Tuesday, July 15, 2008

Zara 5 Bulan

DIA MAKAN APA TU?

Lenanya tidur. Fikir apa tu?

Ha.. buat apa tu?

Kantoi.. bukan hisap puting tapi dok menggigit jari yea..

Bukan main feeling lagi dia..

Makan coklat ghopenye..

Cejuk mak tok..

Bila hidung dia merah kembang kempis maknanya.. ada hasil dalam pampers..

Amboi2.. bukan main lagik si kecik ni. Mama dia tengah sibuk kat dapur, dia senyap je kat depan dengan Tok Wan.. Ingatkan b uat apa, khusyuk makan coklat rupanya.. Sebelum ni adalah jugak bagi krim kek coklat sikit tapi ini makan betul. Bila tok wan cabut, buklan main marah lagi. Dah feeling pulak makan coklat. Saya memanglah sukanya yang amat pada coklat hitam masa mengandungkan zara dulu.. Sempat juga bersama keluarga mertua beramai2 di pusat boling di The Hub, Alamanda. Kesian si kecik layan perasaaan sorang-sorang.. Sekarang asyik dok menggigit2.. Gatal gusi kot.

MACAM RAYA JEA..

Proses membuat ketupat..

Siap untuk diisi dengan beras

Dah selamat kena rebus da..

Jangan terkejutlah kalau tengok gambar ketupat nie yek. Terliur takpe. Hehe.. Alkisahnya sabtu lepas family mertua termasuklah ibu mertuaku, abah, adik-adik dan ipar datang ke rumah. Memang meriahlah gamaknya. Niat untuk hantar adik ipar yang dapat sambung belajar di Melaka, kira jalan2 sekali cucu kesayangan, Zara. Ditambah lagi auntie dan uncle dari Damansara pun datang, mak mertua pun bagilah idea untuk masak ketupat. Dah alang2 mama bawa daun kelapa dari Tg. Karang, umah sedara apa salahnya. Maka acara membuat ketupat pun bermula.. Sempat ajar adik ipar buat ketupat jongket. Entah apa ke nama sebenarnya. Memang meriah dengan kuah kacang, rendang ayam, betul-betul macam raya..




Thursday, July 10, 2008

BILA SI KECIK BERGOLEK2

Standby to golek

Chak!!

Tengah fikir apa tu?

Seronoknya dia..

12 Julai ni genap 5 bulan usia Zara. 31 Mei 2008 pertama kali zara menggolekkan dirinya sendiri meniarap di Sungai Petani. Sekarang ni lagi cepat si Zara ni menggolek2. Tinggal je main depan tv, tau2 sampai di hujung tanjung. Dalam kereta nak meniarap, stroller, tengah tidur pun boleh nak meniarap jugek. Asalkan bahagia mama tak kisah. Tengoklah aksi si kecik ni.. Sekarang dah pandai sembang. Memang tak faham apa butirnya. Buat2 macam faham jea.. Lagi


TERIMA KASIH ADIK2 PRAKTIKAL


Seriusnya Zety..

Sapa tembak sapa ni Iza..

Ramai sungguh adik2 praktikal di KLfm. Lepas sorang, sorang masuk. Memang tak sunyi. Sekarang ni ada 2 orang adik praktikal dari Mass Comm, UiTM. My junior.. Nani dan Yaya ( tu nama manja ). Baru je menghabiskan latihan praktikal, Zetty dan Iza minggu lepas dari Fakulti Seni Persembahan dan Artistik, UiTM. Terima kasih adik2! Teringat zaman Julia praktikal di Radio Malaysia Selangor - sekarang Selangor FM. Orang lain praktikal satu semester, 4 bulan tapi Julia buat setengah tahun! Julia buat kajian seluruh 9 daerah di Selangor khusus untuk thesis dan RMS sendiri. Hari2 balik sampai siaran habis kul 12 tengah malam untuk siapkan research. Sambil2 tu, dapat juga peluang buat program kanak-kanak Tan Tin Tun setiap sabtu selama sejam yang diterbitkan oleh Hamidah Aris. Terima kasih Kak Mid. Kak Salbiah antara yang paling banyak memberikan tunjuk ajar. Hai.. kenangan lalu betul. Bila terpandang adik2 praktikal, teringat zaman den dolu.

Wednesday, July 9, 2008

ZARA @ KLINIK ANNUR




Inilah Dr Aziah Oyob

Lama sungguh tak ke Klinik An Nur. Banyak nostalgianya klinik ni. Mana tidaknya, inilah Klinik yang Julia eprgi masa mengandung dulu. Dr Aziah ni memang peramah. Dan lagi, Dr. Aziah ni pun sahabat KLfm tau. Last jumpa dan bawa Zara waktu si kecik umur 3 hari. Datang balik dah masuk 5 bulan. Saja2 je bawa Zara check up. Bukan main seronok lagi si kecik. Macam tau2 je inilah doktor yang selalu ajak sermbang masa dalam perut dulu. Terima kasih kerana bagi hadiah untuk Zara. Yelah, Klinik An Nur kat Bandar Mahkota Cheras, lepas ni dah takdo kat sana.. Huhu. Nak tau apa hadiahnya untuk si kecik.. Klik kat sini ek.

Monday, July 7, 2008

Adus.. penatnya


Hai semua.. Adoi.. penat sungguh minggu ni. Tu yang Julia nak kongsi. Terima kasih untuk anda yang memeriahkan sesi ujibakat Pertandingan Bintang Kecil di Lanai Seni Sabtu lalu. Julia tak dapat nak joint sama kerana sibuk dengan sesi angkut mengangkut. New life at the Garden City, Putrajaya. Lotih den. Apepun, terus enjoy bersama Julia dan Mimie dalam Salam Interaktif setiap hari jam 10 -2 petang. Chaiyo2!!!


THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...