Monday, October 17, 2016

Playdoh Homemade JujuKitchen

Assalamualaikum.. 
Seperti dijanjikan, saya nak berkongsi resipi bagaimana nak menyediakan Playdoh homemade ni. Kepada yang menanti sejak sabtu, terima kasih kerana setia menunggu. Kalau di rumah sayalah Cinderella, maka tak dan nak mengadap laptop. Kalau mengadap juga sure bertukar menjadi filem Boboiboy.

Baik, ini resipi untuk menyediakan playdoh homemade ini.

 Bahan-bahan:

3 cawan Tepung Gandum
6 sudu makan Cream of Tartar
1 1/2 cawan garam halus
3 sudu makan minyak
3 cawan air panas
Pewarna

Caranya:

Satukan bahan kering
Masukkan minyak dan gaul.
Masukkan air panas, kacau dengan penyenduk
Biarkan sejuk. Setelah sejuk bolehlah diuli hingga menjadi doh.
Bahagikan kepada beberapa bahagian, letak pewarna dan uli sebati.
Boleh digunakan.

TIPS:

Kalau sayangkan jemari, masa uli dengan pewana tu kenalah pakai glove. Kalau tidak sure dok umah 2 hari nak bagi hilang warna.
Gambar di atas adalah dua adunan playdoh. Puas nak guna. Dapat banyak.
Pastikan masukkan playdoh ke dalam bekas kedap udara. Saya masukkan dalam bekas puding dadih siap2. Nak guna boleh ambil mana-mana warna yang diperlukan. Maaf ye tak plak pic dalam bekas tu.
Anak2 sure xnak telan sebab playdoh ni masin. Tapi jangan risau sebab ia cukup lembut di tangan dan tak meninggalkan kesan yang kasar ketika menggunakannya. Xcaya kena try buat dulu. Sure mama dia yang gian nak main dulu. 

Sekian dulu daripada #JujuKitchen. Wink Wink. Selamat mencuba!

*Thanks to Norien, pemilik resipi ni.


No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...