereka. Aksi Jerman pasti terus dinantikan.

Christiano Ronaldo. Ikon bolasepak baru yang terus mencuri tumpuan bersama Portugal. Sejauh manakah kehebatannya mampu membawa pasukannya menentang 31 pasukan lain?

Bola Oh Bola.. Jangan lupa saksikannya di RTM - Penyiar berlesen Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selakan. Go Zakuma!!! Go Brazilll!!! Go Wakakaka

Klik untuk ke laman web rasmi FIFA World Cup 2010

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...