Monday, October 1, 2007

Dugaan Ramadhan

Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik selepas seminggu 'tersadai' di rumah kerana demam panas. Besar betul dugaan yang diberikan. Manakan tidak, inilah demam panas yang paling teruk seumur hidup. Risau pada baby sebenarnya. Ramadhan tahun lalu, diduga dengan demam campak sampai meninggalkan kesan sejarah waktu beraya.. Alhamdulillah, syukur atas hikmah yang diberikan, bertemu dengan insan yang benar-benar mengambil berat dan kini telah bergelar Suami.
Tahun ni demam teruk, nasiblah ada suami yang betul-betul menjaga dan mengambil berat. Bukan saja platlet turun mencanak tapi tangan kanan kiri dan macam lali. Manakan tidak, boleh kata setiap hari kena buat ujian darah. Takpelah.. walaupun suspect denggi, tapi semuanya masih terkawal. Balik bekerja, drama rayaku menanti untuk disiapkan. Untuk anda yang memang mengikuti Drama Khas Raya Oh Raya, nantikan kesudahan cerita pada Raya Pertama dan Kedua ini! Apa agaknya cerita Jeton, Jenab dan Jeha tahun ni?

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...