Tuesday, July 27, 2010


"Andai semalam dapat kukembalikan
Pasti senyuman itu kuabadikan
Kerana senyuman bukan untukku hari ini
Kemana agaknya pergi
Mahalnya harga sebuah senyuman
Yang pernah hadir tak diduga sebelum ini
Menghiasi setiap inci hari
Tanpa ada yang berbaki
Segalanya cuba kuterima
Namun masih ku tidak faham mengapa
Adakah diam itu lebih berharga
Atau aku tidak layak untuknya?"
- Kisah sekeping hati nan lara
1058270710

Tuesday, July 13, 2010

Gempaknya Teh Tarik 1 @ Geng's Corner

Gempak!! Betul.. betul.. betul.. Itulah dia Geng's Corner bagi program Teh Tarik 1 edisi ke-11 malam tadi. Lokasinya di Seksyen 13 belakang Tesco Xtra. Memang mudah nak cari. Kalau anda peminat tom yam yang tegar dan cerewet, anda harus cuba tom yam di sini. Hidup tom yam dia.. ermmm layan sungguh. Mana tidaknya, chef khas dari Thailand tau.

Dan lebih menarik malam tadi, siap dengan maskot Upin Ipin dan buat pertama kalinya kami bawakan artis menyanyi secara live di restoran. Pengunjung-pengunjung Geng's Corner pastinya berpeluang bertemu dan mendengar nyanyian Ali Mpire, bekas vokalis Terra Rossa dan XPDC. Memang hebat!! Terima kasih kepada Puan Zurina dan Suami, Zarin, Les' Copaque Production, Wartawan Berita TV dan Sinar Harian.. Jumpa lagi di lokasi minggu depan.

Sebarang pertanyaan emel saja kepada djjulia@kl.fm.. Berkongsi Citarasa 1 Malaysia. Baik Punya!!



Wednesday, July 7, 2010

Teh Tarik 1 @ Restoran Ikan Bakar Sekinchan

Inilah duniaku saban malam isnin sejak Mei lalu. Sebagai Penerbit untuk program Teh Tarik 1!! Berkongsi Citarasa 1 Malaysia. Setiap minggu jugalah kami akan bersiaran secara langsung selama sejam di restoran-restoran sekitar KL dan Lembah Klang. 10 orang pengunjung bertuah termasuklah owner kedai akan kami 'tangkap' untuk on air dan buat pilihan lagu secara 'live' terus dari lokasi. Mintak terus dapat. Jangan tak percaya. Kalau tak percaya, mana-mana owner kedai yang berminat boleh hantarkan cadangan ke emel djjulia@kl.fm atau hubungi sahaja pejabat KLfm talian 03-2288 7475. Teh Tarik 1!!!!!!

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...