Bukan semua orang boleh buat ketupat. Dan bukan semua orang juga mampu dan boleh buat semua jenis ketupat. Mungkin ada yang tak perasan. Ada pelbagai jenis dan nama ketupat. Yang saya ingat, ketupat bawang dan ketupat sate. Yang lain lupa nama apa.Thursday, August 1, 2013
AL-KISAH KETUPAT BAWANG
Ramadan bakal menginjak pergi. Genap 15 tahun juga pemergian Emak dan Bapak masuk tahun ke 4. Bagaikan semalam rasanya tolong mak buat kuih raya tempahan jiran-jiran.
Terlalu sarat kenangan untuk dilerai satu persatu. Nilai yang tak boleh dibayar dengan wang jutaan ringgit. Terkenang nostalgia KETUPAT RAYA.
Bukan semua orang boleh buat ketupat. Dan bukan semua orang juga mampu dan boleh buat semua jenis ketupat. Mungkin ada yang tak perasan. Ada pelbagai jenis dan nama ketupat. Yang saya ingat, ketupat bawang dan ketupat sate. Yang lain lupa nama apa.
Al-kisahnya, Ramadan memang membawa rezeki. Mak bukan sahaja menerima tempahan kuih raya dan jahitan baju raya, malahan ketupat yang siap dianyam pun mak ambil. Tak sampai 5sen untuk sebiji ketupat yang siap dianyam! Tapi demi mnambah rezeki untuk keluarga, mak terima tempahan tersebut.
Melihat mak khusyuk anyam ketupat, aku yang waktu tu masih sekolah rendah pun sama teruja. Teruja yang tak terubat selagi tak dapat buat ketupat anyaman sendiri. Puas saban hari melihat mak buat ketupat. Mencari rahsia di sebalik sebiji ketupat. Niat berkobar untuk belajar. Mak pun ajar asas ketupat. Tapi mak tak dan nak mengajar pelan-pelan sebab tempahan perlu disiapkan mengikut masa. kalau tidak daun akan layu dan rosak sebelum diisi beras.
Dek kerana semangat waja nak belajar buat ketupat, kuambil satu set daun dan duduk bawah pokok nangka dekat rumah Wak Poyeng (kini arwah). Kat situlah kududuk sorang-sorang mencari ilham dan logik untuk menyiapkan sebiji ketupat anyaman tanganku sendiri.
Bagaikan misi mustahil. Memang bukan senang nak menyiapkan walaupun sebiji! Namun aku selalu percaya, selagi ada kemahuan pasti jumpa jalannya. Menjelang buka puasa, berjaya juga ku menghasilkan sebiji KETUPAT BAWANG!
Gembiranya jangan cakaplah. Macam rasa dah menang award. Kuberlari balik dan tunjukkan pada mak KEJAYAAN BESAR itu. Mak cuma tersenyum. Kata mak, asalkan mahu dan sabar, insyaAllah berjaya.
Kini, bila Syawal kembali menjelma, rindu pada ketupat daun anyaman sendiri semakin membuak. Almaklumlah, dengan adanya ketupat segera ni seakan mematikan penjualan daun kelapa muda. Yang ada pun sukar nak mencari daun yang berkualiti. Ditambah lagi dengan masa yang perlu dicuri untuk menyiapkannya.
Syawal kali ini, dah berazam nak kembalikan nostalgia, anyam dan masak ketupat anyaman kami adik beradik. Mak, Bapak.. kalau kalian masih ada pasti Syawal kali ini lebih bermakna.
Sunday, July 7, 2013
Bila Emir Memanjat Meja
Emir masuk 1 tahun 1 bulan. Tengoklah aksi panjat meja Emir harini. Diam2 dh atas meja. Ish ish anak mama. Demam tapi masih cergas.
Friday, June 21, 2013
Audit Oh Audit
Pernah dengar tentang 5S. Pembudayaan 5S di organisasi. Menjadi Ahli Jawatankuasa Audit juga bukan mudah. Banyak masa dituntut selain pemahaman jelas. Tahun ni dalam diam dah masuk tahun ke-3 menjadi auditor .
Wednesday, April 24, 2013
Emir yg Cargas
Wink wink. Inilah Emir yang makin cergas mengemas. Dia xmerangkak banyak dan duduk cepat macam Zara. Tapi Emir dh cepat tumbuh gigi dan nampak nak berdiri dan jalan.
Emir & Troli Shopping
Wink wink. Hari inilah kali pertama Emir dok dalam troli. Credit to Aeon Big lagik.
Besar dah anak2 mama dan abah. Emir 10 bulan 12 hari. Zara 5 tahun 2 bulan. Mirza 4 tahu 6 bulan.
230413 Alamanda.
Friday, April 12, 2013
Pa & Ma yang kiut miut
Come kan cover majalah Pa & Ma edisi Mei 2013 ini sempena Hari ibu. Rasanya, inilah cover paling saya suka!!
Thursday, April 11, 2013
Cerita Eddryshah Mirza
Muhammad Eddryshah Mirza. Tahun ni dah 4 tahun. sekejap je rasanya. Macam baru semalam keluar masuk hospital dek kerana Mirza kena jaundis. Sampai ke Hospital Sultan Abdul Halim, kedah lagi.
Manakan tidak, bila Mama bercerita kisah-kisah sedih macam Batu Belah Batu Bertangkup, Mirza senyap macam tak mendengar.
Rupa-rupanya dia menangis!
Dia jugalah anak Mama dan Abah yang sangat patriotik. Asal nampak jalur gemilang dia akan sebut 1 Malaysia! Hehehe..
Sebenarnya, masa Mirza 6 bulan dalam kandungan, Mama pula menghadiri kursus BTN. Bukan sebarang tu. Siap berkawad lagi. Dan semangat patriotik terus bertambah dengan paparan klip-klip dan video sejarah perjuangan perwira-perwira terdahulu.
Tapi Mama cukup suka anak Mama ni patriotik. Semangat tu perlu ada macam mama kecik2 dulu, asalkan dengar lagu patriotik di TV, berkejar nak tengok. Nama pun cucu askar kan. hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA
Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...
-
Gambar: Ihsan My Pren Kapten Faqru l Petang Jumaat lalu, kami dikejutkan dengan berita bahawa penulis lirik terkenal, Man Toba meninggal dun...
-
Inilah baby Ahmoi.. Aii.. feeling pulak Inilah kakak iparku yang kecik dan comel Zara dengan sepupunya.. Alif Adha DAPAT ANAK BARU? BETUL! 1...
-
Salam Tok Wan Meh salam dengan Tok Wan.. elok dah parking depan Tok Wan Uuii.. lajunya tepuk tangan Aii.. kat situ je Zara pun salam Tok Wan...





