Monday, July 18, 2016

Selamat Bersara Mr Jack!


Entri ni bukanlah tentang zara. Tapi tentang figura dan 'legend' dalam industri penyiaran negara. Sebelum saya lahir lagi beliau dah bertugas di RTM. Bayangkan betapa besarnya pengalaman beliau. JACK NADARAJAH merupakan penerbit rancangan hiburan tersohor di Malaysia suatu ketika dahulu. Anak-anak era 80an macam saya pastinya tahu rancangan Hiburan Minggu Ini. Beliaulah antara pelopornya. Rancangan Mekar Sejambak menampilkan Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad juga merupakan terbitannya. Sebut saja nama-nama artis popular negara semula antara barisan artis yang pernah menjayakan rancangan terbitannya suatu ketika dahulu.

Bukan orang lain, beliau juga bos saya di Strategik ni. Seorang yang sangat humble dan rajin menjenguk anak buah. Sesuatu yang belum pernah saya lihat berlaku tapi beliau lakukannya, sebelum mengakhiri perkhidmatannya di RTM, beliau menjengah setiap unit untuk say bye-bye.

Pic ini diambil sebelum hari terakhir beliau. Tarikh tepatnya sebelum raya. Sempat berkongsi kisah dan pengalamannya. 

Saya sendiri pertama kali bekerja dengan beliau ketika masih di KLfm lagi. Waktu itu diundang untuk menjadi pengacara majlis untuk Konvokesyen KIK Jabatan Penyiaran Malaysia. Suatu penghargaan buat saya dapat bekerja dengan beliau.

Selepas bertukar ke Perhubungan Antarabangsa, saya berpeluang untuk menguruskan tugasan rasmi beliau ke Korea untuk persidangan anjuran Arirang TV, Korea. Kemudiannya, World Summit on Media for Children dan Asean-Japan TV Festival.

Selamat bersara sir! Saya di sini juga atas kepercayaan beliau. 
Thank you.. Thank you.. and Thank You.
 

 


No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...