Showing posts with label Little Two. Show all posts
Showing posts with label Little Two. Show all posts

Tuesday, October 16, 2018

Welcome Back Shazzylea 2018!


Kali terakhir post kira-kira dua tahun lalu, 18 Okt 2016!
Macam-macam yang berlaku dalam dua tahun tu. Macam mana boleh terbuka hati nak berblog lagi?
Entah macam mana terasa nak mencari URL blog ni. Dalam usia 37 tahun ni banyak yang lupa. Nasiblah simpan pasword blog ni lagi. Blog kesayangan ni. Macam-macam kisah ada dalam ni.

Rasanya inilah platform terbaik untuk menjadi kenangan abadi buat anak-anak bila besar nanti. Hari demi hari melihat mereka membesar. Dari anak pertama hingga kini dah lima.. Kalau boleh tan nak mereka besar. Biarlah baby huhu mana boleh kan?

Zara dah 10 tahun. Pengawas yang tegas sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Mama selalu beritahu kakak sebagai pemimpin untuk adik-adik. Menjadi pemimpin tidak mudah namun perlu untuk mengetuai adik-adik nanti apatah lagi bila mama dan abah dah tiada. Zara sangat berbakat dalam melukis anime. Teruja mama tiap kali tengok lukisan zara. Sekarang sedang siapkan buku nomic sendiri. Ulat buku juga dia. Asal keluar itu yang dicari. Kalau dapat hadiah itu juga yang diminta. BUKU! Good anak mama ;)

Mirza dah 9 tahun. Makin rajin tolong mama cuma kenakalan tu belum hilang lagi. Mama tahu angah boleh menjadi anak yang baik seperti nama MIRZA bermaksud anak yang baik. Tambahkan sikit usaha belajar mesti angah dapat naik pentas macam kakak. Angah pernah buktikan bila dapat keputusan subjek yang mengejutkan mama dengan keputusan cemerlang. U can do it!

Emir tahun ini dah menjengah usia 6 tahun. Wahhh nak masuk darjah 1 anak mama sorang ni. Makin senang bangun pagi, dah tak mengamuk bila bangun. Cuma anak mama sorang ni sensitif orangnya. Macam mama agaknya anak ketiga. Tapi bila tiada adik disisi memang manja dengan mama dan abah. Seronoknya dia bila selalu dapat ikut mama ke pejabat lepas balik sekolah. Tahun depan tak dapat dah ;)

Mukhriz dah 4 tahun usianya. Makin bijak, petah berkata-kata, pandai memujuk dan sangat suka mewarna. Antara pelajar yang mewarna paling cantik dalam kelasnya di tadika. Manja dengan mama jangan cakaplah tapi perangai dok menggentel dan cium rambut adik tu memang belum hilang lagi. Bangun kacak katanya bila bangun pagi senyum dan tak menangis. Yang penting kalau berjanji kena tepati sebab dia memang ingat selagi tak buat seperti dijanjikan.

Mia dah 2 tahun! Kejap je masa berlalu. Rasanya baru semalam mengandung ramai tak tahu dan tiba2 tahu bersalin. Sengaja tak beritahu. surprise!! Mia memang anak bijak. Makin pandai menutur kata, bagi Samsung tak mahu nak iPhone saja. Pandai pula nak mencari ikon Youtube tu. Peminat setia Cocomelon Channel, Upin Ipin, Omar Hana dan Didi! Pandai pula menyanyi anak dara sorang ni.

Wednesday, May 28, 2014

Tahniah Zara dan Mirza

27 Mei - Sambutan Hari guru dan ibu di tadika zara dan mirza. Sejak jumaat xsekolah sebab mama bersalin.

Dari malam zara dok ingatkan mama utk pegi juga sekolah selasa tu. Semua brg termasuk sticker utk pertandingan buat kad mama dah beli. Hadiah utk cikgu pun tgh2 malam mama dah siapkan. Baju zara dan mirza mama dah sediakan utk tidak menghampakan mereka berdua.

Cuma.. mama xdpt nak dtg ke sekolah. Kali ni abah seorang yang datang temankan anak2 mama.

Wp xdpt juara.. zara dan mirza dpt tempat ke6 dan 7. Xpelah. Berlawan dengan 2 kelas. Bukan main seronok lagi mereka.

Kata cikgu.. wp mrk xdpt datang dan sepatutnya zara lead vocal.. dia tetap bljar tarian wp dlm masa singkat.

I love u anak2 mama. Tkasih abah juga.  Balik rumah mrk hadiahkan mama sejambak bunha buatan mrk di sekolah.

Thursday, April 11, 2013

Cerita Eddryshah Mirza



Muhammad Eddryshah Mirza. Tahun ni dah 4 tahun. sekejap je rasanya. Macam baru semalam keluar masuk hospital dek kerana Mirza kena jaundis. Sampai ke Hospital Sultan Abdul Halim, kedah lagi. 

Mirza anak yang baik. Dalam nampak agak lasak, hatinya mudah tersentuh. 

Manakan tidak, bila Mama bercerita kisah-kisah sedih macam Batu Belah Batu Bertangkup, Mirza senyap macam tak mendengar. 
Rupa-rupanya dia menangis!

Dia jugalah anak Mama dan Abah yang sangat patriotik. Asal nampak jalur gemilang dia akan sebut 1 Malaysia! Hehehe.. 

Sebenarnya, masa Mirza 6 bulan dalam kandungan, Mama pula menghadiri kursus BTN. Bukan sebarang tu. Siap berkawad lagi. Dan semangat patriotik terus bertambah dengan paparan klip-klip dan video sejarah perjuangan perwira-perwira terdahulu. 

Tapi Mama cukup suka anak Mama ni patriotik. Semangat tu perlu ada macam mama kecik2 dulu, asalkan dengar lagu patriotik di TV, berkejar nak tengok. Nama pun cucu askar kan. hehe



THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...