Monday, June 1, 2020

MYKAD UNTUK ZAHRA



ZAHRA dah 12 tahun usianya pada 12 Februari 2020 lepas. 
Sayang nak buat masa sekolah sebab kena tinggalkan kelas pagi atau petang. Maklumlah sepatutnya Zahra kena duduki UPSR tahun ni. Sehinggalah dunia dilanda covid dan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan bermula 18 Mac lalu sehingga hari ini.

Banyak sangat yang berlaku. 
Manakan tidak, tak pernah pun terfikir bahawa UPSR dan PMR TIADA pada tahun ini. Kena pula masa Zahra. Bukan itu saya, PSRA pun TIADA. Demi menjaga keselamatan anak-anak dan rakyat, kerajaan terpaksa membuat keputusan sukar ini.


Redha dengan ketentuanya, setelah sekian lama tertangguh, sempena PPKPB (Bersyarat), JPN pun dah mula dibuka dengan SOP ketat. 29 Mei 2020, nekad bawa Zahra untuk buat Mykad. Tanpa membuat sebarang appointment, just walk-in, alhamdulillah, baik betul pegawai-pegawai di JPN Putrajaya. Sampai dah hampir 11 pagi. Daftar dan menunggu giliran. Buat dalam bas bergerak JPN saja. 

Pada mulanya ada hajat nk renew Mykad sendiri yang dah oldskool, mereka tak benarkan. Tapi selepas selesai buat Mykid Zahra, tanya kepada salah seorang pegawai, alhamdulillah. Boleh. Bayar saja RM10 untuk renew. Boleh sangat.

Biasanya dalam sejam kad dah boleh siap, tapi kerana jumaat, kena datang balik 2.45 petang untuk ambil. Sampai terus beratur lane khas untuk collect kad sahaja. Alhamdulillah. berdesuup pantas. Tapi mereke tak collect Mykad lama. Bolehlah simpan buat kenangan.

Zahra dah ada Mykad. Besar dah anak mama..
Selepas 18 tahun dan sebelum 25 tahun, kena tukar yang baru.
Tq JPN.

No comments:

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...