Monday, August 31, 2009

NOSTALGIA RAMADAN 1 - AKU DAN JAMBU



Ramadan datang lagi. Syukur diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa meskipun sarat mengandung.. Bila diingat-ingat, banyak sangat kenangan zaman kecik-kecik dulu ketika berpuasa, ketika mak dan bapak masih ada.

Waktu tu darjah 1. Pagi sekolah kebangsaan, manakala petang duduk rumah. Darjah 2 baru saya mula bersekolah rendah agama. Pening juga mencari aktiviti petang sementara menunggu berbuka puasa. Dugaan.. dugaan.. apa saja didepan mata dah nampak sedap sangat dah..

Di rumah kawasan kampung jadi banyaklah pokok buah-buahan, termasuklah pokok jambu yang buahnya tengah masak ranum. Kawan bermain petang-petang masa tu, Ita anak tokey kelapa di belakang rumah. Nak dijadikan cerita, kebun yang pokok jambu masak ranum tu milik bapaknya.. apa lagi, kautim sama-sama panjat pokok. Julia panjat pokok jambu? Jangan tak percaya. Berkat kegigihan memanjat pokok kopi tepi rumah, kalau setakat panjat pokok jambu air tu tak de masalah lah..

Watu tu kira dah petang, dalam jam 4.00. Bukannya lama sangat pun nak menunggu buka puasa. Namanya pun budak. Apa lagi, Projek X lah. Kalau dah panjat pokok jambu berdua buat apa lagi. Siap tunggu azan asar berkumandang dari surau, kami pun siap baca doa buka puasa dan ngap!! haha..

Bukannya banyak sangat pun makan. Tapi kalau dah makan dengan sengaja.. faham-faham sajalah. Balik rumah siap boleh sambung puasa.. Sungguh tak aci. Lepas buka, baru bagitau mak pasal makan jambu. Nak marah pun dah selamat masuk perut. Tapi tu sekali jelah.. tak buat lagi yek..

8 comments:

black_canary said...

kelebihan pokok jambu ni...dahannya liat, so ianya susah patah...aku zaman bebudak dulu pun suka panjat pokok jambu, tak kiralah jambu batu ke, jambu air ke...yg aku tak berani nak panjat, pokok jambu susu aje...beso bebeno...

MrsWebmaster said...

BC : Jambu susu dan jambu bol. dua jenis jambu yang paling ju suka. Jambu susu makan dengan asam boi merah.. ui gempak!! Jambu bol tak penah jumpa lagi la ni ada pun jambu india yang macam sama tapi tidak..

Prihatin Team said...

Hmmm.. tak ingat adakah Kak AA pernah jugak panjat pokok jambu? hehehe...

ehhh Julia minta jambu yer... patut pun sampai skang jambu jerrrrrr.....

azieazah said...

Ops..! sori terkomen guna akaun lain lak...
text pun salah tu..

ralat: minta = minat.

MrsWebmaster said...

jambu? kalaulah ada sesapa tau mana nak carik jambu susu.. tolong bagitau yek. Teringin sangat nak makan

black_canary said...

jambu susu yg putih dan beso tukan...kalau betul jambu tu...nantilah tgk masa raya nanti kalau ada lagi ke pokoknya kat belakang umah, kalau ada dan ada buahnya..adalah rezekinya...

MrsWebmaster said...

BC: Harap2 adalah.. dapat sebijik pun jadiklah.. huhu

azieazah said...

Jambu susu ni masa Kak AA kecik2 dulu sangat ler popular.. sampai yg jual tu pun kita panggey dia PAKSU..

dia jual kat sekolah.. the only man yang jual.. sampai sebakul (seraga) dia jual.. best, lembut, berair manissss...
ngencessss....!!

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...