Showing posts with label mylittlefour. Show all posts
Showing posts with label mylittlefour. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Minggu ke35

Minggu ke35 dah. Kejap je kan. Baby pun dah buat gimik kontraksi dari semalam. Kejap2 kontraksi xsampai 10 minit. Mama dah saspen. Hehe.

Harini Mama dan Abah cuti. Pak Uda nak nikah sabtu ni. Banyak nak kena buat. Tapi paling penting harini nak scan baby kat klinik baru Poliklinik Annur di Mahkota Cheras. Sejak kakak Zara Mama check-up di sana. Lama tak tgk baby ;) Harap2 sihat baby Mama.

Thursday, March 20, 2014

Check-Up 25 weeks

Masuk 6 bulan setengah usia kandungan mama. #mylittlefour pun dah makin kaut menendang. Dr Aziah kata baby boy. :)

Mama dah start cari2 nama utk baby. Setelah beberapa hari tunda nak ke klinik.. harini awal2 pagi lepas antar zara dan mirza.. abah juga, mama drive ke klinik kesihatan.  Abah kena ada awal di opis sebab nak prepare untuk ucapan YB Menteri. Lepas habis check-up ni pun mama akan bergegas uruskan perkara sama.

Harap2 baby mama sihat2 je. Abang3 dan kakak xsabar nk tgu baby...

Wednesday, March 5, 2014

#mylittlefour 6 Bulan

Bismillahirrahmanirrahim...

Harini 5 Mac 2014. Kejap je dah 6 bulan usia kandungan Mama.  Dugaan mama kali ni sebab pertama kali kena serangan asma waktu mengandung. Bukan saja kerana batuk, jerebu teruk juga menambah teruk sakit dada sampai mama tersadai.

Tuesday, January 28, 2014

#mylittlefour : 18 weeks

Kejap je rasanya dah 18 bulan bersamaan dengan 4 bulan setengah usia kandungan #mylittlefour. 14 Januari 2014 : Maulidurrasul lepas terasa kali pertama tendangan jelas si kecik mama ni. Malam tadi tambah kuat. ;) Excited nak check-up dan scan ptgni di KK Presint 3.. Agak2 dh nampak jantina lum? Hehe

Sunday, January 19, 2014

Mama dah 4 bulan

Kejap je rasanya dah 4 bulan usia kandungan Mama. Besar dh kan. Ramai xpercaya 4 bulan dah besar mcmtu. Alhamdulillah. . Mama dikurniakan kesihatan yg baik sama macam masa mengandungkan anak2 mama yg lain. Xd mabuk dan sakit teruk. Cumanya mama kena migrain teruk sampai 2 minggu haritu antara dugaan terhebat mama. Inilaj baju pregnant pertama yg mama pakai kali ni. Khamis, 16 Januari 2014. Nak pakai baju kurung daj xselesa. Tak muat zip dah. Hehe. Lelaki ke perempuan agaknya? Jeng jeng jeng.. tak kisablah.. asalkan mama sihat.  Bila anak dh masuk 4 org.. terasa jugalah penatnya berdiri lama. Haa.. mama pitam haritu! Masa pakai baju ni la. Darah mama rendah lagi la tu. Misi kerang nampaknya lepasni.

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...