Monday, June 1, 2020

RAYA PKPB


Ramadan yang berbeza
Alhamdulillah kami dapat menunaikan ibadat tarawih di rumah yang diimamkan oleh suami tersayang bersama-sama dengan anak-anak. Ramadan juga saya bertugas dari rumah. Work From Home, bagaikan penjadi pengawal istana. Memastikan anak selamat di rumah, bahkan menjadi guru untuk anak-anak. Mudah? Oh tidakkkk!!!


Menjadi guru untuk 5 orang anak-anak tidak mudah ya. Dalam masa sama menggalas tugas sebagai penjawat awam yang bertugas dari rumah. Tugasan perlu dilaksana malahan tugasan lain sebagai guru dan ibu juga perlu dilakukan. 

Memasak, membasuh baju dan pinggan mangkuk, menyidai baju, mengemop lantai, eh macam-macam lagi lah. Mana pernah habis tugas emak. tapi sebenarnya, Allah bagi banyak masa bersama anak-anak. Selama ni tak cukup masa, hantar pagi ambil petang dan sampai malam je. Bakinya sabtu dan ahad. Seronok sebenarnya melihat anak-anak depan mata. 

Abahnya buat sistem gaji dan denda untuk anak-anak. Alhamdulillah memang seronok. Mirza dan Emir puasa penuh. Mukhriz tinggal 3 hari saja. Zahra kali pertama xdapat puasa penuh sebagai wanita. Mama dan Abah, alhamdulillah.. 

Syawal datang, tak dapat balik rentas negeri ke Kedah. Syukur masih diberi kebenaran KL - Selangor satu negeri. Dapatlah beraya di Klang. Simple, tak havoc macam selalu tapi tetap bahagia. 

Antara foto kenangan yang dirakamkan Syawal kali ini. Tema maroon, baju daripada online dan Jakel ;)


  

 
                                                    Zahra


                                                 Mirza                                               Emir
               
                                             Mukhriz







MYKAD UNTUK ZAHRA



ZAHRA dah 12 tahun usianya pada 12 Februari 2020 lepas. 
Sayang nak buat masa sekolah sebab kena tinggalkan kelas pagi atau petang. Maklumlah sepatutnya Zahra kena duduki UPSR tahun ni. Sehinggalah dunia dilanda covid dan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan bermula 18 Mac lalu sehingga hari ini.

Banyak sangat yang berlaku. 
Manakan tidak, tak pernah pun terfikir bahawa UPSR dan PMR TIADA pada tahun ini. Kena pula masa Zahra. Bukan itu saya, PSRA pun TIADA. Demi menjaga keselamatan anak-anak dan rakyat, kerajaan terpaksa membuat keputusan sukar ini.


Redha dengan ketentuanya, setelah sekian lama tertangguh, sempena PPKPB (Bersyarat), JPN pun dah mula dibuka dengan SOP ketat. 29 Mei 2020, nekad bawa Zahra untuk buat Mykad. Tanpa membuat sebarang appointment, just walk-in, alhamdulillah, baik betul pegawai-pegawai di JPN Putrajaya. Sampai dah hampir 11 pagi. Daftar dan menunggu giliran. Buat dalam bas bergerak JPN saja. 

Pada mulanya ada hajat nk renew Mykad sendiri yang dah oldskool, mereka tak benarkan. Tapi selepas selesai buat Mykid Zahra, tanya kepada salah seorang pegawai, alhamdulillah. Boleh. Bayar saja RM10 untuk renew. Boleh sangat.

Biasanya dalam sejam kad dah boleh siap, tapi kerana jumaat, kena datang balik 2.45 petang untuk ambil. Sampai terus beratur lane khas untuk collect kad sahaja. Alhamdulillah. berdesuup pantas. Tapi mereke tak collect Mykad lama. Bolehlah simpan buat kenangan.

Zahra dah ada Mykad. Besar dah anak mama..
Selepas 18 tahun dan sebelum 25 tahun, kena tukar yang baru.
Tq JPN.

Wednesday, February 12, 2020

Shazzylea Dah Ada Youtube Channel Sendiri

Shazzylea WinkWink di Youtube!

Yey akhirnya dapat post buat kali pertama di channel youtube sendiri. Pada peringkat awal ni kita share dulu aktiviti anak2. Video tak panjang tapi bolehla buat youtuber baru amatur ni. 

Simpan buat kenangan video pertama. Video Cik Munge Mia dapat lip gloss minnie mouse daripada omma. Yey.. Next kita upgrade lagi.  Jangan lupa subscribe Shazzylea Wink Wink tau!



Friday, January 3, 2020

2020 dan Hyperventilation

SETAHUN Tanpa sebarang pos di ruangan ini. Biar betul? Sibuk benar gamaknya sampaikan tiada sebarang coretan. Sebenarnya, sangat banyak untuk dikongsikan cuma masa yang tidak ada untuk meninggalkan kenangan di ruangan kesayangan ini.

Tergerak hati bila Zara menegur, Mama.. kenapa dah lama sangat mama tak tulis apa-apa di blog? Oh ya. Mama hampir lupa tentang blog kesayangan ni. Zara baca rupanya blog mama. Ya, mama tinggalkan kenangan di sini agar anak-anak mama dapat berulang-ulang membacacanya nanti.

Entah kenapa, tersentuh rasanya hati tika melangkah tahun baru 2020 ini. Libang libung rasanya perasaan tu. Eh, dah 2020!! Macam tak percaya. Kerana masih teringat momen di tapak perhimpunan sekolah agama tentang tahun 2020. Masa tu dah siap kira.. kalau 2020 nanti usiaku 39 tahun. Tuanya!!! Nah.. sekarang dah 39 tahun dan kereta masih belum boleh terbang.

Syukur Ya Allah. Kau berikan aku peluang untuk bernafas lagi. Entah kenapa akhir-akhir ini aku asyik membayangkan kalau aku tiada. Tahun 2019 sahaja 2 kali aku diserang sakit yang bagai sudah penhujung nyawaku. Bagaimana untuk kuceritakan pengalaman tu. Jawapannya tak tahu. Kerana ia satu perasaan yang sangat menakutkn.

Doktor kata hyperventilation. Betul ke? Apa tu?





Hyperventilation is a condition in which you start to breathe very fast. Healthy breathing occurs with a healthy balance between breathing in oxygen and breathing out carbon dioxide. You upset this balance when you hyperventilate by exhaling more than you inhale. - Healthline.com

Tiba-tiba badan jadi lemah, sejuk dan tak boleh bernafas. 30 Januari 2019 attack pertama tengah malam. Terus ajak abang ke Hospital Putrajaya. Mama dah sedih dah.. sepanjang jalan mesej dengan zara. Sedih mengenangkan anak-anak. Dalam hati kuat berdoa moga Allah panjangkan usiaku lagi. Zikir memang tak berhenti dari bibir. Betapa aku sangat takut.

Hampir 3 pagi baru selesai dan doktor sahkan Hyperventilation yang TIADA UBAT. Hanya perlu tenang dan bernafas dengan betul. Kandungan CO2 terlalu banyak dalam paru2. Stress katanya. Stress kah aku? 



Serangan kedua kena selepas minum kopi San Francissco petang tu. Maybe angin yang membantu jadi macamtu?

Serangan ketiga jadi lepas minum teh ais pak yop belah tengah hari. Teh ais pun? Mama start baca lagi. Katanya kafein tidak bagus untuk orang berdarah rendah kerana memberikan effect kepada tekanan darah. Allahuakbar. Makin tua makin banyak hilang nikmat makannya. Takut dah nak minum kopi dan teh ais.

Seangan ke-4 jadi baru-baru ni, bila kakak dikejarkan ke HTAR Klang selepas mengadu sakit pinggang teramat sangat manakala adik diduga ketika nak bersalin. Doktor kata terpaksa bedah juga sebab perut dan bengkak dan akan ada risiko iaitu kematian atau buang peranakan. Allahuakbar! Allah saja tahu perasaan waktu itu. Ya anxiety datang dan kena lagi hyperventilation sebab terlalu takut. Takut dengan sebarang risiko untuk kakak dan adik. Perlahan2 kucuba tarik nafas. Serangan ini semakin hampir dan dengan izin-Nya aku berjaya melawan.

2020, moga Allah berikan kesihatan yang baik untukku, suamiku dan anak2 serta diterangkan hati anak-anak untuk melakar kejayaan dalam UPSA, UPSRA dan UPKK. Amin.


Shazzylea
3 Januari 2020

Wednesday, November 14, 2018

EMIR KONVO

Yey!!! Emir Konvo!!



Seronoknya dia konvo harini, 13 November 2018. Naik bas ke Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur. Tidur awal malamtu sebab taknak terlajak, Cuma mama dia yang excited siapkan candy bouquet istimewa untuk Emir. Awal mama dah beli cikedis tu.




















Besar dewan tu. Cantik. Cuma mak ai parking nunnn jauh di KTM. Mujurlah abah yang drive. 

Majlis pun start lewat. Asalnya 9 pagi tapi 10.15 baru start. Emir pula dalam sidang kedua. Gigihla Mama ni tunggu sampai tersengguk di kerusi ;)

Nak dijadikan cerita VVIP pun kenalan. Mantan asst PUU di KKMM dulu.

Seronok sangat dia dapat candy bouquet daripada mama. Kenduri bouquet di rumah. Semoga anak mama berjaya dunia akhirat. Amin.








Ni pose paling mahal sebab abah yang request untuk ambil gambar full. Hari ini abah dokong Emir. Bila abah dah tua nanti jangan segan-segan nak dokong abah ya sayang.



THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...