Monday, July 18, 2016

KUNINGNYA RAYA KETIGA

Raya Ketiga yang KUNING!


Haha.. dah raya ketiga.. kejap je kan. Raya ketiga kami sempat jengah dua rumah aje. Siang satu rumah.. malam satu rumah. Almaklumlah hari jumaat. Stay tengah hari kat umah. Petang kul 5.30 baru nak keluar jalan ke Batu Belah. Tu pun ramai yang takde.




Baju tema kuning ni Mama dan Zara je yang baru. Tempah ngan member opis. Lawa tak? Kain dari Sarawak. Abah yang belikan lepas 3 minggu dok sana pilihanraya Sarawak. Baju Melayu abah dan anak2 bujang semua OOTD tahun lepas punya.

Raya Kedua yang PINK!

Raya Kedua.. PINK!


Baju pink belacan ni ada sejarahnya tersendiri. Tempah dari tahun lepas.. tahun ni baru ready. Tu pun memang baju mama dan zara stok tengok aje. takleh nak pakai pun.

Jubah Mama beli di Aeon Shah Alam. Suka sangat dengan harganya yang berbaloi. Suka tengok Abah pakai pink. Bukan senang nak pujuk tau. Come dak? Baju zara pun lain beli di Jusco Midvalley. Dah hujung-hujung ni tu jelah yang ada.

Raya kedua kami ke Tanjung Karang menziarah rumah embah-embah (Adik ebradik embah seri). Seronok mereka terima kunjungan kami.

Sawah.. terlalu banyak kenangan. Especially insiden jatuh motor tepi sawah masa bawak mak dan adik diana. Huhu. Tula kona baring la kononnya. Menziarah paman mamat agak berbeza tahun ni. Dengan keadaannya yang kini berkerusi roda. Kami tahu paman sakit cuma tak bercerita tentang kesakitannya.. macam arwah mak. Tapi bila melihat paman senyum dan gembira melihat kami, kami sama gembira.

Sepupu Sepapat






SukaSuki Raya Pertama

Meriahnya raya bila bersama. Enjoy foto-foto lain sempena raya pertama kami
 Tahun ni kali pertama Fahey dan Yan beraya bersama sebagai suami isteri. Moga kekal bahagian hingga ke jannah. Ono Bundle pula mula memperkenalkan jenama OnoDenim Junior. Tu contoh baju yang anak-anak dapat raya ni. cute tak? Tq Wak John.

 Ni kakak dan kakak ipar den. Lawa tak? Sama plak kaler mereka. Biru kelabu. hehe

 Ni adik ipar den, wife Eddy ngan piya yang pandai sembang dan dia je faham. Yang penting konpiden. Kan Piya.

Time main kuda2. Sian abang uding kena jadi kuda. Hehe.

Al-Fatihah.. Ayahanda dan Bonda



Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~Usman Awang



 
Puisi ni terngiang-ngiang puisi karya Dato' Usman Awang ni sepanjang ramadan. Pagi raya kami ke pusara Bapak bersama anak-anak. 7 tahun bapak tiada dan hampir 18 tahun emak pergi meninggalkan kami enam beradik. Tidak ketinggalan, kubur arwah embah hj musran (kubur batu putih).

Cuma tahun ni tak sempat kami ke pusara mak sebab dah terlalu lewat nak singgah lepas ke rumah paman mamat. sepatutnya singgah dulu pun takpe. Insyaallah mak.. nanti adik datang ya. Semoga roh Mak dan Bapak dicucuri rahmat Allah.

Raya 5 Beradik



Raya tahun ni sepatutnya kami di Kedah. Maka kuranglah seorang. Adik Diana beraya di rumah keluarga mentua di Kampar. Kalau ada sure tambah meriah dan ada pose wajib kat tangga. Ate dah takde nak wat cane. Selamat menjamu mata dengan ggambar-gambar raya kami.

Lepas solat hari raya, kami menziarah kubur arwah bapak dulu. Masuk tahun ke-7 bapak meninggalkan kami. Moga roh bapak diletakkan dalam kalangan hambaNya yang dikasihi. Tinggallah kami enam beradik beraya sebagai yatim piatu.

Part paling best bila raya ialah baraan ke rumah sedara mara belah bapak. Seharian berbaju melayu. Best sangat! Seronok bila dapat beraya ramai-ramai ni. Paling seronok anak-anak. Dan kami dalam tema yang sama!

p/s : tema apa ek raya kami 2018? jeng jeng.. Semoga dipanjangkan usia kami dan diberikan rahmat kebahagiaan untuk kami enam beradik.

THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...