Wednesday, August 20, 2008

DJ: POPULARITI ATAU KUALITI

Julai lalu, Julia dan Azlan juga Tengku Idris ditemuramah oleh wartawan dari portal GUA.COM mengenai DJ: Antara Kualiti dan Populariti. Minggu ni baru kuar citer tersebut dalam portal tersebut walaupun sikit je komen kami yang kuar. Nak komen?

PETIKAN DARI ARTIKEL GUA.COM

“Salam sejahtera, para pendengar sekalian. Sekarang kita bersiaran melalui…” Lama tidak mendengar sapaan juruhebah bersuara lunak, yang menenangkan agi sebelum memulakan kegiatan harian, atau ketika terperangkap dalam kesesakan di jalanan.

Situasi industri penyiaran kini yang pelbagai memungkinkan setiap individu mempunyai peluang cerah untuk menceburinya, tidak kira sama ada dalam bidang pengacaraan televisyen atau penyampaian radio.

Sejajar perkembangan semasa, perkataan juruhebah sudah tidak kedengaran, sebaliknya, perkataan ‘disc jockey’ ringkasnya DJ atau penyampai lebih sinonim dengan masyarakat kini. Lihatlah berapa ramai penyampai begitu popular sehingga wajah mereka lebih terampil.

Kebanyakan penyampai hari ini berkategori selebriti, popular dan dikenali, kerana itu ramai pemuda dan pemudi tergila-gila jawatan ini. Stesen radio juga berlumba-lumba memperkenalkan penyampai naungannya, berwajah cantik, bertubuh langsing dan bersuara … terpulang kepada anda menentukan.

Cuba kita renungkan, bukankah tujuan utama kerjaya ini adalah menyampaikan maklumat disamping menghiburkan pendengar. Kini skop kerja penyampai bukan sahaja menceriakan pendengar malah bertindak sebagai jurucakap produk atau pelakon.

Lihat sahaja Fara Fauzana, tugasnya tidak terhad di konti Hot FM, banyak tugas lain menantinya. Sebagai penyampai paling laris, Fara sangat bertuah kerana pihak pengurusan tidak pernah melarangnya bergiat aktif dalam bidang lain seperti pengacaraan dan lakonan.

Seakan trend masa kini apabila kebanyakan stesen radio bersikap terbuka dan memberi lampu hijau kepada penyampainya meraih publisiti dan populariti. Ada juga stesen radio lebih berminat mengambil personaliti TV yang popular dan gah, dengan alasan dapat menarik peminat yang selama ini menonton wajahnya di TV, beralih ke radio pula.

Namun dalam asyik menarik perhatian para pendengar, mereka terlupa nilai komersil yang terlalu dibangga membuatkan pendengar meluat. Setiap kali membelek helaian akhbar, pasti ada cerita mengenai penyampai.

Suatu ketika dulu, peminat hanya mengenali penyampai melalui suara di corong radio. Nama besar seperti Patrick Teoh, Zainal Din Zainal dan Wan Chik Daud dipuja kerana kelunakan dan suara yang mesra telinga.

Jujurnya tiada lagi penyampai yang berkaliber seperti mereka. Yang ada hari ini adalah penyampai yang hanya memenuhi kuota ‘sekadar ada’. Ada ketikanya telinga ini sudah tidak mampu mendengar celoteh penyampai ‘syok sendiri’. Topik bual bicara yang kurang jelas serta suara seakan menjerit membingitkan telinga.

Nilai bahasa Melayu sudah dipinggirkan apabila penyampai sesuka hati menggunakan perkataan yang difahami golongan tertentu serta penggunaan tatabahasa yang salah.

Berpeluang bertemu Pengawal Unit dan Penyelidikan radio RTM, Tengku Idris Tengku Din, soalan diaju berkenaan pemilihan penyampai di stesen itu. Walaupun radio RTM dilihat sedikit ketinggalan dari sudut rating pendengar berbanding radio swasta, itu bukan alasan stesen itu memperlekah pemilihan penyampainya.

Komen pendengar, RTM wajar mengikut trend semasa penyiaran radio yang menampilkan penyampai bertaraf selebriti untuk bersaing dengan radio swasta lain. Sedar persaingan semakin sengit, Tengku Idris tidak menolak trend hari ini mengagungkan wajah berbanding suara.

Kualiti yang perlu ada pada seorang penyampai radio ialah bakat, kualiti suara, mikrofonik dan berpendidikan sekurang-kurangnya diploma. Sebagai penyampai, bakat sangat diperlukan agar tidak kekok ketika bertugas. Kualiti suara diuji dari sudut sebutan yang jelas, terang dan intonasi yang bagus.

Mikrofonik pula bermaksud suara yang mesra mikrofon. Menurut Tengku Idris, suara yang sedap kadangkala tenggelam apabila menggunakan mikrofon. Tambahnya, pemilihan juruhebah pada era 80-an dan 90-an adalah berdasarkan suara. Juruhebah lelaki mestilah bersuara jantan; suara besar dan lunak untuk juruhebah wanita. Kini penilaian suara sedikit longgar, contohnya bersuara halus dibenarkan tetapi setiap sebutan mestilah lancar dan terang.

Populariti bukan ukuran buat dua penyampai KLfm, Julia dan Azlan Omar. Kedua-duanya bertindak sebagai penyampai dan penerbit tidak menafikan kurang publisiti membuatkan mereka lebih selesa dalam menikmati kehidupan. Penyampai radio adalah kerjaya pilihan kerana minat yang mendalam serta keinginan untuk menyampaikan maklumat dan mendekati pendengar.

Julia Azlan Omar
Kehadiran ramai penyampai radio dilihat sebagai persaingan positif, namun tidak dinafikan kemunculan mereka ibarat biskut, hari ini ada esok lusa entah ke mana. Dan GUA berpendapat, biralah penyampai radio dikenali kerana suAra dan personaliti TV dikenali kerana rupa.

11 comments:

black_canary said...

Salam Ju,

Mula-mula biar kita berbalik pada rating yg dikeluarkan oleh (apa namanya..Nelson yee..hentam ajelah)..yg menunjukkan bahawa jumlah rating KLFM jatuh(penaja pun dah banyak yg kurang)..
Pada saya bila kita melihat laporan tersebut..kita tak boleh terus meLOMPAT..sepatutnya kita kupas,kaji dan selidik MENGAPA..tu sbb setiap jabatan kerajaan kena ada STATICTION(betul ke ejaan aku)yg akan memasukkan semua borang kaji selidik yg mereka perolehi ke dalam program yg selalu statiction gunakan seperti SPSS dan beberapa nama lagi.
Dari SPSS ni kita boleh tahu pola pendengar.
Kita tak boleh meniru stesen lain seperti HotFM,Era,SinarFM,SuriaFM..
Mcm HotFM yg terkenal dgn panggilan hangitnya..tapi sebenarnya idea ini dicedok dari stesen 92.7 (Got U) yg jugak dicedok dari radio 100.1 (DJ nya dikenali scanboy)...
ok berbalik kepada populariti, apa yg ada pada DJ KLFM (jgn marah Ju..ini perbincangan)..kita REMAJAKAN STESEN KITA dgn Team BK utk menarik pendengar muda..tapi siapa DJ Nazi berbanding faufau..siapa DJ Hezry berbanding FBI...dari situ saja kita dah tewas..so apa yg KLFM ada?..disinilah ramai org tak nampak...KLFM ada INFO TRAFIK YG DILAPORKAN OLEH SAHABAT DAN DIBACA OLEH DJ DJ SETIAP MASA..kita ada kgmms yg membolehkan pendengar berINTERAKTIF dgn DJ setiap masa..BUKAN KE KLFM TU IALAH RADIO INTERAKTIF KOTA?...
Apa pasal kita meniru stesen lain sedangkang kita dah ada sesuatu yg org lain tak ada..tapi seperti yg saya pernah cakap dgn Tuan Azli hari sabtu baru ni...kita ni selalu tak nampak apa kelebihan pada kita...kita selalu nak tiru org aje..
sama jugak sorang suami bila nak berkahwin lain..selalu tak nampak kelebihan pada isteri pertama...bila dah berkahwin lain..baru sedar yg beliau kehilangan sesuatu..
So terus terang saya katakan..kalau kita nak menarik lebih ramai remaja mendengar KLFM...kita promosikan KGMMS..kelebihan kgmms ini...sbb golongan yg suka dan ramai menggunakan internet ialah remaja...
(HARAP MAAF SBB PENDAPAT INI IALAH PENDAPAT SAYA,JIKA MARAH ATAU TIDAK BERPUAS HATI,SILA ABAIKAN PENDAPAT INI)

kakzie said...

1000 bravo untuk abgBC..pendapat dan pandangan abg mmg ada isinya.Walaupun ila baru setahun jgung pendengar klfm (tu pun waktu bekerja)tp spt yang abg katakan KLFM dah mmg ada satu keistemewaan yang radio l;ain tak de..so kekalkan je dan tak yah nak mencedok idea2 lain..ila ni bukan pandai sgt nak komen atau mengomen..huhuhu

MrsWebmaster said...

Tengkiu atas pendapat.. Nama dia AC Nielsen. Pasal SPSS saya pun pernah buat kajian untuk pendengar radio di seluruh selangor mengenai citarasa mendengar mereka terhadap radio untuk dijadikan thesis dengan kerjasama Radio Malaysia Selangor pada tahun 2003 meliputi 300 pendengar dari 9 daerah di selangor menggunakan SPSS ni lah. Apapun, setiap perubahan adalah pro dan kontra dia.. namun sokongan dengan caranya yg betul dapat membantu. Yang jelas kalau nak lawan populariti memang kita jauh dari segi itu dan KLfm sendiri pun hanya terhad di Lembah Klang dan bukan seluruh Malaysia. Tiada satu pun idea ni tulen dari mana2 stesen radio kerana sebelumnya telah dibuat oleh stesen2 seluruh dunia. Masing2 meniru. Namun, bak kata BC, kita memang punya kelebihan sendiri dan masih diaplikasikan di semua segmen dan setiap masa. Bagaimanapun, KLfm tetap cuba memberikan yang terbaik.

black_canary said...

oooo..AC Nielsen..mujo bukan Nelson Mandela..kah kah kah...
Tapi tulah sayangnya..kita ada Hj Manan yg bersuara emas yg akan memasang lagu kanak-kanak setiap pagi(sebelum 7.30 pagi) Hj Manan berjaya menarik ramai kanak-kanak.

Ju..maknanya hang ni pakar SPSS jugaklah ye...

MrsWebmaster said...

Idoklah pakar.. Tapi bolehlah guna.. tetibe terpikir, Nelson MAndela apa kabar agaknya? (Hehe.. aci tak tetibe dia glemer dalam blog ni)

kakzie said...

teringat dan terngiang2 lagi suara DJ Ainol Jamal dan Noramin

black_canary said...

entah..idup atau mati tak tahu...tak dengar perkembangan dah..mmg Nelson Mandela dah tak ada aci dah...

black_canary said...

Ila..aku kalau DJ ni aku minat kat Kak Yong...(zaman aku bebudak kecik dulu, hangpa berdua tak ada kot masa tu..tapi Kak Yong tetap ada sampai sekarang...rindu suara merdu beliau)

kakzie said...

Kakyong ila tahu..pernah dulu masa kecik juga hehehe dgr segmen kanak2 yang di kendalikan nya
tak silap masa tu kat radio satu(sekarang klasik)kakyong mmg pandai layan kanak2 kan.baik pun yerpernah jumpa live masa tu tahun 1988 di RTM.Time tu zaman popular Nornikman Dadameah,Hjh Wan Chik dan MRajoli..tak silap tahun tu ade function ape tah kat RTM.Cheq darjah 3

azieazah said...

Malas dah nak bagi pendapat panjang lebar lagi..

Sbb semua tu dah masuk meeting (rasmi dan tak rasmi)..

Tp Kak AA yakin, semuanya demi kebaikan bersama.. Jangan dianggap sebagai peribadi..

Kak AA sejak dulu pendengar setia.. (berani kata setia tauuu).. Sbb kenal ramai DJ (kenal suara)

Sejak zaman Kamal Hassan, Noramin, pastu zaman Sahizan Jelas dan Fauziah Narawi - masa ni POOL baru join, budak lagi.. nampak naive jerrr.. hehehe

Kemudian zaman Kak ANOY.. masa ni AO baru join.. bujang mcm budak skolah jerrr.. heheeh

sehingga la sekarang.. perubahan memang ada.. malah turut bangga..

Tp biarlah kita menjadi diri kita, puas hati, tak gitu?

lloni said...

dulu ada dj yg punyai suara seakan-akan eg. fitri aziz dgn zainaldin zainal. zainal abas dgn noramin..

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...