Friday, June 1, 2012

Filem Untuk Ibu-Ibu Mengandung & Encik Suami


Gila wayang? Jawapannya ialah YA. Baru-baru ni, menonton filem lakonan JLO WHAT TO EXPECT WHEN YOU'RE EXPECTING di GSC MV. Apa nak komen ya mengenai filem ni? 

Pertama sekali, saya menonton filem ini sebab minat dengan JLO. Dia pelakon yang hebat dan kedua, mengisahkan 5 cerita berbeza ibu-ibu mengandung. Dua pasangan keluarga Cooper, selebriti, fotografer yang tak mampu menjadi seorang ibu dan pasangan ibu muda - One Night Stand.

Antara banyak2 pasangan, saya sangat suka pasangan Cooper- ahli sukan veteran yang berkahwin dengan wanita muda. Dilema bila menjadi ibu tiri kepada anak yang telah berkahwin dan lebih tua daripadanya. Tetapi dia sangatlah positif dan sangat mementingkan ikatan kekeluargaan. Lagi cute.. dia sering menganggap mengandung ini satu keajaiban yang indah. ;) Yang paling menarik bila masing2 nak bersalin, dia yang mengandungkan anak kembar cuma bersin dan selamat melahirkan anak pertama.. haha..

Juga, pasangan JLO (lupa namanya dalam filem tu). Punya pasangan yang sangat kacak, namun dia tidak mampu melahirkan anak kerana masalah kesihatan yang dialaminya. Bagaimanapun, dia bertuah kerana memiliki pasangan yang sangat mencintai dirinya seadanya. Meskipun hanya mengambil anak angkat yang jauh berbeza warna kulit dan nun jauh di pedalaman, tergambar betapa gembiranya dia menjadi seorang ibu walaupun bukan dari darah dagingnya sendiri.

Kisah menarik hanya plot penceritaan yang agak perlahan. Dan baby pun dok aktif menendang.. macam tau2 je mama dan abah tengok filem apa .. ;)

Bagusnya tengok cerita ni bersama suami, secara tak langsung membuatkan suami lebih peka perbezaan dan perubahan yang berlaku pada si isteri tatkala mengandung. 9 bulan bukanlah tempoh yang pendek, malahan perhatian dan kasih sayang encik suami amatlah diharapkan dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi buat si isteri. Jadi, ajaklah suami masing-masing tengok filem ni bagi yang tengah mengandung macam saya ;)

Kisah Mengidam Si Mak Buyung


Mengidam.. satu perkara WAJIB jadik untuk ibu-ibu mengandung. Yang membezakannya, kronik atau tidak tahap mengidam seseorang. 

ZARA & STRAWBERI COKLAT

Masa mengandungkan Zara, benda pertama yang saya nakkk sangat makan ialah Strawberi Coklat. Tahun 2008, masih lagi hangat dengan kisah cinta strawberi coklat Datuk K dan Siti. Masa Kursus Induksi di Bagan Lalang, Sepang, encik suami sanggup menghantar malam-malam strawberi coklat untuk saya. Siap dengan epal merah saiz xxl lagik. Huhu.. Sedap sungguh! Luv u so much la ;)

Balik je dari kursus terus mencari durian pulak. DURIAN? Raja buah yang boleh membahayakan kandungan apatah lagi di peringkat awal kandungan. Tapi itulah yang berlaku, Namun apapun yang dibuat kena beringat. Sekadar nak melampiaskan idaman qalbu, makan seulas sahaja. Tetapi durian yang paling gebu di Chow kit ;)


Dan lagi, saya tiba-tiba menjadi seorang yang 'gila kentang'. Manakan tidak, tengah-tengah malam balik kerja mesti memborong 3 set large fries Mc Donald. Haha. Sekarang Zara sebut Mc Donut. ;) 

MIRZA & JAMBU SUSU


Mengandungkan Mirza, tak banyak ragamnya. Saya selalu ingatkan diri kalau boleh jangan melayan sangat rasa mengidam tu. Takut sampai sudah tak jumpa. Tapi dalam pada tak meragam pasal makan, tiba-tiba rasa nakkk sangat makan buah jambu susu. Buah ni banyak kenangannya masa kecik-kecik. Ituah buah paling hebat bila dimakan dengan asam boi merah. Asal musim je masing-masing menunggu bawah pokok rumah Wak Lah. Memang walla habis. Tapi itu dululah. Sekarang, nak jumpa buah ni pun takde.

Al kisah nak jadi kaya raya, mak mertua akhirnya jumpa buah ni di Sg Petani. Yg sedihnya, sampai je di KL buah tu dah tak elok. Huhu.. tengok ajelah.

MY LITTLE THREE & MANGGA KUNING

Juju dan buah-buahan memang tak dapat dipisahkan. Tapi bezanya dengan kandungan nombor tiga ni, gila MANGGA yang luar biasa. Tapi disebabkan mangga tak mendatangkan kesan yang memudaratkan, makanya kegilaan makan mangga berterusan sejak awal mengandung lagi. Asal ke pasar pasti memborong. Pagi, petang dan tengah malam.. asal nampak buah mangga dalam peti pasti selamaaatttt. Mangga chukanan, pahang, harum manis, sekinchan.. Siap bakal adik ipar belikan mangga perak pun ada. api mangga paling besar cik abang belikan- mangga pagang. Fuhh.. Kongsi pula minat makan buah mangga dengan mak mertua. Ada geng!

Lagi? MASAK LEMAK PUCUK UBI @ GODONG UBI sinonim dengan kami adik beradik dari kecik2. Tetibe teringin nak makan masak lemak pucuk paku yang dimasak adik. Dahlah dekat maghrib waktu tu.  Habis pucuk ubi rumah Wak Mon jadi sasaran adik. Huhu. Alhamdulillah.. dapat juga meratah tanpa nasik. Memang nyum-- nyum..
TUNTUMAN.. Satu lagi makanan jawa yang jadi idaman. Nak dijadikan cerita, selalunya nak jumpa pisang bukan main senang. Pokok pisang pun banyak di rumah Klang. Tapi nak dijadikan cerita,. punyalah payah mencari pisang nangka bila teringin sangat nak makan kuih tuntuman ni. Cari di pasar, kedai malah kat tepi jalan pun takde. Huhu.. Tiga bulan lepas tu dapat juga. Terima kasih adikku.. diana yang tolong buatkan. Heheee. sedapp sangat!! Teringat air tangan arwah mak yang tiada tolok bandingannya.







Jalan-Jalan Ke Opis Mama

Entri kali ni, sengaja nak upload gambar-gambar Zara dan Mirza yang ikut Mama ke opis bila hari cuti. Kemain seronok dapat ikut ;). Macam-macam Abang Ngah dan Kak Long.




Kawin-Kawin


Sibuknya Jun ni. Bukan saja dengan persiapan menanti insan baru dalam keluarga, tetapi juga sibuk dengan persiapan nak dapat adik ipar baru dalam keluarga Hussain & Tuzainah. Bezanya, kali ini bukan sahaja mak tetapi walimatul urus tanpa Bapak juga. Persiapan untuk dua orang adik, Eddy dan Diana (sama pulak nama adik ipar eddy juga) yang bakal mengakhiri zaman bujang masing-masing bulan Jun ni.

Eddy @ Muhamad Eddy Riza akan bernikah dengan NurCintawatie pada 16 Jun - sempat ke tidak agaknya nak tengok mereka bersanding. Manakan  tidak, bila-bila masa sahaja dah bersalin tu. Kenduri di Meru pada 17 Jun. Manakala adik bongsu, Nordiana akan menikah pada 30 Jun dan majlis resepsi untuk kedua-dua pasangan pada 1 Julai.

Bila mak dan bapak dh takde, semuanya kami buat sendiri. Saya sebagai wedding planner, abang sebagai ketua segalanya.. kakak jaga bahagian rewang dan adik lelaki bongsu, Fahey dan encik suamiku bahagian logistik. (Siap ada AJK lagik).

Sekarang dok sibuk tengah menyiapkan kemasan pada baju nikah adik. Haha? Juju menjahit? Nak tau cemana ke ghopenye? Tunggu next entri.. ;) wink

Diam-diam Dah 9 Bulan..



Lama tak menjengah. Bukan hilang minat tapi dek kerana lambakan kerja selain sibuk menguruskan anak-anak yang kian membesar. Diam tak diam.. telah lima tahun melayari bahtera perkahwinan bersama encik suami tersayang.. Muhammad Shahzil Abu Bakar. Diam tak diam juga dah masuk sembilan bulan minggu depan usia kandungan my lil three. Eh dah 2 ek ;) 

Rasanya baru semalam asyik berblog. Zara pun makin bijak menulis, mengenali ABC, 123.. Mirza pula makin keletah.. melayan sembang Zara dan Mirza memang buat mama dan abah senyum sendiri. ;) Indahnya rasa. Moga keindahan ini kekal ke akhir hayat..

Friday, April 20, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012. Jom serbu!!!

KLfm Gegaq Dataran Merdeka


Lebuh Seni KL kali ini memang berbeza. Kenapa? Sebab ia berkesinambungan hingga ke malam. Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada sempena pertabalan Seri Paduka Baginda ke-14 di Dataran Merdeka KL. Macam-macam aktiviti menarik sepanjang hari bermula 10.00 pagi hingga 6.30 petang.

KLfm seperti biasa sama-sama menggegar acara menerusi acara di Dj Corner dan di pentas bersama penyampai-penyampai KLfm. Ada Sonic, Mimie, Nazrie, Aenraen, Zullastree dan ramai lagi. Selaku Penerbit bersama Nazrie, kami turunkan Black, Iqa Mentor, Riz yang kini tampil dengan imej segar dan pendatang baharu seni suara, Shanel. Kalau nak saksikan persembahan mereka secara 'live' dan beramah mesra dengan penyampai-penyampai KLfm, ayuhh.. turun reramai 21 April 2012 (Sabtu) di Dataran Merdeka!

Nantikan aksi pemanas pentas bersama Ning Baizura, Dahlan Zainuddin dan One Nation Emcees pada sebelah petangnya ;)

Perkembangan dan Mengembang ;)


Diam tak diam.. dah berkurun ghasenye tak update blog. Dengan adanya pelbagai teknologi canggih manggih, jari jemariku bagaikan malas mengetuk. Itulah kaedahnya. Dalam malas-malam tu pun berubah sudah layout blog ini yer.

Apa perkembangan terkini? Memang berkembang pesat. Manakan idaknye. Zara dah makin bulat. Tahun depan dah nak masuk tadika. Dah 4 tahun lebih. Mirza dah masuk 3 tahun. Keletahnya pun bukan main. Dah pulak ada peel baru. Asal bangun pagi sama je dialognya. Mama pun dah hafal. "Mama, nak main etop (laptop)". Kemain dia nak main game 24 jam. Takde der..

Satu lagi yang sangatlah berkembangnya, pastilah perutku yang semakin ke depan dan jalan yang semakin slo mo. Dah masuk 8 bulan my little three. Aktif sungguh beraksi dalam perut. Hehe..

Kalau takde aral melintang ikutkan EDD 4 Julai. Tapi kalau ikutkan sejarah zara dan mirza, dua-dua tu lahir 2-3 minggu lebih awal. Tapi la ni memang dah tak larat berjalan, tak macam waktu mengandungkan zara dan mirza dulu.

Asal malam je Panaflex jadi peneman setia.. Apapun, doakan saya selamat melahirkan iye ;)

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...