Wednesday, January 9, 2008

SEMPAT LAGI


Hai semua... seminggu bercuti untuk kenduri lenggang perut 5 Januari lepas walaupun dah terlajak masuk bulan ke lapan. Penat jangan cakaplah. Ramai pulak kata kembar. Kalau ikut dah berapa kali scan sorang je.. Besar perut katanya. Ape-ape ajelah. Ramai yang terkejut bila tengok badan naik sungguh. Mana tidaknya dah 79 kilogram. Tak kisahlah.. asalkan semuanya selamat dan baby lahir dengan sempurna ke dunia bulan depan..


Dalam penat-penat, alhamdulillah majlis berjalan lancar hasil bantuan saudara mara yang tak jemu membantu. Paling seronok dapat makan nasi ambeng dalam talam. Satu talam makan empat orang. Jangan tak percaya tapi itulah tradisi orang jawa. Dalam nasi ambeng pastinya ada serunding kegemaranku.. ayam kari, keluban (kerabu), mee goreng dan sambal goreng.. Masih terasa sedapnya..

Sebenarnya nak kongsi cerita pasal jumpa dengan Menteri Kerja Raya baru-baru nie. Dari kecil sampailah dah nak jadi mak orang ni, pertama kali dapat jumpa Datuk Seri S. Samy Vellu yang dah jadi menteri hampir seusia saya.. Itupun sebab tunggu suami buat program Isu Semasa Khas di RTM 1. Sempatlah bergambar walaupun dengan muka penat.. Nampak tegas tapi di luar, beliau seorang yang peramah dan tak lokek senyuman..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...