Thursday, November 19, 2009

Satu Ujian - Bahagian 1


Senang je cara nak timbang.. comel


Nek Nor (kiri) dan Mak Tok (kanan) bersama Mirza

Align Center

Anak mama kena cucuk di lengan ambil darah


Phototheraphy session




Spek mata adik


Anak Abah.. pandai Mirza tengok Abah ye


Lebam tangan kena cucuk. Kulit kering kena panas fototerapi


Anak mama.. siap nak discharge







Hai, kembali untuk mengisi cerita terbaru. Taklah baru sangat tapi dek kerana masa yang ada tidaklah sebesar mana untuk diluangkan bagi mengisi entri terbaru, tapi adalah yang nak dikongsi. Mirza lahir dengan mudah. Alhamdulillah.. namun kali ini kami sedikit diuji bila hari ke3 kelahiran, Mirza disahkan kena Jaundis atau demam kuning, istilah biasanya. Bacaan pertama SBV pada 30 Oktober 293. Mirza kena masuk NICU, Putrajaya. Menghampiri 300 dalam usia begitu sangat tinggi dan dibimbangi mampu memberikan impak negatif pada otak. Semalaman Mirza di wad, runsing tak keruan mama dibuatnya.. Macam manalah anak mama..



Keesokan hari, mama datang untuk melawat dan menyusukan Mirza, bersama2 Abah. Sebak hati melihat anak yang tak berbaju dalam cradle dengan 'spek mata' tidur bawah lampu phototheraphy. Bukan main seronok lagi Mirza tahu mama datang nak berikan susu.. Doktor beritahu, Mirza kena ambil darah lagi petang tu dan kalau semakin turun, doktor akan benarkan Mirza keluar. Alhamdulillah kami datang lagi waktu melawat petang tu, dalam jam 7.00 malam doktor sahkan Mirza boleh discharge selepas bacaan SBV turun 193. Bukan main seronok lagi kami waktu tu. Dalam jalan yang perlahan, terasa kuat bila anak dapat balik.

5 November (khamis) nurse datang rumah untuk timbang. Berat Mirza turun dari 3.1 jadi 3.0kg. Nurse minta buat check up di KK Putrajaya sebab kuning nampak semakin kuat. Kami terus ke KK Putrajaya petang tu lepas suami balik dari buat siaran di Parlimen. Apa yang mengejutkan, bacaan walaupun dah hari ke9 tinggi!! SBV 311. Doktor terus rujuk Hospital Putrajaya untuk masuk wad. Sekali lagi mama dan abah sedih. Kami sangat2 risau. Kami terus ke bahagian kecemasan dan kira-kira sejam selepas tu saya dan Mirza dibawa ke Wad 2c Pediatrik - katil 19. Kali ni lebih bagus sebab saya ada dengan anak siang dan malam untuk mudah menyusukan. Doktor letakkan 2 lampu memandangkan bacaan yang tinggi. Prosedur biasa, darah akan diambil untuk mengetahu bacaan seterusnya. Hati bagai direntap mendengar jeritan anak kena ambil darah. Tak gamak rasa nak tengok. Sayu hati tapi nak buat macam mana..

Malam tu Mirza tidur tak lena, apatah lagi mama. Selang 2 jam mama akan kejutkan Mirza. Tapi, dari jam 3 pagi terjaga, pukul 6.00 pagi barulah anakku lena. Mengantuk jangan cakaplah tapi tak mengapa. Inilah pengorbanan seorang ibu demi melihat anak selesa..

Masih ingat lagi pesan doktor, mungkin kerana jamu yang menyebabkan jaundis meningkat. Tapi mama makan pil ikan haruan semata dan ubat hospital. Tapi mama dah tak makan lagi pil tu. Biarlah sampai anakku sembuh.



Keesokan hari, doktor datang lagi untuk membuat pemeriksaan. SBV Mirza 255 dan dibenarkan balik. Pelik juga rasa sebab rasanya bacaan masih lagi tinggi, kenapa dapat discharge pula. Katanya sebab usia dah semakin meningkat untuk hari ke10. Mama dan abah ingat, biarlah sampai benar2 dah turun baru discharge tapi dah doktor kata macam tu, ikut sajalah..

Sebelum discharge, Dr Fazley sempat datang untuk menziarah dan mengiringi mama dan Mirza discharge. Tok Ja, Tok Alim, Nek Nor dan Mak Tok pun ada.. Terima kasih atas kesempatan. Jauh datang semata2 untuk tengok baby.

Tok Ja dan Tok Alim datang bawa buah keranda atau nama yang lebih seramnya, bunga mandi mayat yang dibeli dikedai seng sei.. Kuning je.. Mandi air beras pun sudah tapi tak nampak apa2 perubahan lagi. Mak Tok kata nak bawa mama dan Mirza juga Zara balik Kedah..

3 comments:

kakzie said...

DUGAAN..SABAR LA jU..
tapi kan budak lelaki selalu kena kuning..tapi alhamdulillah anak ju tak sampai tukar darah..Adik ila dulu dua minggu lebih kena tahan dalam ward sbb kuning dan kena tukar darah...semua darah kena sedut keluar dan ganti darah baru..Pastu kena jaga pemakanan dia dan tak boleh bau racun serangga...pernah dia terdedah dengan bauan tu,dia hampir pitam(badan jadi lemah)...syukurlah Mirza tak sampai tahap itu

WanMahani Bt Abdul Latif said...

itulah ujian & cabaran m`jadi ibu..kuatkan semangat Julie..

azieazah said...

Moga segera sembuh...

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...