Wednesday, October 17, 2018

ANDA RASA SAYA ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA

Tak kiralah ada masa ke idok tapi dia nak gak sakit. Huhu

Apakah agaknya yang dok melekat kat kepada ni sampaikan berhari-hari sakitnya kepala ni. 
Puas rasanya menelan panadol tapi masih belum lega.
Malam-malam sempatlah minta Zara picitkan kepala yang berdenyut.

Mungkinkah kerana faktor berat badan ataupun power mata ni nak kena tambah. Hari2 mengadap pc inilah habuannya.
Jangan cakap macam mana sakitnya.
Bangun pagi ni masih sakit.

Bayangkan meredah kesesakan dengan sakit kepala dan melayan lima askar sambil memandu.
Sakitnya macam nak hentak kepala kat dinding. Huhu

Sampai di pejabat harini cepat-cepat menelan dua ketul lepas breakfast. Orang kata tak bagus bergantung kepada ubat tapi dah tak tahan kena juga telan. Tak makan ponstant aje lagi ni.

Rasa banyaknya burung-burung atas kepala. Akhirnya tumbang juga tapi masih tak hilang sakitnya.
Ya Allah.. permudahkanlah dan hilangkanlah sakit kepala ni. Tak tahan sangat rasanya apatah lagi bila sencik shuben dua minggu takde ni, semua buat sendiri. Balik rumah sambung memasak, basuh baju, gosok baju, sidai baju, siapkan baju ke taska.

Awal pagi pula kena siapkan anak-anak mandi semua dan jadi Lady Driver dan siapkan kerja pejabat. Senang cerita memang kerja tak habis. Moga Allah permudahkan dan berikan kesihatan yang baik untuk mengharungi hari-hari seterusnya. Amin..
Till then, adios..

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...